13 November 2010

kelambu moden

Bila dah ada anak, banyak benda perlu diambik kira, termasuk la dengan waktu tidurnya. kalau duk kat kampung sinonim la dengan unggas dan nyamuk.. huhuhu. 
untuk elak anak ku menyedut asap ubat nyamuk so aku beli la kelambu ni


boleh didapati di facebook (klik sini)
kelambu ni tahan lasak. aku dah guna hampir 6 bulan. 
ramai yang pakat berkenan kelambu ni, almaklum la kerana kelambu ni jarang2 terdapat di pasaran.



JIka sapa2 berminat leh la
order dengan AZI (no pon 0124151775), 
Atau lawati facebook dia di


10 November 2010





Ikan Pari masak Kicap

Ikan pari, goreng terlebih dahulu.
bawang putih (tumbuk halus)
bawang merah (tumbuk halus)
halia (tumbuk halus)
jintan putih (tumbuk kasar2)
jintan manis (tumbuk kasar2)
Bawang Besar (hiris besar/bulat2)
cabai kering ( potong besar)
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, buh jintan manis, jintan putih, masukkan kicap pekat dan kicap masin, tambah air, bagi mendidih masukkan ikan dan asam keping, masukkan air, gula, garam, last sekali masukkan bawang besar dan cabai

15 Oktober 2010

budu tumis


  1. 5 ulas bawang merah (mayang)
  2. 2 ulas bawang putih (mayang)
  3. 3 batang serai (hiris halus2)
  4. 3 helai daun limau purut
  5. 1 keping asam keping
  6. minyak
  7. 1 cawan budu
  8. 10 biji cabai kecil
Cara 2..
  1. tumiskan bawang putih dan bawang merah 
  2. kemudian masukkan budu, dan semua bahan dan tambahkan sedikit air dan biarkan mendidihkan
  3. biarkan selama 10 minit dan hidangkan bersama dengan nasi panas

Aku persembahkan lagu "budu" kepada yang penggemar budu.

14 Oktober 2010

bendera negeri perlis


Aku telah lama menetap dinegeri perlis, dan anak aku sendiri dah jadi kelahiran negeri Perlis Darul Sunnah,
Perlis ni banyak keistimewaan terutamnya dari segi makan , goegrafinya dan penduduknya. Jiran Perlis adalah kedah dan Negara thailand.
Sebagi contoh makan laksa kat perlis biasanya di makan dengan pulut udang.
Walaupun negeri perlis antara negeri yang kecil tetapi segala yang ada ditidak menampakkan perlis negeri yang kecil terutamaya perlis mempunyai UNIMAP. UITM, MATRIK, POLITEKNIK, IKBN, dan lain-lain lagi.
Bersama-sama ni aku sertakan lirik lagu negeri perlis.
Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail..




10 Oktober 2010

BANJIR, LINDUNGI RUMAH ANDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Banjir adalah bencana alam  yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Masalah yang serius terutamanya jika kediaman terletak di kawasan zon banjir. kemusnahan yang berpunca daripada banjir boleh merosakkan harta benda dan tapak rumah. Oleh kerana itu, andaperlu mencari kaedah yang bersesuaian untuk melindungi kediaman daripada mengalami kemusnahan yang berpunca daripada iar atau banjir. Apa yang peting, kaedah tersebut mampu untuk melindungirumah daripada bencana ini untuk beberapa tahun. Berikut adalah beberapa tips untuk melindungi rumah anda daripada dimusnahkan oleh banjir

Sentiasa Peka
     1. Sentiasa peka dengan ramalan cuaca.Setiap kali terdapat risiko banjir berhampiran kawasan tempat tinggal anda mula bertindak dengan mengumpul barang-barang berharga di tempat yang mudah dicapai sekiranyan anda dikehendaki meninggalkan kawasan rumah.
     2. Anda mesti memahami di bahagian mana dan apa yang boleh menyebabkan rumah anda tidak mampu untuk menghadapai banjir. Kemudian selenggara rumah anda dan kerap melakukan pemeriksaan terutamanya di bahagian paling emah pada struktur rumah anda.

Sistem Saliran
     1. Periksa sistem saliran di luar rumah anda. Pastikan sistem air bawah tanah di kediaman anda tidak memerangkap tanah ke dalam saluran.Jika kediamaan anda terletak di kawasan aliran hujan yang menghala ke arahrumah, bina sistema saliran yang boleh mengalirkan air hujan agar menjauhi kawasan rumah anda
     2. Periksa sekiranya terdapat retaka atau sumbat pada sistem saliran. Saliran bawah tanah yang tersumbat boleh menyebabkan banjir.
     3. Sekiranya rumah anda terletak di kawasan yang mudah dilanda banjir, tembok penghalang bajir dapat menyokong menghalang air banjir daripada masuk ke dalam rumah.
     4. Pasang pengadang kalis air pada tapak rumah. Pengadang bergetah dapat membantu menyalurkan air menjauhi tapak rumah melalui saliran berpelapik jubin di sekeliling rumah anda

Elektrik
     1. Pemanasan air, relau dan panel elektrik perl diletak di tempat yang lebih tinggi. Tingikan soket elektrik sekurang-kurangnya 1.5 ,eter dari lantai.
     2. Potong perkhidmatan bekalan pada pemutus arus sekiranya sistem elektrik dan saluran keluar berkemungkinan berda dibawah paras air.
    
