29 Disember 2009

ADAP DI MEJA MAKAN

Adap di Meja Makan

  1. makan dengan mulut yang tertutup saat mengunyah makanan
  2. Berbicara dengan suara yang rendah
  3. Tutup mulut saat batuk atau bersin
  4. Jangan menyandarkan punggung di sandaran kerusi
  5. Jangan menimbulkan suara saat mengunyah makanan
  6. Jangan memanikan makanan dengan peralatan makan
  7. Jangan menimbulkan suara saat memakan sup.
  8. Letakkan garpu di sebelah  kiri dan garpu di sebelah kanan bersama-sama di arah jam tiga di atas piring dengan bahagian pisau yang tajam menghadap ke dalam. Ini menandakan bahawa anda telah selesai makanan
  9. Napkin yang disiapkan untuk anda hanya untuk membersihkan mulut bila kotor
  10. Jangan mengambil makanan dari piring orang lain dan jangan memintanya juga
  11. Jangan lupa untuk selalu mengatakan "tolong" dan "terima kasih" setiap kali meminta bantuan



23 Disember 2009

Petua untuk memastikan tauhu tidak melekat dikuali



he he he....
Bila teringat suami aku, mesti aku akan gelak kat dia, coz aku selalu cakap yang 'dia kurang nikmat hidup ini'...
Banyak benda yang dia tak makan, tapi dia tak pernah menghalang aku untuk membeli makanan tu...
Tapi kita sebagai isteri kena pandai la.... Salah satu makanan yang suami aku tak makan ialah tauhu..
Oleh itu kalau masak keow teau, bihun, or mee, aku akan motong kecil-kecil masukkan dalam masakkan itu.... Selalunya sebelum itu aku goreng dulu tauhu tu agar tauhu tersebut tidak hancur bila dimasukkan dalam mee (bihun, keow teau). Oleh kerana tauhu itu lembut, semasa mengoreng tauhu tersebut aku masukkan sedikit garam agar tauhu tersebut tidak melekat dikuali...



02 Disember 2009

Awasi 10 Gejala Kemurungan

SIMPTOM-SIMPTOM ATAU GEJALA-GEJALA KEMURUNGAN

1) rASA sEDIH yANG mELAMPAU
Merasa sedih tanpa sebab dan tidak berhenti merasainya (tanda kemurungan)

2) pERUBAHAN dALAM sELERA mAKAN
Gangguan bipolar kadangkala akan mengalami perubahan penting dalam selesa makan dan corak tidur

3) bIMBANG ATAU RESAH
Gangguan bipolar kadangkala menyebabkan keresahan, marah, risau dan berasa berkocak dalam hati

4) sIKAP tIDAK pEDULI
Gangguan bipolar kadangkala menyebabkan rasa pesimis dan sikap tidak peduli

5) kURANG bERTENAGA
Mengalami keadaan seperti seperti berlari tanpa tujuan terutamanya selepas fasa mania di mana anda rasa tidak dapat berhenti berlari. Gangguan bipolar kadangkala mengalami kehilangan tenaga dengan mudah





25 November 2009

Pantang dan Orang-Orang Tua

Semasa di penghujung pantang, aku selalu ke tempat suami aku bekerja (bukan tak caya kat suami), tapi aku selalu jumpa makcik2 yang kerja kat kantin kat sana.... Aku suka kawan dengan mereka kerana orang tua selalunya banyak pengalaman berbanding kita orang muda..... Walaupun agak berumur tapi mereka tidak la terlampau kolot.Satu benda yang mereka ajar adalah dalam pantang kita perlu jaga penampilan diri kita...
jangan jadi macam orang dulu2 (bertampal bedak sejuk dimuka, tidak berdandan)..Mereka berkata tak salah jika
1) Memakai seluar  (lagi kemas dan menutup semua badan tapi selepas luka sembuh)
2) Memakai minyak wangi dan losen (jaga kulit)
3) Pakai mekap tapi sekadar saja, jangan bagi muka pucat
4) Makan sayur seperti sawi
5) Makan buah seperti limau (elak sembelit)
6) Makan ayam, ikan dan daging ( sumber tenaga)

