13 November 2010
kelambu moden
Posted by azie at 2:32 PG 5 comments
Labels: i - Pengumuman
10 November 2010
Ikan Pari masak Kicap
Ikan pari, goreng terlebih dahulu.
bawang putih (tumbuk halus)
bawang merah (tumbuk halus)
halia (tumbuk halus)
jintan putih (tumbuk kasar2)
jintan manis (tumbuk kasar2)
Bawang Besar (hiris besar/bulat2)
cabai kering ( potong besar)
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, buh jintan manis, jintan putih, masukkan kicap pekat dan kicap masin, tambah air, bagi mendidih masukkan ikan dan asam keping, masukkan air, gula, garam, last sekali masukkan bawang besar dan cabai
Posted by azie at 3:30 PG 0 comments
Labels: iii - resepi
15 Oktober 2010
budu tumis
- 5 ulas bawang merah (mayang)
- 2 ulas bawang putih (mayang)
- 3 batang serai (hiris halus2)
- 3 helai daun limau purut
- 1 keping asam keping
- minyak
- 1 cawan budu
- 10 biji cabai kecil
- tumiskan bawang putih dan bawang merah
- kemudian masukkan budu, dan semua bahan dan tambahkan sedikit air dan biarkan mendidihkan
- biarkan selama 10 minit dan hidangkan bersama dengan nasi panas
Aku persembahkan lagu "budu" kepada yang penggemar budu.
Posted by azie at 7:39 PTG 0 comments
Labels: iii - resepi
14 Oktober 2010
bendera negeri perlis
Aku telah lama menetap dinegeri perlis, dan anak aku sendiri dah jadi kelahiran negeri Perlis Darul Sunnah,
Perlis ni banyak keistimewaan terutamnya dari segi makan , goegrafinya dan penduduknya. Jiran Perlis adalah kedah dan Negara thailand.
Sebagi contoh makan laksa kat perlis biasanya di makan dengan pulut udang.
Walaupun negeri perlis antara negeri yang kecil tetapi segala yang ada ditidak menampakkan perlis negeri yang kecil terutamaya perlis mempunyai UNIMAP. UITM, MATRIK, POLITEKNIK, IKBN, dan lain-lain lagi.
Bersama-sama ni aku sertakan lirik lagu negeri perlis.
Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail..
Posted by azie at 10:10 PG 0 comments
Labels: i - Pengumuman
10 Oktober 2010
BANJIR, LINDUNGI RUMAH ANDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Banjir adalah bencana alam yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Masalah yang serius terutamanya jika kediaman terletak di kawasan zon banjir. kemusnahan yang berpunca daripada banjir boleh merosakkan harta benda dan tapak rumah. Oleh kerana itu, andaperlu mencari kaedah yang bersesuaian untuk melindungi kediaman daripada mengalami kemusnahan yang berpunca daripada iar atau banjir. Apa yang peting, kaedah tersebut mampu untuk melindungirumah daripada bencana ini untuk beberapa tahun. Berikut adalah beberapa tips untuk melindungi rumah anda daripada dimusnahkan oleh banjir
Sentiasa Peka
1. Sentiasa peka dengan ramalan cuaca.Setiap kali terdapat risiko banjir berhampiran kawasan tempat tinggal anda mula bertindak dengan mengumpul barang-barang berharga di tempat yang mudah dicapai sekiranyan anda dikehendaki meninggalkan kawasan rumah.
2. Anda mesti memahami di bahagian mana dan apa yang boleh menyebabkan rumah anda tidak mampu untuk menghadapai banjir. Kemudian selenggara rumah anda dan kerap melakukan pemeriksaan terutamanya di bahagian paling emah pada struktur rumah anda.