Rumah
    1. Guna jubin seramik untuk lantai amba juga lebih baik daripada permaidani kerana lebih mudah dibersihkan. Simen kapur pada dinding berbanding simen gipsum. Gantikan pintu kyu dan bingkai cermin kepada bahan jenis UPVC yang difabrikasi.
     2. Tanam lebih banyak tumbuhan hijau dan pokok di kawasana rumah anda untuk membantu menghalang hakisan tanah. Hakisan menyumbang kepada banjir dan degredasi sisa disekitar rumah anda.
     3.Walaupun menaikkan rumah lebih tinngi daripada aras paras banjir memerlukan kos yang tinngi, namun kaedah ini merupakna antara kaedah yang paling berkesan untuk melindungi rumah anda, lebih-lebih lagi sekiraya anda tinggaldikawasan zon banjir.

Lain-lain.
     1. Limpahan pada sinki dan tab mandi boleh menyebabkan bencana. Nada boleh mengelakkan dengan tidak meninggalkan bilik air tanpa pengawsan semasaiar masih mengalir. Tutu paiap setiap kali anda selesai menggunakannya.
    2. air tandas yang melimnpah juga mendatangkan masalah besar dan sukar untuk dielakkan. pastiakn anda menyimpan pelocok di dalam tandas sebagai langah berjaga-jaga dan jangan membuang tisu, pasir kumbahan atau lampin pakai buang ke dalam lubang tandas.

09 Oktober 2010

sambal udang terung pipit





sambal udang terung pipit

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
15 biji cabai kering
20 ekor udang
3/4 cawan terung pipit (ikut selera)
garam, gula, dan stok ikan bilis
sos tomato, sos cili dan air asam




cara membuat:



  1. tumiskan bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan halia
  2. kemudian masukkan cabai kering yang telah dikisar, pastikan cabai kering ni betul2 masak dan kemudian masukkan sos tomato dan sos cili, 
  3. setelah itu masukkan garam, gula, air asam jawa dan stok ikan bilis
  4. setelah mendidih masukkan udang, masakkan selama 5 minit kemudian masukkan terung pipit.
  5. pastikan terung pipit tersebut lembut dan hidang bersama nasi.

Terung pipit ni dikatakan banyak khasiat antaranya air rebusannya dapat melegakan sakit perut yang berterusan.
mencuci darah, penawar racun ular dan serangga dan sebagainya..

Selamat mencuba

07 Oktober 2010

piza di rumah

Bahan untuk roti:
ambik je roti arab ker, roti nan ker, roti pita ker, janji sesuai


Bahan untuk topping:
tumis bawang putih bawang merah, masuk daging kisar, garam sos lada hitam

isi ketam,isi sotong, keju mozzarella, oregano

06 Oktober 2010

nasi kuning tambah kasih



bahan

  1. planta
  2. bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
  3. bawang putih dan bawang merah (mayang)
  4. beras
  5. serbuk kunyit
  6. garam
  7. pati ikan bilis

resepi:
masukkan planta dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, selepas tu masukkan bawang merah dan bawang putih. 
kemudian masukkan beras yang telah dibasuh dan masukkan garam dan air. selepas tu masukkan serai dan sedikit kiub pati bilis. 
Dibiarkan kering dan boleh dihidang bersama sambal ikan, udang dan sotong..

05 Oktober 2010

makaroni bakar



Bahan2

bahan A
1. 2 cawan makaroni (rebus dan sejat)
2. 300 gram udang/daging
3. 1 tangkai cili merah dan hijau
4. 50 gram cendawan butang (senang beli dalam tin dan yang dah hiris)
5. 1/2 cawan daun kucai/daun sup&daun bawang
6. 5 sudu pes tomato
Bahan B
5 biji telur, 
200ml susu cair,
2camca besar mentega cair,
2camca teh tepung gandum,
1camca teh gula,
1camca teh garam dan
1camca serbuk  lada sulah


cara mmbuatnya

bahan a digaul sekali
bahan b dipukul
campur kedua2 bahan2 a & b dan tabur keju
kemudian bakar pada suhu 180 darjah C, dan 10-15 minit

15 September 2010

Langkah-langkah Penjagaan Kulit bagi Remaja

Langkah-langkah untuk menjaga kulit adalah :

