30 Disember 2011

Nasi Paprik Ayam

Resepi ini aku letak agar senang untuk aku buat rujukan kembali, Ini kali pertama kali aku masak paprik ayam, suami kata macam kat kedai. So kira jadi la tu(he he he). Disini aku tak bagi anggaran tepat lagi, cukup la sekadar aku dapat membantu memberi gambaran kepada orang yang ingin memasak paprik ayam atau paprik campur... Selamat mencuba :)


Bahan-bahan
  1. Ayam
  2. Bawang putih (mayang)
  3. Bawang merah (mayang)
  4. Minyak untuk menumis
  5. Lada kering (kisar = 2 sudu)
  6. Sos tiram, sos cili, sos tomato
  7. Serai
  8. Daun limau purut
  9. Cili padi (buh 2 biji coz anak nak makan sama
  10. Sayur (kacang panjang, kubis bunga, kubis, lada besar, tomato)
  11. Garam, gula dan pati bilis
  12. Air

Cara2
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah. kemudian masukkan lada kering, selepas itu buh air..
  • Pastikan lada kering cukup masak, kemudian letakkan lada kering, sos tiram, sos tomato, sos cili, kemudian serai..
  • Kemudian masukkan ayam, garam, dan daun limau purut,
  • kemudian masukkan gula, pati bilis
  • Akhir sekali masukkan sayur, 
  • Boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi goreng...

29 Disember 2011

BUAH TURUNKAN BERAT BADAN

Buah turunkan berat badan . Sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairan mengapa pakar pemankanan menginjurkan amalan memakanan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.


   1. LIMAU GEDANG
Kajiam mendapati uah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan
Google imej

   2. OREN
Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jebis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.
Google imej

   3. EPAL
Ada kajian mendapati seseorang yang mngambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkan.
Google imej

   4. BERI
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabilosme tubuh.

Google imej

   5. Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabla reseptor didalam perut terangsang
Google imej

   6. Anggur
Kandugngan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut
Google imej

28 Disember 2011

BUTTER BREAD PUDDING

24 Disember 2011 lepas aku, b, fitrah dan family mentua ke SUNGAI PETANI, menghadiri kenduri anak saudara mak mentuaku. Belum itu, kami singgah rumah makcik (makcik belah suamiku, lebih kurang setahun dah kami tak kesana, Masa disana makcik menjamu kami makanan(bihun, tapai, biskut, butter bread pudding dll), Dah nak pergi makan kenduri tu jadi kami makan tak banyak la, bila balik dari sana aku teringat je butter bread pudding,.... Aku dah jatuh cinta dengan BUTTER BREAD PUDDING, maka aku minta dengan anak makcik "kak cik yang buat butter bread pudding ini". Disini aku paparkan untuk rujukan sendiri dan orang lain, dan yang penting resepi ini mudah untuk dibuat...

Bahan-bahan
telur 3biji
gula 6cb
susu segar(agak2 dalam 2 cawan)/suamkan sikit susu..
esen vanila
badam,choc chip(boleh ganti ngn buah jgk..
roti gardenia
butter(untuk sapu atas roti)..


cara2..

panas oven 170C

bahan A
sapu butter pada roti lepas tu susun dalam loyang..seeloknya loyang petak(sapu butter supaya tak melekat)..kalau nak tebal susun 3 layer..biasa buat 2 layer ja..

bahan B
pukul telur dengan gula sampai kembang kemudian campur susu suam dan esen vanila..tambah garam skit..tuang dalam loyang yg telah disusun dengan roti td..tabur badam/choc chip..