Sistem Saliran
1. Periksa sistem saliran di luar rumah anda. Pastikan sistem air bawah tanah di kediaman anda tidak memerangkap tanah ke dalam saluran.Jika kediamaan anda terletak di kawasan aliran hujan yang menghala ke arahrumah, bina sistema saliran yang boleh mengalirkan air hujan agar menjauhi kawasan rumah anda
2. Periksa sekiranya terdapat retaka atau sumbat pada sistem saliran. Saliran bawah tanah yang tersumbat boleh menyebabkan banjir.
3. Sekiranya rumah anda terletak di kawasan yang mudah dilanda banjir, tembok penghalang bajir dapat menyokong menghalang air banjir daripada masuk ke dalam rumah.
4. Pasang pengadang kalis air pada tapak rumah. Pengadang bergetah dapat membantu menyalurkan air menjauhi tapak rumah melalui saliran berpelapik jubin di sekeliling rumah anda
Elektrik
1. Pemanasan air, relau dan panel elektrik perl diletak di tempat yang lebih tinggi. Tingikan soket elektrik sekurang-kurangnya 1.5 ,eter dari lantai.
2. Potong perkhidmatan bekalan pada pemutus arus sekiranya sistem elektrik dan saluran keluar berkemungkinan berda dibawah paras air.
Rumah
1. Guna jubin seramik untuk lantai amba juga lebih baik daripada permaidani kerana lebih mudah dibersihkan. Simen kapur pada dinding berbanding simen gipsum. Gantikan pintu kyu dan bingkai cermin kepada bahan jenis UPVC yang difabrikasi.
2. Tanam lebih banyak tumbuhan hijau dan pokok di kawasana rumah anda untuk membantu menghalang hakisan tanah. Hakisan menyumbang kepada banjir dan degredasi sisa disekitar rumah anda.
3.Walaupun menaikkan rumah lebih tinngi daripada aras paras banjir memerlukan kos yang tinngi, namun kaedah ini merupakna antara kaedah yang paling berkesan untuk melindungi rumah anda, lebih-lebih lagi sekiraya anda tinggaldikawasan zon banjir.
Lain-lain.
1. Limpahan pada sinki dan tab mandi boleh menyebabkan bencana. Nada boleh mengelakkan dengan tidak meninggalkan bilik air tanpa pengawsan semasaiar masih mengalir. Tutu paiap setiap kali anda selesai menggunakannya.
2. air tandas yang melimnpah juga mendatangkan masalah besar dan sukar untuk dielakkan. pastiakn anda menyimpan pelocok di dalam tandas sebagai langah berjaga-jaga dan jangan membuang tisu, pasir kumbahan atau lampin pakai buang ke dalam lubang tandas.
Posted by azie at 10:48 PG 0 comments
Labels: v - metro
09 Oktober 2010
sambal udang terung pipit
sambal udang terung pipit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
15 biji cabai kering
20 ekor udang
3/4 cawan terung pipit (ikut selera)
garam, gula, dan stok ikan bilis
sos tomato, sos cili dan air asam
cara membuat:
- tumiskan bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan halia
- kemudian masukkan cabai kering yang telah dikisar, pastikan cabai kering ni betul2 masak dan kemudian masukkan sos tomato dan sos cili,
- setelah itu masukkan garam, gula, air asam jawa dan stok ikan bilis
- setelah mendidih masukkan udang, masakkan selama 5 minit kemudian masukkan terung pipit.
- pastikan terung pipit tersebut lembut dan hidang bersama nasi.
Posted by azie at 11:24 PTG 0 comments
Labels: iii - resepi
07 Oktober 2010
piza di rumah
ambik je roti arab ker, roti nan ker, roti pita ker, janji sesuai
Bahan untuk topping:
tumis bawang putih bawang merah, masuk daging kisar, garam sos lada hitam
isi ketam,isi sotong, keju mozzarella, oregano
Posted by azie at 9:49 PTG 0 comments
Labels: iii - resepi
06 Oktober 2010
nasi kuning tambah kasih
bahan
- planta
- bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
- bawang putih dan bawang merah (mayang)
- beras
- serbuk kunyit
- garam
- pati ikan bilis
resepi:
masukkan planta dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, selepas tu masukkan bawang merah dan bawang putih.
kemudian masukkan beras yang telah dibasuh dan masukkan garam dan air. selepas tu masukkan serai dan sedikit kiub pati bilis.