2.Membersihkan kulit dengan

  • Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
  • Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
  • Penggunaan air panas menyebabkan kulit kering
  • Guna sabun/pencuci lembut (mild)jika anda mempunyai kulit yang kering
  • Bagi kulit yang sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit

2.Gunakan pelembap selepas mandi
  • Pelembap membantumengekalkan kelembapan kulit
  • Minyak bayi(baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
  • Bagi kulit berminyak tidak perlu menggunakan pelembap
3.Gunakan toner
  • Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
4. Gunakan bahan pelembap mata disekeliling kelopak mata
  • Ia mengurankan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
5.Lindungi kulit daripada cahaya matahari
  • Kulit akan menjadi rosak jiak terdedaj kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahri bila perlu
  • Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
6. Bersenanm
  • bersenam secara berkala melancarkan perjalan darah ke seluruh organ termasuk kulit
  • ia juga mengekalkan kesihatan kulit
7. Amalkan memakan makanan
  • Seimbang iaitu mengandugi sumber protein, vitamnin dan mineral
  • Sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
8.Tidak merokok
  • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
  • Boleh menyebabkan kanser

12 September 2010

Telur ayam penentu kuih raya

Waktu dekat2 nak raya, aku bersembang dengan makcik2 yang sama dengan aku dalam bangunan HAJI TUN ABDUL RAZAK, sambil berehat2 tu, kami masing2 cerita ttg pengalaman membuat persiapan raya yang kian dekat.. bla ..bla ... bla.. bla, sambil mendengar, aku sematkan dalam kepala aku, ya la.. makcik2 ni banyak pengalaman, salah satu yang makcik2 share adalah kalau nak pastikan kuih raya jadi elok, pastikan telur ayam jangan diletakkan dalam peti ais, nati nak buat eksperimen. hehe he

01 Ogos 2010

boleh belajar piano guna KEYBOARD MUSIC


Sebelah petang aku ke Alor Star untuk bawa fitrah jalan2 sambil nak pergi beli keyboard.... , esok nak mula kelas piano... takut rasanya, sungguh2 hb cari kelas music dan beli keyboard ini, takut aku tak mampu je,

27 Julai 2010

BILA DAH TUA BARU NAK DAFTAR KELAS PIANO... LUCU RASANYA (HE HE HE)



Dulu waktu zaman aku budak2 dulu, selalu berangan2 nak belajar muzik walaupun dalam diri ini takder pun bakat nak main alatan muzik... Kalau masuk kelas muzik darjah 4, 5, dan 6 dulu, selalu kena marah dengan cikgu.. ya lah, cikgu suruh buat bunyi lain, aku buat bunyi lain he he he, masih terbayang camner situasi kelas muzik dulu2.. Suatu hari pernah bagi kat Hb yang aku pernah pasang impian nak belajar GITAR (rasa macam rock gilar kalau dapat main gitar)...
Oleh itu suami aku pun cari la belajar kelas muzik kat aku, tapi bukan la nak belajar main gitar tapi main piano, katanya main gitar leh wak tangan jadi kasar he he... hari ini aku dah daftar kelas piano tapi dalam hati rasa duk gelak2 seorang je... coz rasa diri dah tua baru nak tekan piano rasa lucu yang teramat sangat...

30 Jun 2010

Berhemah Elak Kemalangan

Sebelum memulakan perjalanna sepatutnya anda sudah menghantar kenderaan untuk diservis mengikut kadar perjalanan ditetapkan pengeluar kereta. Kita tidak terburu-buru untuk ke destinasi yang dituju atau balik ke kota. Dengan memandu dalam keadaan tenang dan berkhemah, kita boleh memastikan kita dan penumpang berada dalam keadaan selamat. Ikiti beberapa panduan berikut : -

  1. PENYEDIAAN KENDERAAN
Periksa kenderaan sebelum memulakan sebarang perjalanan jauh. Sekiranya anda tidak pasti untuk berbuat demikian, hantar kenderaan ke pusat servis. Periksa tekanan angin dan corak bunga tayar, lampu, sistem brek, sistem penyejuk dan komponen kereta lain.

     2. PENYIMPANAN BARANGAN
Anda mesti memastikan semua barangan disimpan di ruang bagasi kereta anda. Jangan biarkan bersepah dalam kerata anda kerana objek kecil boleh menjadi bahaya jika terjadi kemalangan.

     3. SENTIASA memandu dengan berhati-hati. Berilah laluan kepada kereta di hadapan atau dibelakang anda. Sentiasa nyalakan lampu isyarat jika ingin beralih lorong atau membelok masuk ke simpang.

     4. ANDA perlu berada di lorong sebelah kiri jika tidak memaotong kenderaan lain. Beri laluan pada kerata yang lebih laju. sentiasa bersabar dan jangan lakukan provokasi kepada pemandu lain dengan sebarang tindakan agresif.