bakar dalam 35-40 minit


26 Disember 2011

APAM POLKADOT

Resepi ni aku ambik dari adik aku, dia cakap dia ambil resepi  ini dalam internet juga (dia pun lupa ambik dari mana), bila cuti krismas ini jatuh ahad so di perlis tambah lagi satu hari lagi cuti. So aku ambik kesempatan nak masak yang berlainan untuk b dan anak tersayang....
Buat APAM POLKADOT ini sangat senang, mudah sangat, so ikut la langkah2 berikutnya

bahan2
  • 3 biji telur dari 
  • 275 g tepung gandum
  • 200 g gula
  • 150ml susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh ovallate
  • 1 sudu teh esen vanila
  • warna ikut suka warna ape
cara2
  1. masukkan semua bahan dalam mixer dan pukul dengan kelajuan max selama 8-10 minit
  2. asingkan ke dalam mangkuk untuk proses menambah warna kesukaan.
  3. masukkan kedalan pipin beg.
  4. masukkan juga filing ke dalam piping bag
  5. masukkan adunan kedalam bekas sebanyak 1/2 dari bekas 
  6. pas 2 masukkan filling
  7. masukkan lagi adunan sehingga 3/4 bekas then buat corak ke sukaan
  8. kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana
PS: KALAU NAK TAMBAH INTI DINASIHATKAN AGAR KURANGKAN SEDIKIT GULA
(APAM POLKADOT INI JUGA BOLEH DIJADIKAN HANTARAN, CERDERAHATI DLL)


Google mej

Google imej

25 Disember 2011

AGAR MEMASAK DENGAN LEBIH MUDAH

Kalau anda mahu mengejar masa, tidak perlulah terburu-buru lagi mengangkat telefon memesan makanan segera. Kalau anda seorang suri rumah tangga yang bijak, anda boleh memasak dengan lebih cepat lagi, Mudah sahaja, apa yang perlu anda sediakan bahan-bahan seperti berikuy dan sediakan bahan-bahan tertentu untuk menjimatkan kos perbelanjaan.



MAKANAN DALAM TIN
Makanan dalam tin sememangnya sangat membantu kita untuk mengejar masa. Sediakan yang mudah  diubah suai seperti tuna atau sardin. Baik juga jika ada cendawan dalam dan jagung manis. Anda tentu boleh mencipta sesuatu yang mudah dari salah satunya.
DAGING CINCANG
Jika membeli daging cincang. Segera diperisakan dengan garam. Bentukkan bebola atau bentuk bulat leper. Kedua-duanya boleh digunakan terus untuk dihidangakan sebagai begedil atau gorengan biasa. Malah, jika hanya akan ditumiskan pun, anda hanya perlu tekan-tekankan sahaja dengan sudip
AYAM
Ayam sudah dikerat-kerat segera dikelar-kelar dan rendam dengan garam , sedikit air perahaan limau atau kicap masin. Rendaman ini amat biasa dan boleh digunakan dalam pelbagai masakkan. Apabila anda tidak mempunyai masa, anda hanya perlu menggorengnya sahaja. Mudah bukan ?!


SAYUR CAMPUR
Seeloknya di dalam peti beku anda sentiada menyimpan sayur campur beku seperti dalam gambar. Ini amat berguna apabila anda perlu segera menghidangkan makanan terutamanya pada waktu pagi. Sayur campur ini boleh ditambahkan sebagai rencah di dalam masakan nasi goreng anda.



 Untuk mendapatkan lagi tip didapur sila klik (----> KLIK SINI)

Jeput jagung

3 ulas bawang merah

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar capai kering (dikisar)
1 batang jagung (dihiris)
1/2 cawan ikan bilis
1 1/2 sudu gula
1/2 sudu garam
Ais sejuk dalam peti ais

Cara buat
  1. Gaulkan kesemua bahan tersebut
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng. Angkat apabila jeput tersebut kekuningan..
Boleh dimakan dengan segera, dan sudah gaul boleh disimpan dalam peti ais, goreng apabila hendak makan..


P/S : dulu aku masak jeput jagung ni aku just buh tepung, gula, garam dan air je, (itu pun sedap), tapi bila dah ada pantri kat pejabat, selalu jgk la kami masak jeput ni belah petang, so bila ramai tangan maka ramai la cara memasak, so bila makan tu sedap so aku share kat blog...

> salah seorang member kalau buat jeput ni akan buat guna air ais
>salah seorang lagi member kalau buat jeput akan buh serbuk kunyit, 
so mana2 idea orang jangan sekali2 perlekeh tapi cuba try untuk kegunaan harian kita..