Dibiarkan kering dan boleh dihidang bersama sambal ikan, udang dan sotong..
Posted by azie at 8:46 PTG 0 comments
Labels: iii - resepi
05 Oktober 2010
makaroni bakar
Bahan2
bahan A
1. 2 cawan makaroni (rebus dan sejat)
2. 300 gram udang/daging
3. 1 tangkai cili merah dan hijau
4. 50 gram cendawan butang (senang beli dalam tin dan yang dah hiris)
5. 1/2 cawan daun kucai/daun sup&daun bawang
6. 5 sudu pes tomato
Bahan B
5 biji telur,
200ml susu cair,
2camca besar mentega cair,
2camca teh tepung gandum,
1camca teh gula,
1camca teh garam dan
1camca serbuk lada sulah
cara mmbuatnya
bahan a digaul sekali
bahan b dipukul
campur kedua2 bahan2 a & b dan tabur keju
kemudian bakar pada suhu 180 darjah C, dan 10-15 minit
Posted by azie at 10:24 PTG 0 comments
Labels: iii - resepi
15 September 2010
Langkah-langkah Penjagaan Kulit bagi Remaja
Langkah-langkah untuk menjaga kulit adalah :
2.Membersihkan kulit dengan
- Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
- Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
- Penggunaan air panas menyebabkan kulit kering
- Guna sabun/pencuci lembut (mild)jika anda mempunyai kulit yang kering
- Bagi kulit yang sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit
- Pelembap membantumengekalkan kelembapan kulit
- Minyak bayi(baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
- Bagi kulit berminyak tidak perlu menggunakan pelembap
- Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
- Ia mengurankan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
- Kulit akan menjadi rosak jiak terdedaj kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahri bila perlu
- Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
- bersenam secara berkala melancarkan perjalan darah ke seluruh organ termasuk kulit
- ia juga mengekalkan kesihatan kulit
- Seimbang iaitu mengandugi sumber protein, vitamnin dan mineral
- Sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
- Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
- Boleh menyebabkan kanser
Posted by azie at 10:29 PTG 0 comments
12 September 2010
Telur ayam penentu kuih raya
Waktu dekat2 nak raya, aku bersembang dengan makcik2 yang sama dengan aku dalam bangunan HAJI TUN ABDUL RAZAK, sambil berehat2 tu, kami masing2 cerita ttg pengalaman membuat persiapan raya yang kian dekat.. bla ..bla ... bla.. bla, sambil mendengar, aku sematkan dalam kepala aku, ya la.. makcik2 ni banyak pengalaman, salah satu yang makcik2 share adalah kalau nak pastikan kuih raya jadi elok, pastikan telur ayam jangan diletakkan dalam peti ais, nati nak buat eksperimen. hehe he
Posted by azie at 10:36 PTG 0 comments
Labels: ii - Petua
01 Ogos 2010
boleh belajar piano guna KEYBOARD MUSIC
Sebelah petang aku ke Alor Star untuk bawa fitrah jalan2 sambil nak pergi beli keyboard.... , esok nak mula kelas piano... takut rasanya, sungguh2 hb cari kelas music dan beli keyboard ini, takut aku tak mampu je,
Posted by azie at 3:37 PG 2 comments
Labels: i - Pengumuman
27 Julai 2010
BILA DAH TUA BARU NAK DAFTAR KELAS PIANO... LUCU RASANYA (HE HE HE)
Posted by azie at 2:21 PTG 1 comments
30 Jun 2010
Berhemah Elak Kemalangan
Sebelum memulakan perjalanna sepatutnya anda sudah menghantar kenderaan untuk diservis mengikut kadar perjalanan ditetapkan pengeluar kereta. Kita tidak terburu-buru untuk ke destinasi yang dituju atau balik ke kota. Dengan memandu dalam keadaan tenang dan berkhemah, kita boleh memastikan kita dan penumpang berada dalam keadaan selamat. Ikiti beberapa panduan berikut : -
- PENYEDIAAN KENDERAAN
Posted by azie at 11:18 PG 1 comments
Labels: v - metro
04 Jun 2010
pAhAng darUl Makmur
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.
