30 Disember 2013

Mee PakNgah Sungai Dua

Kali ini azyy nak share satu kedai makan kat Sungai Dua Penang... Kedai ini azyy boleh bagi 4 bintang daripada 5 bintang.
Kedai ini terletak di Sungai Dua.. Selepas Plaza tol Sungai Dua, kita ambil susur keluar. Kedai ini berada ditepi Jalan. Kedai ini senang nampak kerana kedainya sentiasa ramai pelanggan. kedai ini bukan sahaja mempunyai menu mee tetapi mempunyai menu nasi, bihun dan keow teow. Yang paling special kedai ini adalah mee rebus bersama udang2. Udang yang terdapat dikedai ini adalah Udang Bela, Udang Laut dan Udang Galah. Harga mee udang ini bergantung kepada udang yang kita pilih.. Insyaallah berbaloi dapat makan mee kat sini. Sepanjang Jalan Sungai Dua ini, memang adalah syurga makan kerana terdapat banyak kedai makan dan salah satu makanan yang famous adalah Char Keow Teow Sungai Dua.. Kalau dah datang ker Penang tidak ssalah memcuba makanan baru.







29 Disember 2013

HARI PENDAFTARN PRA SEKOLAH

Pejam celik, pejam celik, Kakak fitrah dah nk sekolah (umur dah nak masuk 5 tahun).. Segala persiapan telah dibuat (baju sekolah, kasut sekolah, stoking, dll). Fitrah memang teruja nak ke sekolah terutama setelah persiapan sekolah telah lengkap dibeli.
Pada 28 Disember, program pendaftran diadakan. Dalam program tersebut pelbagai ragam dilihat.. Jom kita layan gambar-gambar kak fitrah..


gambar passport 


Kak bersama abah semasa pendaftaran sekolah pra

Kakak bersama abah dihadapan Prasekolah Arif

23 Disember 2013

Resepi Snow Cheese Cake


Alhamdulillah, hari minggu dah rutin azyy n k.fitrah belajar masak bersama2.. ada sahaja makanan yang kami sama2 buat. dan ia bergantung pada keadaan. Kali ini azyy belajr buat Snow Cheese Cake. Resepi ini azyy ambil kat internet je (ada tu kat bawah azyy buh link tempat azyy ambil resepi).  Hari tu azyy buat 2 biji kek, 1 untuk azyy buat sendiri, satu g untuk l.fitrah bakar sendri dan hias sendiri. Jom layan resepi yang ada kat bawah dan selamat mencuba...

Bahan-bahan
1 cawan tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek)
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalette
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji dibuang putihnya)
1/4 cawan air dari peti sejuk
1/3 cawan mentega (dicairkan)

Cara:
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit.
2. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit.
3. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi.
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar pada suhu 150'C selama 50 minit.
5. Sejukkan kek.

Bahan Cream:
250g Cream Cheese (Sue gunakan jenamaTatura)
1 cawan susu pekat manis

Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental.

Bahan Hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus.

Cara penyediaan:
1. Sejukkan kek terlebih dahulu selepas dibakar, potong kek menjadi dua lapisan.
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek.
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek.
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong.

Sumber: 
Oleh:Surianti Ramli





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...