HAPPY CHRISMAS










Merry christmas untuk semua yang beragama kristian, penuhi hidup ini dengan senyuman...


Untuk mendapay maklumat tentang Christmas and happy holiday leh klik sini (SILA KLIK --->)

09 Disember 2011

Tips Didapur

Apabila sudah berkerjaya dan sudah berumahtangga serta menjadi pelajar,cabaran yang sangat penting adalah mengatur masa. Kerana tanpa mengurusan yang baik adalah cukup susah hidup mesti menajdi kucar-kacir.
Dalam hidup ini, setiap orang mahu bagi yang terbaik untuk kehidupannya, terutamanya untuk suami dan anak. Apabila dah berkerja ini biasa masa yang banyak untuk kita berada dirumah adalah cuti hujung minggu.(Ahad dan sabtu). Masa hari sabu dan ahad la sebenarnya persiapan boleh dibuat agar masa kerja nanti semua urusan boleh dilakukan dengan masa yang singkat. disini aku mahu kongsi beberapa tips untuk agar kita kehidupan kita lebih terurus terutama dibahagian dapur.
·         Kupas bawang merah , bawang besar, dan bawang putih (Ambil sebahagian bawang dan blenderkan siap2  dan simpan dalam peti ais),
·         Rendamkan lada kering dan blender siap2 kemudian masukkan dalam Tupperware (masukkan dalam setiap Tupperware itu untuk sekali masak).
·         Pastikan lauk mentah telah disiang dan diletakkan dalam bekas, dan pastikan semua bekas hanya diletakkan untuk sekali masak,
·         Ikan untuk digoreng, buhkan siap2 kunyit dan garang dan masukkan dalam freezer
·         Masakkan sambal merah dan kemudian freezerkan (apabila mahu makan, panaskan kemudian masukkan lauk yang hendak dimakan contohnya  telur, daging, ayam)
·         Masakkan gulai  dan kemudian freezerkan (apabila mahu makan, panaskan kemudian masukkan lauk yang hendak dimakan contohnya ikan, ayam, daging dll).
·         Buat karipap kemudian masak separuh masak kemudian freezer. Goreng apabila mahu makan.
·         Buat kuah kacang kemudian freezer. Panaskan apabila mahu makan(kuah ini boleh dimakan dengan nasi impit, tauhu sumbat, lodeh, cucur udang dll).
·         Perapkan ayam  dengan perencahnya kemudian freezer kemudian bakar apabila mahu makan.
Tips ini adalah untuk orang yang suka memasak tapi tidak ada masa yang banyak, mungkin ada sesetengah orang lebih suka beli sahaja dikedai tapi sesetengah orang pula merasa kepuasan apabila memasak sendiri.

30 November 2011

SWEETS, CANDY, GOODIES

Entri ini aku cuma mahu letak pos gambar je, tapi semua gambar ini pun aku ambil dari internet.

Gambar yang aku mahu poskan kali ini tentang "gula-gula", dan aku harap kehidupan ini pun semanis gula-gula ini tapi jangan terlampau makan "gula-gula" nati kencing manis pula.
Menarik dan tertarik, yang specialnya perkataan  I DO, he he
Bekas coklat yang cantik





25 November 2011

ISLAM AGAMA YANG SYUMUL

Islam Agama Yang Syumul; Bukan Agama Yang Tempang Dan Sekular
Oleh : Sahibus Samahah Dr. Juanda Bin Jaya.