Dalam pantang selalunya orang akan
1) Makan ikan haruan kering ( leh order dalam blog kakyongshoppewordpress.com)
2) Tidak minum air terlalu banyak
3) banyakkan makan halia dan lada hitam
4) Tidak makan sayur yang sejuk, menjalar dan berangin (seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta trung)
5) tidak makan buah seperti tebu, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing buluh, durian belanda, mangga, betik, ciku, langdat, tembikai, nangka, cempedak, pisang nangnka, manggis, macang, kuinin, binjai
6) tidak makan makanan berminyak ( biasanya makan hanya dipbakar, setengah2nya percaya yang minyak boleh menyebabkan "batu mareian" berada dalam keaadaan tidak betul
                                                                                                                                       bersambung....


BEGEDIL AYAM

Bahan-bahan:

3 ketul ubi kentang
1/4 daging ayam (cincang)
daun bawang dan daun sup (dicincang)
5 ulas bawang merah (dicincang)
lada sulah ( secukup rasa)
garam (secukup rasa)
1 biji telur (dipukul)

Cara-cara:

1) Ubi kentang dibuang kulit dan dipotong dan digoreng sehingga kekuningan (pastikan potongan itu tidak terlalu tebal)
2) Ubi kentang tersebut ditumbuk sehingga halus
3) Masukkan semua bahan yang dicincang dalam aduan ubi kentang, bersama-sama garam, lada sulah dan adunan tersebut digaul sehingga sebati.
4) kemudian adunan tersebut dikepalkan dan dileperkan
5) Akhir sekali celup dalam telur dan goreng sehingga kekuningan.

 (sebelum goreng)


(selepas digoreng)



24 November 2009

Petua untuk mendapatkan periuk besi kelihatan sentiasa baru

Semasa kenduri kat kampung, aku pernah tengok makcik2 yang buat kerja duk kalut mintak sabun mandi ( ek nak mandi ke makcik2 ni?, kalu nk mandi balik rumah la....., tk yah mandi rumah org), tapi rupa-rupanya nak basuh periuk.... Hasilnya periuk tu memang bersih dan berkilat




20 November 2009

/resepi: sotong sumbat/


SOTONG SUMBAT

Bahan-bahan:
1 ketul daging ayam (cincang)
6 ekor sotong (saiz sederhana)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji cili kecil (hiris kecil-kecil)
daun bawang dan daun sup (hiris kecil-kecil)
gula
garam
perisa
lidi

Cara membuat:

  • Gaulkan daging ayam bersama dengan bawang merah, bawang putih, cili, daun bawang sup dan daun bawang, gula, garam bersama perisa (jika perlu) sehingga sebati.
  • Sumbatkan bahan yang digaulkan ke dalam sotong 
  • Cantumkan semula kepala dan badan sotong dengan mengunakan lidi
  • Panaskan minyak dan masukkan sotong tersebut.
  • Masak sotong dengan api yang sederhana dan masak sehingga sotong bertukar kekuningan
  • Hidangkan masakan bersama nasi putih.

Nota Dapur: Sajian ini juga boleh dijadikan sajian minum petang. Sangat sedap jika dicecah dgn sos bersama mayonis. 





