29 Januari 2010

Bubur Kacang-jagung

Bahan-bahan :

  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 batang jagung (parutkan)
  • 3 sudu sagu
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula merah
  • 4 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu minyak
  • 3 helai daun pandan

Cara-cara:
  1. Basuhkan kacang hijau dan rebuskan kacang sehingga kacang hijau pecah. (masukkan minyak semasa masak kacang hijau supaya cepat empuk)
  2. kacang hijau tersebut ditapis dan air rebusan tadi dibuang
  3. Masukkan santan dan kacang hijau yang ditapis, gula merah, garam, dan daun pandan masak dengan api yang kecil
  4. Masak sehingga jagung empuk dan masukkan sagu.
  5. Hidangkan


langkah pertama, masak lebih kurang 20 minit


ni bila dah kacang tu dah empuk


Bila dah masak, aku bawa kat pejabat. Aku buat ni time rehat.
Kawan-kawan la jadi tukang komen....
nati leh perbaiki lagi masak kita..
tapi member aku cakap, sedap.....



Kalu mak aku, dia suka goreng dulu kacang hijau tu tanpa minyak, baru dia rebus kacang tu... dia kata bubur kacang tu lagi wangi dan bila bubur tu tengah mendidih dia masukkan telur yang dah dipukul...
memang sedikit berbeza la, terutamanya mak aku suka masak bubur guna 'gula gerek, nise (bahasa kelate)', tapi kat utara ni susah kit nk dapatkan gula 'gula gerek, nise (bahasa kelate)' coz bukan semua kedai ada jual kecuali bulan puasa.. so bila nak buat baru nak cari baru, terpaksa la guna gula merah..
tapi orang utara kalu buar bubur memang guna gula merah



21 Januari 2010

JUS CAROT SUSU

Bahan-bahan:

  • 2 batang carot (yang sederhana)
  • 1.5 liter air
  • 1/2 tin susu

Cara-cara
  • Carot dipotong kecil-kecil
  • Carot yang dipotong itu diblender dengan menggunakan air
  • Tapiskan carot tersebut dan masukkan susu dan kacau dengan sebati
  • Hidangkan air carot tersebut bersama ais



Petua : Untuk sesiapa yang menyusu baby, digalakkan minum kerana ia boleh menghasilkan susu yang banyak

19 Januari 2010

KEBUN BOTANI PULAU PINANG......

Lama betul tak pergi taman botani kat penang, masa pergi dulu zaman sekolah2 dulu,
mungkin dah masuk 6 tahun...
dan bulan lepas aku kembali menjejak kaki disana
bersama rombongan usm untuk menjalankan amali disana.
dan aku lihat disana telah banyak berubah... dan perubahan sana sangat ketara tapi nasid baik berubahan sangat disana membuatkan taman itu makin cantik dan tersusun.
Kebun botani tersebut makin luas dan dipelbagaikan fungsinya..
disana
Terdapat "train" yang membawa pelancong mengeliling kebun botani tersebut tetapi
kita boleh membuat pilihan untuk berjalan kaki
disana juga
Terdapat pondok/rumah yang yang ditanam tumbuhan mengikut spesies


kaktus




Rumah orkid

banyak lagi pondok/rumah tumbuhan yang terdapat disana dan gambar diatas adalah sebahagian yang aku sempat ambik.Didalam rumah tersebut t
erdapat tumbuhan yang unik dan menarik yang susah diprolehi
 dan sumber tumbuhan diperolehi dari merata-rata tempat

kebun botani ini bukan dikunjungi oleh pelancong domestik tapi pelancong luar negara pun banyak yang pergi ke sana..




kalu bawa anak-anak memang berbaloi kerana selain anak dapat mempelajari tentang tumbuhan, anak-anak juga dapat mendi-manda disana, airnya pun bersih dan sejuk. Dulu kami sekeluarga ke sana semata-mata mandi sungai je ....
Selain tu kita juga
dapat membeli spesis tumbuhan yang terdapat didalam kedai bunga disana tapi berjaga-jaga, jangan tangkap gambar dalam kedai bunga tu nati kita dimarah oleh nyonya disana he he he...



dalam kedai bunga













Aku buh gambar periuk kera ni kerana waktu kat sana aku dan member banyak bercakap tentang lemang periuk kera yang mana lemang tersebut boleh didapati di hotel 5 bintang...
Aku sendiri pun tak pernah makan lemang periuk kera tersebut tetapi pernah lihat dalam tv...