                Jika anda menilai di antara dua insan yang berlainan imej, anda akan tertanya-tanya siapakah di antara keduanya yang mewakili nilai-nilai Islam sebenar?. Sungguh ramai yang keliru manakah yang Islamik dan tidak Islamik. Di anatara seorang yang rajin solat dhuha ketika dalam keadaan bertugas dan bekerja, atau yang meninggalkannya kerana tidak mahu membuat pelanggan menunggu hingga menjejaskan kerja dan khidmatnya.Di antara orang yang mengantuj ketika menyuarat kerana semalaman bertahajud atau orang yang cergas lagi amnah tetapi tidak bersembahyang. Ada pula yang kaki masjid tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Sedangkan yang berjaya dalam perniagaaan selamba saja lupakan Tuhan. Yang bertudung kadang-kadang sama perangai dengan yang bertelanjang, bahkan lebih teruk lagi. Hingga mereka yang membenci tudung dan hijab beralasan dan membuat hujum sendiri; “Baik tudungkan hati sebelum kepala!”
                Semua ajaran Islam menjadi begitu kabur dan luntu di dalam pemikiran mereka. Disebabkan seseorang yang mencemarkan imej Islam maka ramai yang terlalu emosi hingga menidakkan syariat. Begitulah keadaannya ketika menilai paras keislaman seseorang, kadang-kadang kita tertipu oleh pandangan mata zahir semata. Yang lemah-lembut hingga takut menyatakan mana yang hak dan batil sehingga ramai orang yang biadab, walaupun dengan cara itu dia boleh menegakkan yang makruf dan membela maruahnya. Bagaimanakah seharusnya seseorang menegakkan jati dirinya sebagai Muslim sebenar yang mengikut cara dan Sunnah Rasulullah SAW?.
                Umar bin al-Khattab RA pernah direkomen dengan seorang pemuda yang akan dipilih sebagai pekerja dalam pemerintahan beliau. Mereka yang memilih pemuda itu berkata: “Dia seorang muslim yang amanah, dia sentiasa berada di masjid untuk beribadah.” Umar berkata: “Adakah kamu semua pernah bersama dengannya untuk waktu yang lama? Adakah sesiapa yang pernah bermusafir dengannya? Sesungguhnya kamu semua belum lagi mengenali pemuda itu?
                Islam tidak menilai seseorang yang amanah hanya dengan sejuzuk ibadah yang dilakukannya tanpa melihat dari segenap aspek-aspek lain yang mendokong kecermelangan peribadi muslim padanya. Di sinilah Islam meletakkan sistem akhlak sebagai penanda aras yang lain bagi menilai peribadi Muslin ialah akidah, ibadah  dan muamalah. Setiap muslim yang cemerlang adalah berpaksikan tiga kekuatan tersebut. Sewajarnya seorang muslim menyempurnakan peribadinya dengan hanya mengambil contoh teladan seorang insan agung, Rasulullah SAW. Tiada yang lain menjadi sandaran dan kekuatan melainkan peribadi baginda SAW.
                Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tiada seorang Nabi pun di kalangan mereka yang diutuskan kepada umat sebelumku melainkan mereka mempunay para pemgikut dan para sahabat yang mengikut sunnahnya dan meneladaninya. Kemudian akan ada generasi selepasnya, yang mengatakan sesuatu yang mereka tidak lakukan  serta melakukan apa yang tidak disuruh. Barangsiapa yang menetang mereka dengan tangannya bermakna dia adakah seorang yang beriman, sesiapa yang menentang mereka dengan lidahnya maka dia adalah beriman dan sesiapa yang menentang dengan hatinya maka dia adalah seorang beriman. Tidak ada yang selain dari itu keimanan yang padanya walau sebesar sebiji sawi.” (Hadis riwayat Muslim)
                Jika begitu, setiap Muslim sepatutnya bertanya dalam hati saat dia bermaksud melakukan apa-apa jua perbuatan, adakah ia bersesuian dengan Sunnah Rasul-Nya tanpa rasa takut dan malu kerana tohmahan orang-orang yang meninggalkan Sunnah. Seorang muslim juga amat teliti menjaring unsur-unsur asing yang mempengaruhi perilakunya. Dengan ilmu dan kajian dia mampu memisahkan mana yang menepati. Sebahagian sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jikalau mereka memasuki lubang biawak nescaya kamu akan mengikuti mereka! Para sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, Wahai Rasulullah? Sabda baginda SAW:Ya, siapa lagi mereka?” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                Hari ini, di luar sana kita melihat pemandangan yang mengelirukan tentang imej Islam. Tak Nampak perbezaan antara Muslim dengan non Muslim dari segi penampilan, pertuturan dan perwatakan mereka. Akhlak Islam terlalu kabur dalam pemikiran mereka. Akhlak Islam terlalu kabur dalam pemikiran generasi muda yang berkiblat kepada nafsu dan kebendaan. Peranan pembawa mesej Islam juga terlalu kolot dan menakutkan sehingga umat semakin lari daripada agama. Islam tidak dihantar ke hati mereka dengan rahmat dan keindahan Islam. Mereka yang kolot ini suka menggambarkan Islam dengan pelbagai aneka kesusahan dan kesempitan. Segalanya haram dan dosa, sehingga seolah-olah sukar mencari yang halal dan berpahala. Sedangkan bilangan perkara haram yang disebut oleh al-Quran dan al-Hadis itu terhad bilangannya berbanding yang halal. Bagaimana mungkin seseorang yang baru berjinak-jinak dengan Islam dibebankan dengan amaran siksa dan azab padahal sepatutnya mereka diberi khabar gembira dengan luasnya ampunan dan kasih saying Allah Taala.
                Mesej akhlak Islam yang mesra dan mudah sepatutnya diamalkan para pendakwah untuk menarik minat masyarakat kepada ajaran Islam. Begitu pula ahli korporat Muslim seharusnya menampakkan imej cekap dan professional di dalam menepati nilai ihsan dalam berkerja. Malangnya ramai yang memilih berurusan dengan non muslim disebabkan mereka lebih terkehadapan dengan amanah dibanding orang Islam. Di sinilah kita melihat betapa akhlak amat mempengaruhi dalam membina umat. Sebenarnya kecekapan, amanah, profesionalisme, dinamik, progresif dan istilah-istilah seumpama ini berasal dari sistem akhlak Islam yang telah diterapkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan diamalkan secara berterusan oleh umat Islam ketika membina empayar Islam yang ulung pada masa lalu.
                Untuk memprolehi kejayaan itu semula, umat Islam mestilah menemukan kembali kekuatan umat denagn berniat di dalam hati bahawa apa saja pekerjaan yang dilakukan hendaklah semata-mata untuk Islam dan anda wajib menjaga nama baik agama ini agar ia tidak tercemar pada perbuatan seharian. Jangan biarkan orang mengata Islam itu miskin dan malas, kolot dan lembap, penipu dan perosak, zalim lagi ganas semata-mata kerana sepak terajang orang-orang mengaku-aku membela nama Islam, sedangkan hakikatnya mereka memalukan Islam dengan sikap sekular mereka yang tempang, yang memisahkan Islam daripada intipati asalnya.
               