    5.  SENTIASA perhatikan dan peka dengan pemandu yang baru belajar memandu. Cuti perayaan adalah masa popular untuk mereka belajar memandu.

    6. PAKAI tali pinggang keleder anda. Terlalu banyak kemalangan maut yang berlaku di negara ini keran aspek keselamatan dipandang remeh. Adalah menjadi tanggungjawab pemandu memastikan semua penumpang dalam kereta sentiasa memakai tali pinggan keledar.

    7. PASTIKAN jarak selamat antara kerata anda dengan kereta dihadapan bagi memberi masa untuk kita membrek dan berhenti jika berlaku kecemasan.

    8. LEBUH raya untuk dikongsi dan kita perlu lebih bertolak ansur dan bertimbang rasa

    9. PENAT memandu.. Ketika memandu anda akan menghabiskan banya waktu dalam kereta kerana lalu lintas sesak. Perjalanan jauh sememangnya memenatkan dan keletihan pemandu boleh menagkibatkan kemalangan dan sehubungan itu, anda perlu mengambil langkah wajar bagi mengelak keletihan serta membuatkan kita peka ketika memandu.

   10. PASTIKAN tidur secukupnya sebelum memulakan perjalan dan dinasihatkan melakukan perjalana jauh pada hari siang supaya membolehkan anda sentiasa berada dalam keadaan jaga.

   11. RANCANG waktu perjalanan dan berhenti rehat buat seketika jika penat, keluar dari kereta dan berjalan atau lakukan sedikit senaman. Jika sangat letih, tidur sebentar.

   12. JIKA dalam kereta ada lebih daripada seorang pemandu, pandulah bergilir-gilir.

   13. JANGAN memandu dalam keadaan mengantuk serta memandu laju kerana kebanyakan kemalangan maut akibat dua faktor ini.

   14. Kawal sikap panas baran kerana kadangkala memandu boleh menjadi sesipa saja kecewa dan mudah marah. Dengan kesibukan lalu lintas dan keadaan cuaca yang panas ditambah pula berpuasa, tahap kesabaran kita sebagi manuasia sentiasa diduga. Demi keselamatan bersama, janganlah kita bersikap panas baran ketika memandu.


04 Jun 2010

pAhAng darUl Makmur


Lama sungguh tak berblogging ni... Lepas balik dari PTK kat Negeri Pahang Darul Makmur, aku takder masa. Anak deman, lepas sambung dengan HB lak yang deman, Bila duk sebut2 sal negeri pahang, lupa lak dengan bendara pahang!!! So aku imbas kembali subjek kajian tempatan yang aku belajar darjah empat, lima dan enam dulu...
Lupa laaaa so aku google imej bendara tu,,(kawan2 ingat tak semua bendara negeri yang ada kat Malaysia??, eh tanya macam cikgu lak pulak. he he he)..
So dah melawat negeri Pahang aku, letak la bendera negeri pahang kat sini

Masa Aku kat sana, aku sempat juga pergi ke Kuala Gandah, (apa yang istemewa tempat tu)
kalau kawan2 nak tahu kawan.
boleh la klik link ni Kuala Gandah.
Best sangat tau pergi tempat ni

Bersama-sama ni aku sertakan lirik lagu negeri pahang, untuk tatapan umum
Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.

07 Mei 2010

Gambar Scan baby....

Bila kemas rumah semalam aku terjumpa buku REKOD KESIHATAN IBU, yang digunakan akan digunakan oleh setiap wanita yang mengandung dan perlu disimpan untuk rujukan akan datang , so aku nak share dengan kiorang , Waktu aku mengandung dulu, aku scan 3 kali. pertama waktu aku usia kandungan aku 3 minggu, Waktu tu aku nak pastikan tul ker aku mengandung, Waktu tu aku scan kat Klinik dR.Rozmey Che Din yang terkenal dengan Jus Mate 5 tu, Sekarang ni, klinik tu dah ditutup dan dijadikan pusat pengeluaran barang JUS MATE 5
gambar ni waktu aku dah sarat, ni pun ambik hati ma kat kampung ..
Dia duk asyik aku pergi jumpa bidan suruh pegang perut nak pastikan keadaan baby (Biasa la ikut adat)..
Aku malas nak pergi cari tok bidan so aku terus pergi jumpa doktor.


Ni gambar scan waktu kandungan aku nak masuk 8 bulan, gambar ni 3D, Kat sana kita leh mintak doktor simpan gambar yang tunjuk baby bergerak dalam kandungan kita di dalam Cd.
tapi bayaranya perlu ditambah.
Gambar scan ni cukup jelas dan gambar ni hampir sama dengan wajah Fitrah waktu lahir,
Kalau kiorang nak scan baby, cari la klinik yang sediakan perkhidmatan scan 3D atau 4D.
Memang Berbaloi

06 Mei 2010

GUNAKAN UBAT GIGI BERFLUORIDA

Amalan memberus gigi merupakan amalan penjagaan kesihatan pergigin harian perlu dilakukan untuk kesihatn, kebersihan, kebersihan dan penampilan.