20sen untuk plastik.... Kenapa?

Bulan lepas aku ke jusco penang, Almaklumlah jarang-jarang ker sana maka singgah la jap...
Waktu aku pergi tu dekat dengan hari tahun baru maka banyak la diskaun...... Ada yang sampai 70%....
Aku pun ada beli la kit2 untuk diri sendiri, suami and anak... tapi tiba2 juruwang tu cakap kalu nak plastik kena bayar 20sen.
Kenapa?
berkiranya ke tuan supermarket ni?
Kedekut?
Sampai sehelai plastik pun kena bayar...
Tak pernah lagi aku pergi kar supermarket kena plastik barang kena bayar...
Tapi
Bila baca memo kat situ baru aku tahu yang bayaran tu sebenarnya untuk tujuan tabungan.... Ok jgk cara tu, kalu orang tak mahu ambik plastik tu dia dapat kurangan penggunaan dan menjimatkan sumber negara



18 Januari 2010

Makan bersama....

Dah lama sungguh, atau aku boleh katakan terlalu jarang untuk semua golongan wanita di pejabat dapat keluar makan bersama kerana sibuk dan mempunyai komitmen masing-masing. Setengah-tengah ada yang keluar dengan suami, atau anak-anak. dan pada minggu lepas kami berpakat untuk makan bersama di kedai.. tanpa kehadiran golongan adam.tapi golongan wanita di pejabat kami boleh dibilang dengan jari kerana majoritinya adalah lelaki... Tapi kami order tak banyak... sekadar ala kadar je


claypot tafu......



 Ni pertama aku makan tafu, isinya lembut, sebelum ni aku tak pernah beli kat kedai, apatah nak masak kat rumah, kadang-kadang keluar makan dengan member ni ada untung juga, kerana aku jenis order makanan yang biasa aku makan je, nati boleh la aku promote kat hubby aku.. Entah aku tak tahu la dia makan atau tak?


 

Sayur campur


Sayur campur ni aku tak makan lak, bukan tak suka tapi sayur tu ada kubis, so aku tak makan la... lepas bersalin ni aku nk pantang jap makan kubis...
Entah la tak tahu berapa lama lak... sehingga aku teringgin nak makan la..
umur anak dah 5 bulan tapi banyak benda yang aku tak boleh makan nati "kembang urat" itu kata orang-orang tua. Aku pun tak berani nk makan nati aku takut aku tak boleh bangun je.



ikan siakap 3 rasa

Kalu ikutkan ikan siakap ni masaknya memang sedap tapi agak berbau sedikit maka bayank la andai dari "pakar2' yang menyatakan ni mesti ikan bela. tapi ikan ini kami makan juga almaklumla dah bayar mahal....




tomyam campur, telur goreng



gambar member-member yang sempat aku ambik,
"jong kako = tukang hidang"

Ada lagi makan yang tak sempat aku ambik, antaranya sotong goreng tepung dan lain-lain lagi...
kami makan dengan asyik tanpa mempedulikan orang lain, kalu ada gempa bumi pun mungkin kami asyik lagi duk makan he he he...


15 Januari 2010

manja......