Carian google imej

23 November 2011

MENGANDUNG DIUSIA LANJUT

Oleh: Dr Adilah Ahmat (Pakar Sakit Puan)

Pada usia terbabit, kehamilan masih boleh berlaku selagi wanita belum mencapai menopaus. Bagaimanapun peluang kehamilan sangat rendah iaitu di bawah lima peratus, walaupun wanita itu menjalani kaedah persenyawaan tabung uji (IVF).

Peningkatan usia lebih lazim diiringi dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, darah tinggi, angin ahmar dan seumpamanya kepada wanita. Di samping itu, risiko keabnormalan kromosom seperti sindrom Down pada janin atau bayi juga meningkat.

Faktor penjagaan atau kebajiakan anak kelak seperti persekolahan dan seumpamanya juga penting dijaga dengan mengambil kira kedudukan kewangan terutama selepas bersara kelak.

carian google imej

16 November 2011

Cara Memasang MALMA Ikea

Untuk memasang cermin Malma daripada IKEA ini, ada banyak cara. Di sini salah satu contoh yang dapat saya tunjukkan untuk memudahkan para pengguna. Cara ini amat mudah walaupun tidak menggunakan sepenuhnya alatan yang diberikan. (macam operater IKEA la pulak)

Alatan yang diperlukan ialah:

- Pensil penanda
- Pembaris
- Staple tembak
- Benang (disediakan bersama Malma)

Buat ukuran dari sempadan cermin di atas bingkai, kami menggunakan kiraan 2cm x 2cm
Kemudian staple-kan benang yang disediakan di atas titik yang telah anda tetapkan serta pastikan ia tegang.
Hasil selepas selesai staple semua tali di atas frame. Anda boleh gamkan tali untuk kukuhkan ia.
Selesai, dan pamerkan di dinding anda. Dengan menggunakan cara ini, gantungan akan jadi lebih kemas.
Ini hanyalah cadangan hiasan, anda boleh pelbagaikan kretiviti anda dan jangan hanya terikat pada mainstream.

