16 Februari 2011

Novel Jiranku kekasihku



SINOPSIS

Pada mulanya, kehadiran Dr. Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu sering mencuri perhatiannya. Lama-kelamaan, bila... lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintanya, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.

Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Dr. Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya. Di tempat kerja pula, Tina yang terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Dr. Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.

Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Sering kali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau-bilau.

Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza? Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan Dr. Sharizal? Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini?

Penulis : Lysa Allysa
Penerbit : Fajar Pakeer
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah / Sarawak: RM25.90

Petikan diambil dari web (klik sini)

14 Februari 2011

AKU YANG KAU TINGGALKAN


(NOVEL TERBARU) AKU YANG KAU TINGGALKAN - Alina Haizar

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menj...aga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Judul : Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis : Alina Haizar
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM 25.00
Sabah/Sarawak :RM 28.00


PETIKAN DIAMBIL DARI (clik sini)

11 Februari 2011

NOVEL DIBIUS CINTA



(NOVEL TERBARU) DIBIUS CINTA - Qash Irdina

"Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula."

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

Judul : Dibius Cinta
Penulis : Qash Irdina
Penerbit : Fajar Pakeer
Semanjung : RM 19.90
Sabah / Sarawak : RM 22.90

------------------------------

TEMUI PENULIS & BERAMAH MESRA dengan penulis novel DIBIUS CINTA - Qash Irdina

TARIKH : 12Hb Februari 2011 ( Sabtu )
MASA : 2 Ptg- 3 Ptg
LOKASI : Kedai Buku POPULAR , Bukit Tinggi Klang. Selangor


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...