FAEDAH UBAT GIGI BERFLUORIDA
memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida dapat mencegah kejadian karies gigi dan adalah faktor utama dalam penurunan kadar karies gigi di seluruh dunia. Fluorida merupakan bahan yang dapat menguatkan gigi

PENGGUNAAN UBAT GIGI BERFLUORIDA

  • Gunakan secalit ubat gigi berfluorida bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah .
  • Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang pea (5mm) sahaja bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas.
  • Pastikan kanak-kanak tidak menelan ubat gigi
  • Kanak-kanka perlu diajar untuk meludah dan berkumur selepas memberus gigi
TIP-TIP UNTUK IBUBAPA/PENJAGA
  • Ibubapa/penjaga perlu awasi dan bantu anak memberus gigi sehingga umur meningkat 6-8 tahun walaupun anak sudah pandai memberus gigi sendiri
  • Gunakan berus gigi kecil bersesuai dengan saiz mulut
  • Baca label ubat gigi untuk mengetahui kandunagn bahan aktif seperti Sodium Fluorida &Sodium Manofluorophosphate. Kandunagn Floruda 1000 ppm adalah bersamaan dengan 0.1%
TAHUKAH ANDA?
MEMBERUS GIGI DENGAN UBAT GIGI BERFLUORIDA BOLEH:
  • Mengubati peringkat awal karies gig
  • Menguatkan semula enamel gigi
  • mencegah dan mengawal kerosakan gigi
  • Menyegarkan nafas
  • Mencegah penyakit gusi
APAKAH YAG PERLU DILAKUKAN UNTIK  MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN
  • Beruskan gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pagi dan malam selepas makan
  • Makan secara sihat. Pilihlah makanan berkhasiat
  • Kurangkan kekerapan dan jumlah makanana manis. Makanana manis boleh merosakkan gigi dan mengakibatkan kesakitan
  • Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian sekuarng-kurangnya sekali setahun.

Cat Rumah....

Dah nak masuk 2 tahun aku mendiami rumah ni, 
apa yang penting rumah ni adalah terletak di kampung, Ini kerana aku
suka dengar ayam berkokok pada waktu pagi, bunyi burung 
dan lain2 lagi..
Setalah memikirkan tuan rumah cukup sporting so 
kami buat keputusan untuk cat mengikut warna kesukaan kami..
setiap hari masa aku cukup padat kecuali malam, 
paling awal sampai rumah adalah jam 6.45 petang,
so kalau nak buat kerja mesti buat selepas anak dah tido.
 jam 8 lebih dia dah mula mengantuk dan kalau jaga pun jam 12.00 malam coz mintak nak minum susu. 

Ni no cat yang aku gunakan, 6341



HB sedang cat 


Aku rasa nak gabung warna cat dalam rumah ni, warna sekarang adalah warna hijau muda.
Pada pendapat kiorang, Gabuang hijau dengan warna apa ???
yang paling sesuai.
Kalau kiorang mempunyai idea, leh la share

04 Mei 2010

Bermula.... 03.50.2010, Jom kita cabar diri sendiri

Sejak Mendirikan Rumah tangga ni, Berat badan aku makin bertambah, Risau betul takut-takut berat badan bertambah beriringan dengan masalah kesihatan. AKu berdoa pada Illahi agar semua itu tidak akan menjadi kenyataan, dan dengan ini aku mencabar diri menurunkan berat badan..Dengan ni aku berharap kalian dapat berkongsi pengalaman dan cara untuk aku dapat menurunka berat badan ini dengan berjaya..

15/05/2010

  1. 10.00 pagi - bihun goreng + ayam goreng
  2. 1.00 ptg - moi + ayam goreng
  3. 6.30 ptg - biskut dan air teh

14/05/2010
  1. 9.00 pagi - keow teow goreng + hati lembu masak kicap
  2. 12.45 tgh - bihun sup
  3. 4.00 ptg - bihun goreng
13/05/2010
  1. 9.00 pg - bihun+daging msk kicap
  2. 3.00 ptg - keow teow sup
  3. 11.00 mlm - susu

12/05/2010
  1. 9.00pagi - bihun goreng
  2. 2.30ptg - keropok goreng
  3. 9.00 mlm - 2ketul ayam goreng

11/05/10
  1. 9.00 pagi - Keow teow goreng
  2. 12.45 -Keow teow ladna
  3. 6.00 ptg - kuih
  4. 10.00-karipap segera dan air sirap

10/05/10
  1. Pagi - Soto (member bawa jamu semua orang)
  2. 6.00 - nasi (mak mentua bawa dari kampung)
09/05/2010
  1. 8.00pg - makan biskut dan air suam
  2. 2.00 ptg - makan nasi 4 sudu
  3. 9.00 mlm- pergi kenduri kesyukuran