    Kek turun???

    Kredit: Google Images
    Seronokkan kalau buat kek kalau menjadi elok je kan, naik je. Tapi kalau lepas masak tu, kek tu turun balik tu yang buat kita give-up. Salah satu penyebabnya adalah adunan tu terlebih telur. Buat kek ni suatu yang sensitif, so bila masak kek perlukan gerak hati. Oleh itu tak perlu la persoalkan kenapa sebiji kek mahal.

    25 Oktober 2011

    Bawang Goreng

    Biasanya kalau nak buat bihun goreng or sup mesti nak ada bawang goreng, biasanya aku beli yang dah siap dah coz senang tapi bila ingatkan balik ma masak, dia memang pantang guna bawang goreng yang kat kedainya, katanya tak sedap...
    bila duk saja2 dengan member pejabat aku tanya kenapa ya, kalau kita goreng bawang merah ni selalu lembik, dia kata masa nak goreng tu tabur garam dan tepung jagung, nati bawang goreng tu akan rangup.. Kalau nak bagi masakkan kita, beraroma pastikan bawang goreng tu kita buat sendiri.
    (gambar ni adalah hiasan, yang aku ambik dari internet je)

    24 Oktober 2011

    Biskut Mazola

    Hari ahad merupakan masa khusus untuk anak aku selepas aku habis kelas piano pukul 12.30 tgahari.. Dah kerja kerajaan ni, memang masa untuk anak memang kurang la, balik petang aku ada keals mengaji lak, nasib baik la ada semangat lagi nak pergi mengaji..

    Minggu ni, aku dan fitrah belajar buat biskut mazola, alhamdulillah boleh makan (nak kata sedap nati puji diri sendiri la he he he), resepi tu aku search dalam internet je, tapi aku ubah suai sendiri la ikut selera aku sendiri
    ini resepi yang aku buat tu,


    • 1 cawan rata gula icing(130g) / jika guna gula halus kurangkan 2 sudu makan(110g)
    • 2 1/2 cawan tepung gandum(250g)
    • 1/2 sudu teh garam
    • 1 sudu teh baking powder
    • *semua bahan di atas diayak bersama.
    • 1 cawan mumbung kacang tanah kisar.(disangrai, dibuang kulit, dikisar baru disukat)(200 g) 
    • minyak mazola @ minyak jagung secukupnya (1 1/4 cawan)
    • lebihan kacang tanah sangrai td & kuning telur utk sapu.

    Cara-cara

    1. campur rata kacang tanah kisar bersama bahan2 yg diayak td.
    2. uli bahan2 tadi bersama minyak mazola hingga menjadi 1 doh yg lembut dan bleh diterap.
    3. gelek doh dan buat bulat2 dan letakkan kacang separuh atas biskut tersebut.
    4. sapu kuning telur atas biskut termasuklah sang kacang tu.. bakar dlm oven yg tlah dipanaskan terlebih dahulu. suhu 150c, +- 30 atau hingga masak mengikut kebiasaan oven
    5. Aku masak selama 10 minit je,semua bergantung kepada oven.
    Aku ambik resepi ni kat SINI, nati leh wak rujukan,


    

    20 Oktober 2011

    Kek Coklat Lembap

    Resepi ni aku ambik dari adik aku, tapi dia cakap dia ambik dari internet... aku tak tahu la dari laman web mana..
    Aku share jgk la coz nati senang aku rujuk.