Posted by azie at 4:18 PTG 2 comments
Labels: i - Pengumuman
07 Mei 2010
Gambar Scan baby....
Posted by azie at 9:37 PG 1 comments
Labels: i - Pengumuman, Viiii - fitrah
06 Mei 2010
GUNAKAN UBAT GIGI BERFLUORIDA
Amalan memberus gigi merupakan amalan penjagaan kesihatan pergigin harian perlu dilakukan untuk kesihatn, kebersihan, kebersihan dan penampilan.
FAEDAH UBAT GIGI BERFLUORIDA
memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida dapat mencegah kejadian karies gigi dan adalah faktor utama dalam penurunan kadar karies gigi di seluruh dunia. Fluorida merupakan bahan yang dapat menguatkan gigi
PENGGUNAAN UBAT GIGI BERFLUORIDA
- Gunakan secalit ubat gigi berfluorida bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah .
- Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang pea (5mm) sahaja bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas.
- Pastikan kanak-kanak tidak menelan ubat gigi
- Kanak-kanka perlu diajar untuk meludah dan berkumur selepas memberus gigi
- Ibubapa/penjaga perlu awasi dan bantu anak memberus gigi sehingga umur meningkat 6-8 tahun walaupun anak sudah pandai memberus gigi sendiri
- Gunakan berus gigi kecil bersesuai dengan saiz mulut
- Baca label ubat gigi untuk mengetahui kandunagn bahan aktif seperti Sodium Fluorida &Sodium Manofluorophosphate. Kandunagn Floruda 1000 ppm adalah bersamaan dengan 0.1%
MEMBERUS GIGI DENGAN UBAT GIGI BERFLUORIDA BOLEH:
- Mengubati peringkat awal karies gig
- Menguatkan semula enamel gigi
- mencegah dan mengawal kerosakan gigi
- Menyegarkan nafas
- Mencegah penyakit gusi
- Beruskan gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pagi dan malam selepas makan
- Makan secara sihat. Pilihlah makanan berkhasiat
- Kurangkan kekerapan dan jumlah makanana manis. Makanana manis boleh merosakkan gigi dan mengakibatkan kesakitan
- Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian sekuarng-kurangnya sekali setahun.
Posted by azie at 9:26 PG 0 comments
Labels: v - metro
Cat Rumah....
Posted by azie at 2:16 PG 1 comments
Labels: i - Pengumuman
04 Mei 2010
Bermula.... 03.50.2010, Jom kita cabar diri sendiri
Sejak Mendirikan Rumah tangga ni, Berat badan aku makin bertambah, Risau betul takut-takut berat badan bertambah beriringan dengan masalah kesihatan. AKu berdoa pada Illahi agar semua itu tidak akan menjadi kenyataan, dan dengan ini aku mencabar diri menurunkan berat badan..Dengan ni aku berharap kalian dapat berkongsi pengalaman dan cara untuk aku dapat menurunka berat badan ini dengan berjaya..
