18 Februari 2013

BELAJAR MEWARNA

Fitrah nak masuk umur 3 tahun 6 bulan,  Azyy memang dah start ajar dia mengenal huruf dan number. dan dalam mengajar akak fitrah satu je prinsip azyy jangan ajar terlalu banyak (kerana melalui pembacaan kanak-kanak memang cepat jemu untuk satu masa yang lama) tetapi kanak-kanak cepat faham dan cepat dapat yang kita ajar.

Akak Fitrah memang cukup teruja setiap kali dapat pegang berus warna ni..
Akak fitrah cuba cop dengan pelepah pisang, Azyy cuba ajar buat bunga...

Yang ni azyy tunjuk pada Akak fitrah

Akak fitrah guna daun n pelepah pisang, he he he so sweet 

Akak fitrah dah mula nak start warnakan semua permukaan kertas tersebut,

Akhirnya: ting tong lukisan akak fitrah

15 Februari 2013

BUAH PERAH

Pernah tak saudara saudari makan buah perah??????
Buah perah, memang sedap dimakan, rasa lemak2 cukup boleh membuatkan kita teringatkan buat tersebuat. Dah lama Azyy dah lama tak makan buah ni kerana buah ni susah nak cari dipasar. Kalau terjumpa memang azyy akan beli. Bila balik raya aidilfitri 2012, azyy terjumpa kat pasar ramadhan kat Jerteh. Alhamdulillah, terus azyy beli dan bila balik rumah tok Azyy dia suruh azyy letak dalam petai jeruk, Dia cakap buah ni akan tahan lama dan boleh makan bila2 masa sahaja.Sebelum ni azyy tak tahu pun buah perah ni boleh dijeruk dan rasanya juga sedap.


05 Februari 2013

HAPPY BIRTHDAY MA

Subhanallah!!!!!!
Gara-gara sibuk dengan kursus intensif kat usm, azyy terlupa nak ucapkan birthday kat ma.
Azyy memang tak pernah lupa birthday MA malah dalam diari dan kalender dah tercatat bahawa 31 januari adalah tarikh yang penuh makna.
Azyy doa semoga MA diberikan keberkatan, kebahagian, permudahankan urusan didunia, semoga azyy jadi anak yang solehah agar dapat azyy balas jasa ma yang tidak terhingga dan terbalas.

Kesempatan ini azyy ucapan SELAMAT HARI JADI MA dan siapa2 sahaja  yang lahir pada tarikh yang sama dengan ma ini semoga bahagia selalu.
L LOVE U (MA)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...