    Bahan A
    1 cup coco
    1 cup susu cair
    1/2 cup susu pekat
    1 cup gula
    1 cup minyak/ majerin

    Semua bahan A d campur dalam periuk, panaskan sehingaa gula hancur. Jangan lama sangat nati pahit lak


    Bahan B
    1 1/4 cawan tepung gandum
    1 sudu teh soda
    1 sudu teh baking powder

    Bahan B diayak

    Bahan C
    Telur 3 biji

    Cara2
    1. Pukul telur hingga kembang
    2.Campur bahan A hingga rata
    3. Masukkan bahan B gaul sebati
    4. Masuk dalam loyang n kukus 1 jam

    11 Oktober 2011

    Bajet 2011 untuk Kakitangan Kerajaan

    Bajet 2012 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober lepas.Antara faedah untuk kakitangan kerajaan dalam bajet 2012 adalah :
    - Penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320, disamping mewujudkan lebih banyak mata gaji.
    - Bonus setengan bulan gaji atau minimum RM 500,manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500.
    Mengikut kenaikan gaji tahunan SBPA,ini adalah jumlah kenaikan tahunan mengikut gred.

    GRED 1-16 = RM80
    GRED 17-26 = RM120
    GRED 27-40 = RM160
    GRED 41-48 = RM220
    GRED 52-54 = RM260
    GRED JUSA A,B,C = RM320

    Sumber : SINI


    30 September 2011

    BELANJAWAAN 2012

    Tak sabar nak tunggu perbentangan Belanjawan 2012 yang dijangka pada 7 Oktober 2011... tahun lepas aku tgk sampai abis, seronok banyak kejutan dan semuanya WOWWWWW..... Yahooo
    Tahun ni kebanyakkan kakitangan kerajaan memang harap dapat kenaikan gaji 10%, 20%, 30%, kalau dapat 10% ada yang bersyukur dan ada yang tak bersyukur... dah lumrah sebagai manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada...

    Apapun aku support semua yang kerajaan buat, kalau tak logik aku gelak je he he he


    (ni bukan anak aku)
    aku sengaja gambar baby gelak coz gelak mereka tanpa dosa...
    Ya ALLAH, ampunkan dosaku dan bersihkan hatiku... amin



    KLIK SINI -----> RESEPI

    23 September 2011

    Kek Span Pandan

    Dah 2,3 kali aku cuba buat kek, tapi biasanya aku buat main agak2  buh je walaupun resepi tu lengkap, tiada peralatan yang lengkap. Masa balik rehat gotong royong pejabat baru, aku ke kedai bahan kek ke kat Pengkalan Asam, barang memang tersusun, mudah nak cari bahan.... aku beli la bahan2 yang diperlukan,
    Bila balik terus buat, lepas tu... nak buat kejap je kalau bahan semua dah ada,
    Paling seronok buat kek ni, masa bakar ... kek tu naik dengan cantik ha ha ha, warna hijau lak tu.
    Bila dah siap, terus bagi "jurukomen" rasa..... so jawapanya
    SEDAP!!!!

    Yahoooo, dah jadi buat kek... lepas ni leh buat kek lagi..
    Aku ambik resepi dari SINI,
    nati leh aku wak rujukkan lagi kat sana tapi aku nak share jgk resepi tu, dan aku copy paste je...
    gambar tak sempat nak ambik coz kek tu dah abis, kalau aku buat lain, aku buh nati gambar kek tu


    Bahan-bahan ( 1 biji kek )

    • tepong super fine - 150 gram
    • gula kastor - 150 gram
    • telor - 5 biji telor A
    • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
    • air daun pandan - 80ML
    • minyak / mentega cair -80ML
    • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
    • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
    • sedikit pewarna hijau [x]

    Cara-cara

    • satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
    • perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
    • tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati
    • sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
    • bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis..
    kek dimasak mengunakan api bawah dan atas



    Halaman Berkaitan:
    *Kenapa kek Turun (KLIK SINI)

    22 September 2011

    Kuih Cek Mek Molek

    Kuih Cek Mek Molek, merupakan kuih tradisional yang terkenal di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini beasaskan ubi keledek dan tepung gandum..