08/05/2010
  1. 5.00 pagi - makan 4 sudu nasi (suami aku lapar, ingat nak teman dia makan dengan aku2 rasa nak makan so aku ambik la juga nasi tu)
  2. 6.00 ptg - keropo udang
  3. 10.00malam - satu ketul ayam dan air blackcurrent
Senaman : aku menyangkul rumput depan rumah

07/05/2010
  1. 10.00 pagi - 3 biji kuih dan air teh air (order oren bancuh tapi yang sampai teh ais)
  2. 12.45 - keowteow sup
  3. 8.00mlm - aku makan laksa rumah mokna
06/05/2010
aktiviti aku hari ini amat padat, pukul 10.15 malam baru leh tul2 duk kat rumah, penat sangat. tu pun tak boleh terus rehat, dalam kul 2.00 pagi baru leh tido
  1. pagi - epal dan susu
  2. 1.00 ptg - keow teow sup
  3. 4.00 ptg - keropok lekor (minum petang kat pejabat)
  4. 8.00 malam - piza 9 (makcik aku buat sendiri so kena try la, ni first time dia buat memang sedap)
05/05/2010

  1. Pagi - aku makan beti dan epal
  2. 10.30 - pergi kat pejabat, member bagi nasi lemak gulai udang, siap bagi dua bungkus g (1 aku makan, satu aku bawa balik untuk HB) ,tapi kat sini nasi lemak kat sini still leh beli dengan harga rm 0.50, so kiorang mesti leh agak kuantiti nasi tersebut, boleh dianggarkan satu sendup je
  3. tengahari - makan sup ayam dan teh ais
  4. petang  - Bubur kacang 4 suap ( pergi ambik anak kat pengasuh, jiran pengasuh buat bubur, nak jaga hari orang aku makan jgk la, tapi yang tukang menghabiskan makanan aku mangsa aku adalah HB.. Nasib baik HB memang cuku suka bubur kacang.
  5. Malam - buah mangga dan susu 

senaman : Oleh kerana makan pelbagai jenis makanan aku ambik keputusan nak menyangkul rumput, memang perpeluh. Habis basah habis baju, tu pun aku ambik mas setengah jam je






Hari ini aku nak share berat badan aku, Nati aku nak banding bila aku dah tulis entri ni dalam masa sebulan, berat aku adalah 68.6kg



04/05/2010
  1. Pagi - Susu + madu dan 2 keping biskut
  2. Tengahari - Sup ayam + kentang
  3. 7.00 malam - Sup ayam dan buah betik
  4. 10.30 malam - Air bandung Cincau 

Senaman : skipping 100 x




03/05/2010


  1. Pagi- minum air teh dan 3 keping biskut
  2. 12.45 tghari - minum cendol pulut dan 4 sudu bihun sup
  3. 3.00 ptg - member pejabat bawa keropok so aku makan 2, 3 keping
  4. 6.00 ptg - 1/2 mangkuk keow toew kuah
  5. 12.00 mlm - susu dan 2 keping biskut..
Aku akan cuba post entri ni setiap hari tentang makanan ni setiap hari





29 April 2010

Tip-tip Pencegahan Keracunan Makanan di Rumah

  1. Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum dan selepas mengendalikan dan menyediakan makanan. Gunakan air panas dan bersabun untuk membersihkan perkakas memasak, papan memotong dan lain-lain permukaan yang digunakan.
  2. Apabila membeli-belah, menyediakan atau menyimpan makanan, asingkan daging mentah, ternakan, ikan dan makanan bercangkerang daripada makanan lain bagi mengelakkan pencemaran silang
  3. Masak makanan pada suhu yang selamat. Cara terbaik bagi memastikannya adalah dengan mengfunakan termometer makanan. Anda boleh membunuh organisma yang boleh menjejaskan yang terdapat dalam kebanyakan makanan dengan memasak pada suhu antara 630 C hingga 740 C.
  4. Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh dua jam pembelian atau penyediaannya. Jika suhu bilik lebih 320 C, sejukkan makanan yang tidak tahan lama itu dalam masa sejam. Letakkan makanan di dalam pembeku jika tidak mahu memakannya dalam masa dua hari
  5. Mencairbekukan makanan dengan selamat. Jangan lembutkan makanan pada suhu bilik. Cara terbaik untuk melembutkan makanaan adalah dengan mencairbekukan makanan di dalam peti sejuk atau mikrogelombang. Melalukan air sejuk ke atas makanan untuk melembutkannya juga selamat
  6. Buangkan sahaja makanan itu kalau anda ragu-ragu dengan car penyediaan, penyimpanan atau hidangannya. Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik dengan terlalu lama mungkin mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh dimusnahkan lagi walaupunn dengan memasaknya. Jangan kecap makanan itu jika anda tidak pasti mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya walaupun ia mungkin kelihatan (atau berbau) masih baik, ia mungkin tidak selamat lagi untuk dimakan.
  7. Berwaspadalah semasa menghidangkan makanan. Bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat semasa menyediakan makanan tanpa pemanasan atau penyejukan sempurna terutamanya semasa majlis luar atau bufet. Buang saki-baki makanan yang berada pada suhu bilik lebih dua jam atau dalam cuaca panas, lebih empat jam
  8. Tahu bila masanya untuk mengelakkan sama sekali makanan tertentu terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. Langkah lebih berhati-hati perlulah diambil oleh mereka dengan mengelakkan makanan seperti daging mentah, ikan atau makanan bercengkerang yang tidak cukup masak