12 November 2009

/petua di dapur/


Petua Untuk Mengelakkan Percikan Minyak Ketika Menggoreng Sotong
Apabila menggoreng apa-apa jenis makanan laut yang semestinya sentiasa dalam keadaan basah, seperti sotong, kadangkala minyak tersebut akan tepercik naik ketika menggoreng, silap haribulan mahu berparut juga, kalau kena tangan boleh la tahan, kalau kena muka, nasib badan! Jadi untuk menggelakkan perkara tersebut berlaku, sebelum sotong-sotong itu digoren pastikan anda buangkan mata sotong tersebut. Insyallah, minyak tak akan terpercik ketika menggoreng, kalau terpercik pun, tak sampai la kena sapu ubat gigi kat muka.
Menjaga Kualiti Minyak Gorengan
Bagi peniaga, keuntungan adalah menjadi sasaran, jadi para peniaga akan cuba untuk minimunkan kos dan maksimunkan keuntungan, harap ia berlaku dengan jujur dan adil, jadi di sini ingin saya berkongsi tentang cara memelihara kualiti minyak yang sudah digunakan untuk menggoreng .Biasanya apabila minyak goreng yang digunakan berilang kali untuk gorengan lain, minyak tersebut akan menjadi hitam dan kualitinya semakin berkurang. Jadi untuk mengelakkan ataupun mengurangkan minyak itu menjadi hitam dan berbau, semasa memanaskan minyak tersebut masukkan sedikit baking soda (soda pembakar) atau asam keping. Insyallah, kualiti minyak gorengan itu akan terpelihara. Tapi ambil perhatian, minyak gorengan yang digunakan berulang kali juga mempunyai kandungan kolestrol yang semakin meninggi!
Nota Tambahan: Biasanya apabila mengoreng ayam, sesetengah tukang masak kampung akan memasukkan bawang putih untuk memastikan ayam tersebut tidak berbau hanyir.
Petua: Mengurangkan Bau Hanyir Ayam atau Daging Lembu 
Selalunya situasi ini sering berlaku ketika majlis-majlis kenduri mahupun keraian, kerana, daging-daging ayam dan lembu agak lambat untuk diuruskan. Petua ini bukan hanya boleh digunakan waktu kendiri, malah anda boleh praktikkannya di rumah. Antara cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah:
· basuhkan daging ayam ataupun lembu dengan menggunakan cuka dan kemudian bilas dengan air
· gaulkan daging ayam ataupun lembu dengan tepung gandum dan bilas dengan air
· gaulkan daging ayam ataupun lembu dengan garam dan bilas dengan air
Sekian untuk kali ini!

03 November 2009

/salam perkenalan/

Assalamualaikum,

Seiring madah pantun bersambut
dalam senyum penghidang tamu
mesra berdakap kasih terpaut
persilakan tamu sambut di pintu.

Selamat datang ke ruangan blog pertama saya, Azyy. Ini merupakan kali pertama saya menceburkan diri di dalam dunia blogging ini. Dengan dorongan dari suami tercinta saya yang menggalakkan saya untuk melibatkan diri dalam dunia ini dan dalam masa yang sama kehendak diri sendiri untuk mencari sahabat baru dan sedikit ilmu sebagai bekalan jiwa dan zahiriah.

Harapan saya ialah, dengan terbinanya blog saya ini, saya dapat berkongsi idea-idea baru berkenaan rumahtangga, resepi, petua, fakta mahupun trivia dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan.

Untuk entri pertama saya pada hari ini, saya ingin bercerita serba sedikit tentang diri saya. Saya berasal dari Jerteh, Terengganu dan telah di besarkan di Pasir Puteh, Kelantan. Merupakan anak pertama dari tiga orang adik beradik, dua perempuan dan seorang lelaki.

Saya sudah berkahwin dan merupakan isteri kepada Shahid bin Tajuddin yang juga merupakan sahabat baik saya ketika bekerja, dan kami merupakan rakan sekerja. Sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Fitrah Nur 'Afaf Zahraa yang dilahirkan tanggal 20 Ogos 2009 iaitu dua hari sebelum ketibaan Ramadhan al- Mubarak.

Saya kini bekerja di Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis, dan sudah bertugas selama lebih kurang 2 tahun di Jabatan ini dan ditempatkan di Unit Perlesenan.

Dalam masa yang sama, saya kini sedangn melanjutkan pelajaran melalui Rancangan Pengajian Jarak Jauh dengan Universiti Sains Malaysia dalam kursus Sarjana Muda Sains Biologi dan berada dalam tahun 2 sekarang.

Rasanya, sampai setakat ini sahaja buat kali ini. Saya juga sudah mula mengikuti beberapa blog, dan berharap, blogger-blogger yang lebih senior dapat memberi tunjuk ajar.

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...