15/05/2010
- 10.00 pagi - bihun goreng + ayam goreng
- 1.00 ptg - moi + ayam goreng
- 6.30 ptg - biskut dan air teh
14/05/2010
- 9.00 pagi - keow teow goreng + hati lembu masak kicap
- 12.45 tgh - bihun sup
- 4.00 ptg - bihun goreng
- 9.00 pg - bihun+daging msk kicap
- 3.00 ptg - keow teow sup
- 11.00 mlm - susu
12/05/2010
- 9.00pagi - bihun goreng
- 2.30ptg - keropok goreng
- 9.00 mlm - 2ketul ayam goreng
11/05/10
- 9.00 pagi - Keow teow goreng
- 12.45 -Keow teow ladna
- 6.00 ptg - kuih
- 10.00-karipap segera dan air sirap
10/05/10
- Pagi - Soto (member bawa jamu semua orang)
- 6.00 - nasi (mak mentua bawa dari kampung)
- 8.00pg - makan biskut dan air suam
- 2.00 ptg - makan nasi 4 sudu
- 9.00 mlm- pergi kenduri kesyukuran
08/05/2010
- 5.00 pagi - makan 4 sudu nasi (suami aku lapar, ingat nak teman dia makan dengan aku2 rasa nak makan so aku ambik la juga nasi tu)
- 6.00 ptg - keropo udang
- 10.00malam - satu ketul ayam dan air blackcurrent
07/05/2010
- 10.00 pagi - 3 biji kuih dan air teh air (order oren bancuh tapi yang sampai teh ais)
- 12.45 - keowteow sup
- 8.00mlm - aku makan laksa rumah mokna
- pagi - epal dan susu
- 1.00 ptg - keow teow sup
- 4.00 ptg - keropok lekor (minum petang kat pejabat)
- 8.00 malam - piza 9 (makcik aku buat sendiri so kena try la, ni first time dia buat memang sedap)
- Pagi - aku makan beti dan epal
- 10.30 - pergi kat pejabat, member bagi nasi lemak gulai udang, siap bagi dua bungkus g (1 aku makan, satu aku bawa balik untuk HB) ,tapi kat sini nasi lemak kat sini still leh beli dengan harga rm 0.50, so kiorang mesti leh agak kuantiti nasi tersebut, boleh dianggarkan satu sendup je
- tengahari - makan sup ayam dan teh ais
- petang - Bubur kacang 4 suap ( pergi ambik anak kat pengasuh, jiran pengasuh buat bubur, nak jaga hari orang aku makan jgk la, tapi yang tukang menghabiskan makanan aku mangsa aku adalah HB.. Nasib baik HB memang cuku suka bubur kacang.
- Malam - buah mangga dan susu
senaman : Oleh kerana makan pelbagai jenis makanan aku ambik keputusan nak menyangkul rumput, memang perpeluh. Habis basah habis baju, tu pun aku ambik mas setengah jam je
Hari ini aku nak share berat badan aku, Nati aku nak banding bila aku dah tulis entri ni dalam masa sebulan, berat aku adalah 68.6kg
04/05/2010
- Pagi - Susu + madu dan 2 keping biskut
- Tengahari - Sup ayam + kentang
- 7.00 malam - Sup ayam dan buah betik
- 10.30 malam - Air bandung Cincau
Senaman : skipping 100 x
03/05/2010
- Pagi- minum air teh dan 3 keping biskut
- 12.45 tghari - minum cendol pulut dan 4 sudu bihun sup
- 3.00 ptg - member pejabat bawa keropok so aku makan 2, 3 keping
- 6.00 ptg - 1/2 mangkuk keow toew kuah
- 12.00 mlm - susu dan 2 keping biskut..
Posted by azie at 12:43 PG 5 comments
Labels: i - Pengumuman
29 April 2010
Tip-tip Pencegahan Keracunan Makanan di Rumah
- Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum dan selepas mengendalikan dan menyediakan makanan. Gunakan air panas dan bersabun untuk membersihkan perkakas memasak, papan memotong dan lain-lain permukaan yang digunakan.
- Apabila membeli-belah, menyediakan atau menyimpan makanan, asingkan daging mentah, ternakan, ikan dan makanan bercangkerang daripada makanan lain bagi mengelakkan pencemaran silang
- Masak makanan pada suhu yang selamat. Cara terbaik bagi memastikannya adalah dengan mengfunakan termometer makanan. Anda boleh membunuh organisma yang boleh menjejaskan yang terdapat dalam kebanyakan makanan dengan memasak pada suhu antara 630 C hingga 740 C.
- Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh dua jam pembelian atau penyediaannya. Jika suhu bilik lebih 320 C, sejukkan makanan yang tidak tahan lama itu dalam masa sejam. Letakkan makanan di dalam pembeku jika tidak mahu memakannya dalam masa dua hari
- Mencairbekukan makanan dengan selamat. Jangan lembutkan makanan pada suhu bilik. Cara terbaik untuk melembutkan makanaan adalah dengan mencairbekukan makanan di dalam peti sejuk atau mikrogelombang. Melalukan air sejuk ke atas makanan untuk melembutkannya juga selamat
- Buangkan sahaja makanan itu kalau anda ragu-ragu dengan car penyediaan, penyimpanan atau hidangannya. Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik dengan terlalu lama mungkin mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh dimusnahkan lagi walaupunn dengan memasaknya. Jangan kecap makanan itu jika anda tidak pasti mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya walaupun ia mungkin kelihatan (atau berbau) masih baik, ia mungkin tidak selamat lagi untuk dimakan.
- Berwaspadalah semasa menghidangkan makanan. Bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat semasa menyediakan makanan tanpa pemanasan atau penyejukan sempurna terutamanya semasa majlis luar atau bufet. Buang saki-baki makanan yang berada pada suhu bilik lebih dua jam atau dalam cuaca panas, lebih empat jam
- Tahu bila masanya untuk mengelakkan sama sekali makanan tertentu terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. Langkah lebih berhati-hati perlulah diambil oleh mereka dengan mengelakkan makanan seperti daging mentah, ikan atau makanan bercengkerang yang tidak cukup masak
Posted by azie at 3:42 PTG 0 comments
Labels: v - metro
Bekalan makanan ayam musim Hujan
Posted by azie at 9:54 PG 3 comments
Labels: ii - Petua
26 April 2010
Bihun Goreng Sepulau
Bahan-bahan
1/2 paket bihun
5 ekor sotong (potong bulat)
1 ketul ayam (potong kecil2)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inci lobak merah (potong kecil bentuk dadu)
1 sudu lada hitam (kisar halus)
1 sudu lada putih
3 sudu sos tiram
daun bawang dan daun sup dihiris halus untuk hiasan
cara
- tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan kemudian masukkan bawang merah,
- selepas itu, masukkan ayam dan lobak merah, masak sehingga separuh masak
- kemudian masukkan sotong,
- kemudian masukkan bihun, sos tiram, garam, lada hitam, lada putih dan kacau sehingga sebati..
- apabila bihun sudah lembut, angkat dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang dan boleh dihidang.
Posted by azie at 10:02 PTG 0 comments
Labels: iii - resepi
23 April 2010
Promosi anak tudung Nara
Posted by azie at 9:44 PTG 0 comments
Labels: i - Pengumuman
11 April 2010
Hujung Minggu di Wang Kelian, Perlis
Posted by azie at 10:59 PTG 1 comments
Labels: i - Pengumuman
10 April 2010
Sepetang di Timah Tasoh Resort & Retreat
Posted by azie at 10:27 PTG 3 comments
Labels: i - Pengumuman
09 April 2010
Hari Jumaat.... Seronoknya
- masuk ayam, kunyit, sedikit air, sedikit garam, asam keping kedalam kuali dan masak sehingga kering
- Kemudian masukkan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- kemudian masukkan bawang besar dan lada, masak dalam 2 minit.
- Hidang bersama nasi
- Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan panas
- kemudian masukkan bawang putih dan masak sehingga kekuningan dan masukkan bawang merah, apabila bawang merah agak layu masukkan udang kering
- Selepas itu masukkan kubis bunga dan sawi, garam, gula, sos tiram, air dan gula, kacau sehingga sebati.
- Apabila dah hampir masak masukkan lada hijau dan hidangkan bersama nasi yang panas.
Posted by azie at 9:36 PTG 2 comments
Labels: iii - resepi