Bekalan makanan ayam musim Hujan

Dalam hidup ni, kita perlu mencari  ilmu pengetahuan agar kita dapat sesuaikan keadaan dalam apa jua keaadaan...
bak kata pepatah masuk kandang kambing megembek 
dan masuk kandang harimau 
kita cabut lari he he he..
nati habis tinggal tulang kan kan kan baru tahu..
Bila jauh merantau luas pengetahuan, 
ini aku nak kongsikan pengalaman aku tinggal 
dikampung ni, iaitu
jemur nasi untuk kegunaan musim hujan, bekalan ini biasanya boleh
diperolehi secara percuma dikedai-kedai makan
atau 
tempat kenduri, biasanya banyak nasi yang tidak habis akan dibuang saja. 
Daripada dibuang baik dijemur sehingga betul kering dan 
apabila musim hujan, nasi yang kering tu dimasukkan kedalam bekas bersama air
dan apabila dah kembang, makanan tersebut boleh diberikan kepada ayam
atau itik
Ini gambar contoh yang aku ambik kat kampung..

26 April 2010

Bihun Goreng Sepulau




Bahan-bahan
1/2 paket bihun
5 ekor sotong (potong bulat)
1 ketul ayam (potong kecil2)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inci lobak merah (potong kecil bentuk dadu)
1 sudu lada hitam (kisar halus)
1 sudu lada putih
3 sudu sos tiram
daun bawang dan daun sup dihiris halus untuk hiasan

cara
  1. tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan kemudian masukkan bawang merah,
  2. selepas itu, masukkan ayam dan lobak merah, masak sehingga separuh masak
  3. kemudian masukkan sotong,
  4. kemudian masukkan bihun, sos tiram, garam, lada hitam, lada putih dan kacau sehingga sebati..
  5. apabila bihun sudah lembut, angkat dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang dan boleh dihidang.

23 April 2010

Promosi anak tudung Nara


 Tujuan aku papar gambar ini bukan menayangkan 100% diri kepada umum tapi hakikat
aku ingin berkongsi anak tudung yang aku belikan ini kepada pembaca
anak tudung ini aku beli secara online dari laman Web
Anak tudung ini amat kemas dan senang dipakai..
Harga anak tudung ini amat berpatutan.
Anak tudung ini boleh dijadikan anak tudung yang berlapis-lapis, unutk keterangan lanjut
pembaca oleh la melawat laman web butiknara

11 April 2010

Hujung Minggu di Wang Kelian, Perlis


(ambik waktu time nak balik, dalam kalut  terambik gambar pengunjung ini)

kalau semalam aku ke tasik timah tasoh, dan hari ini
rezeki aku untuk bertandang ke Pasar hari Wang Kelian Perlis.
Sudah 9 tahun aku menjejak kaki ke Perlis, tapi aku tidak berpeluang untuk ke sana
apabila dipelawa untuk ke sana oleh mak pengasuh fitrah
aku hanya mampu tersenyum..
Alhamdulillah,
Semua kelengkapan aku dah sediakan sebelum tido
baju fitrah
lampin
bekal susu
kain tuala
air masak
biskut
buah apple kukus
(bedak, losyen, minyak rambut, sikat dll)
dan
aku sediaka bekalan moi(nasi air) untuk fitrah jam 6 pagi,
aku agak kalut sikit pagi ini sebab HB pun ada rancangan untuk ke
karnival PERHILITAN di Taman Negara Pulau Pinang
jam 7.45 pagi aku dah bersiap sedia untuk ke sana dan
ayah pengasuh FItrah datang tepat jam 8 pagi..
Sampai sana aku, dah tersenyum lebar, akhir aku sampai jgk..
waktu kami sampai tu, orang tak berapa ramai lagi apabila jam dah masuk 10 pagi,
kawasan menjadi penuh sesak dengan pelanggan..
Pasar hari disana terbahagi kepada dua iaitu, pasar hari oleh masyarakat thailand di kawasan Thailand
dan pasar hari oleh masyarakat Malaysia di kawasan Malaysia.
Yang datang bukan saja dari kawasan setempat, ada juga yang datang dari seluruh Malaysia
Ada dikalangan mereka yang mengabdikan kenangan didalam foto.