Bila dah melahirkan anak ni, aku gemar sangat dengan anak patung, teddy bear or semacam dengannya , tapi aku tak nk ikut perasaan, biar la aku beli secara bersederhana...
Anak payung atas tu aku beli kat kelantan bila balik kat kg bulan 12 hari tu, Bila pergi kedai tu, rasa nak beli semua je kat anak kesayanganku... tapi hbby aku dah jeling-jeling je kat aku, bukan marah tapi dia kata nati kita beli lagi..... Biasanya kalu balik kelantan aku akan pergi ke wakaf che yeh, kota bharu atau rantau panjang tapi kali ni aku balik tak pergi jalan mana2 kecuali pergi ke pasar coz nak beli keropok dan budu yang orang kirim tapi sambil tu aku sempat jugak balik rumah nenek aku (mak tok)..
Rindu sangat kat mak tok aku tu... (muah2), tujuan utama aku balik kat sana ma rindu sangat kat cucunya, balik pantang hari tu aku tak sempat nk balik sana

i miss my mom

RAWATAN WAJAH SENDIRI LEBIH JIMAT

BAHAN-BAHAN UNTUK MERAWAT WAJAH
  • TOMATO
  • TEPUNG UBI
  • TIMUN
  • TELUR
  • EPAL SUSU SEGAR
  • LOBAK MERAH
  • ASAM JAWA
Menjga dan memanjakan wajah memang rutin wanita. Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan memiliki kulit wajah yang segar serta kelihatan muda sepanjang masa.

Bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna, ramai wanita tidak ragu-ragu mendapatkan rawatan kecantikan di salun pada setiap minggu.

Andai anda ingin menjimatkan wang dan masa mengikuti sesi rawatan muka, mungkin tiba masanya anda memikirkan untuk melakukannya sendiri di rumah.

Ramai dikalangan wanita mengetahui khasiat tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak seharian dalam membatu mendapatkan wajah yang lebih berseri-seri. Sebenarnya apa yang ada di dapur dan di dalam peti ais anda itu boleh dijadikan bahan untuk mencantikkan wajah dan mengekalkan kulit yang sihat.

Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, mudah didapati dan murah tanpa perlu berbelanja besar.

Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambik sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

Asam jawa juga banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan anda. Bancuh sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Untuk menegangkan kulit muka ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air . Pastikan bansuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air kering.

Bagi mereka yang gemar menggunakan khasiat manjakani. rebus segenggam menjakani di dalam periuk tanah sehinggalah menggelegak dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.

Sebagai petua menghilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit  kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. amalkan selalu.

Mengelakan kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. setalh itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan sehingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan dengan airnyan dengan bedak sejuk.

Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.

Akhirnya susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin. Tidak percaya silalah cuba sendairi. Ambik segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.




13 Januari 2010

MASALAH SENGGUGUT

Masalah senggugut boleg dikelaskan kepada dua jenis iaitu

  • senggugut primer (jenis biasa)
  • senggugut sekunder (disebabkan oleh penyakit)
senggugut ringan biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu. Senggugut ni biasanya dialami oleh golongan yang belum berkahwin nemun sesetengah kes ia berkekal dan menjadi makin serius.

Senggugut primer disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh tubuh seseorang. Kesakitan disebabkan oleh pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya.

Senggugut sekunder pula berkait rapat dengan penyakit yang berpunca dari uterus, tiub fallopio atau ovari. Senggugut ini biasanya berlaku apabila sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut

Pengeluaran sejenis bahan iaitu prostogladin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika sengugut. Otot rahim akan mengecut dengan lebih cepat.

Dalam pada itu sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan sengugut antaranya seperti jangkitan kuman, ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid. Pengeluaran hormaon yang tidak seimbang juga boleh menyebebkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.




10 Januari 2010

petua jangan bagi kucing naik kereta





dah kata nama kucing, mesti dah tak boleh larang apa yang dia nak buat, paling geram bila baru basuh kereta, dia wak kereta tu tempat permainan dikala waktu malam... Heh.. geram sungguh. Dah la pulak kalo esok tu nak "date" dengan pakwe2 mesti dia kata kita tak jaga kereta langsung...ummmmmmmm..
So kalu nk "date" kul 10, jadi kul 11am... coz nk pergi masuk mesin dulu he he he...
tapi Ummifitrah ada satu petua nak elak kucing naik kereta kita, dimana letak je botol air atas kereta kita tu, gerenti tak naik punya, cara tu paling selamat dan murah beb.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...