Ini aku beli barang untuk Fitrah...
Bila dah balik kat rumah baru perasaan yang semua barang fitah warna biru, waktu beli kat sana
memang takder niat pun yang nak beli warna yang sama

10 April 2010

Sepetang di Timah Tasoh Resort & Retreat

Semenjak kelahiran Fitrah, kami tak pernah lagi meluangkan masa
 berkualiti bersama-sama, seperti bercuti, beriadah, berkelah dan lain-lain lagi,
ini kerana kami cuba mengurangkan aktiviti luar sehingga
kami rasa fitrah dah cukup bersedia untuk melakukan
sebarang aktiviti yang bersesuaian. Oleh kerana
hari ini hari cuti so aku dah suami merancang bawa fitrah ke satu tempat yang sebelum ni pun kami
sendiri tak pernah pergi.
Cantik dan memang sesuai untuk seisi keluarga untuk bersantai,
dan ia juga sesuai untuk perempuan coz kawasan ini dah hampir dekat dengan
Pusat membeli belah Padang besar..
Lajak2 la ke sana memang berbaloi-baloi, tapi nasihat aku kepada pengunjung, jika nak kesana lebih baik pergi bukan waktu cuti sekolah coz...
?
?
?
Sekarang ni, kita stop pasal padang besar,
sekarang ni, aku sediakan beberapa keping gambar untuk kawan2 semua mencuci mata
tempat yang aku pergi sana..
tempat tu
cantik
selesa
menarik
dan
banyak kemudahan...






Aku bertolak dari rumah dalam pukul 4.00 ptg dan sampai sana dalam kul 4.20 petang,
Sebelum bertolak aku dah sedia sedikit juadah untuk kami nikmati disana..
Alhamdulillah, Fitrah pun seronok disana..
dalam hati terdetik, lain kali leh datang lagi



dan pukul 6.30 petang, kami bertolak pulang, waktu tu masih ramai yang datang,
ada juga pasangan pengantin yang datang mengabdikan foto mereka dengan pemandangan
disana..
Jika kawan2 datang kat perlis, jemput2 la singgah, tidak rugi rasanya..
Lain entri aku akan cerita lagi tentang keistemewaan perlis negeri yang kecil ni..

09 April 2010

Hari Jumaat.... Seronoknya

Hari ini jumaat, waktu rehat panjang sikit... Balik rumah masak kit lauk,
 HB dah lapar coz waktu pagi tak sempat masak, dia dah gesa masak yang simple-simple je.. Aku letak nasi, goreng ayam masak kunyit dan sayur goreng. Lepas tu tambah budu dalam hidangan, tapi budu tu bukan untuk aku la tapi untuk HB aku.
Bila bercakap tentang BUDU, aku masih ingat yang
dia pernah berkata yang
dia tak akan sentuh budu dan makan budu,
sampai sekarang ni, aku masih ingat situasi waktu tu, dan
apabila dia dah makan budu tu, aku pulak yang kena buat catuan budu
coz dia makan lebih mengalahkan orang pantai timur,
Yalah apa taknya dia taruk budu dalam nasi buat kuah
aduhai, kena darah tinggi baru tahu,


Gambar ini diambik dari sini , saja letak coz nak tunjuk untuk orang yang tak pernah tengok budu



Ayam masak kunyit

Bahan-bahan
Ayam (potong kecil2)
serbuk kunyit
asam keping
air
garam
lada besar (hiris)
minyak

Cara
  • masuk ayam, kunyit, sedikit air, sedikit garam, asam keping kedalam kuali dan masak sehingga kering
  • Kemudian masukkan minyak dan goreng sehingga kekuningan
  • kemudian masukkan bawang besar dan lada, masak dalam 2 minit.
  • Hidang bersama nasi



sayur goreng simple

Bahan-bahan
sawi
Bunga kubis
lada besar
udang kering
sos tiram
air
garam
sedikit gula
minyak
bawang merah (mayang)
bawang putih (mayang)

cara:
  1. Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan panas
  2. kemudian masukkan bawang putih dan masak sehingga kekuningan dan masukkan bawang merah, apabila bawang merah agak layu masukkan udang kering
  3. Selepas itu masukkan kubis bunga dan sawi, garam, gula, sos tiram, air dan gula, kacau sehingga sebati.
  4. Apabila dah hampir masak masukkan lada hijau dan hidangkan bersama nasi yang panas.

Biasanya time kerja ni, aku masak yang simple2 je, kalu nak masak yang rumit, biasanya hari sabtu dan ahad..
Malam ni my HB pergi cari umpan untuk memancing, insyallah kalu esok tak hujan, dia nak bawa aku dan fitrah sama.. kalu sempat ambik gambar aku akan buh untuk kongsi dengan kawan2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...