    Kuih ini merupakan kuih kegemaran my hb, mungkin kerana asas bahan cek molek ni sama dengan cucur kria ( terkenal di kedah dan perlis)

     First time aku buat kuih ni, nak tergelak coz sungguh liat. Tapi bab kata orang belajar masak ni jangan cepat putus asa, so kali kedua tu aku pun kurangkan tepung.

    Untuk buat cek mek molek yang elok ni, nisbah tepung yang digunakan adalah keledek : tepung, 2:1, 

    Bahan2
    Ubi keledek
    Tepung gandum
    Sedikit garam
    Gula

    Cara buat

    1. Rebus sehingga empuk,, kemudian lenyek
    2. Kemudiaan masukkan tepung gandum, dan gaul sehingga sebati
    3. Bentukan bulat kemudian masukkan gula, dan kemudian bentuk memanjang agar nampak bulat
    4. Panaskan minyak dan kemudian goreng dalam api yang banyak

    

    14 September 2011

    AYAT CINTA

    Semalam dengan lagu MIRA E, tiap2 rasa nak tulis ayat ni,
    tapi aku tak tahu apa dia maksud MIRA E, malas nak google.
    Tapi kalau kawan2 nak tahu maksud dalam apa pun bahasa
    clik sini TRANSLATE


    KALAU KAU DAPAT SELAMI HATIKU, KAU AKAN TAHU BETAPA IKHLASNYA AKU MENYINTAI MU,
    KALAU KAU DAPAT JELAJAH DI SETIAP SUDUT JIWAKU, KAU AKAN DAPAT RASA BETAPA KUATNYA GELORA CINTAKU UNTUKMU...
    ..
    TAPI AKU BUKAN INSAN YANG SEMPURNA UNTUK MENJADIKAN BINTANG YANG BERKILAU CANTIK DIMATA MU..
    SAYANG, MAAFKAN DIRIKU

    love star red black pictures, backgrounds and images

    AKU DATANG - PUTRAJAYA

    Hari ini dah masuk empat hari aku berada di Putrajaya, Aku teruja sangat nak nak datang kat sini. Maklumlaaa sepanjang aku berkerja aku tak pernah datang ke Putrajaya.(teringat lak zaman sekolah dulu, dah 8 tahun) tapi aku rasa masa itu, aku tak tahu apa2, yang tahu hanya nak berseronok. Bila datang dengan kereta sendiri ni, memang penuh dengan cabaran kerana

    1. aku tak tahu jalan sini
    2. kdg2 keliru dgn sign board
    3. takder GPS ( nekad nak simpan duit nak beli hanset yang ada GPS)....
    Aku datang ke Putraja ni kerana menghadiri Kursus e-SPKB bertempat di MAKMAL LATIHAN 2, ARAS 6, JABATAN AKAUNTAN NEGARA PUTRAJAYA.

    Hari Pertama aku datang, sampai dalam pukul 8.00, kemudian aku menginap di Paya Indah Wetland, hari mula, aku menginap di asrama, hari ke-2 aku menginap di chalet.. memang cantik, macam duk hotel la.. bersyukurkan kepada Allah atas segalanya.


    Chalet di Paya Indah Wetland



    Oleh kerana esok dah nak meghadiri kursus dan pendaftaran jam 8.00 pagi, maka malam ni jgk la aku mencari Bangunan Jabatan Akauntun Negara Putrajaya, kami pergi mencari tanpa sebarang peta dan GPS... nasib baik la, ada peta yang disediakan di Tepi jalan, berdasarkan itu lah aku mencarinya...
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia ni terletak di Presint 2....  Sepatutnya dari Paya Indah Wetland ke Presint 2, Putrajaya ni hanya lebih kurang 20 km, tapi jarak yang aku ambik lebih kurang 68 km lebih..

    Pada hari ke-2, Kursus bermula alhamdulillah, pengetahuan tentang e-SPKB bertambah, ya la aku bermula dari 0, dan kursus 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30. Pada Malam kedua ni, masa untuk berjalan,
    ALAMANDA MEMANG BERSEDIA MENUNGGU KEDATANGAN KU... memang dah lumrah perempuan, tempat shopping kompleksadalah tempat kegemaran ku...  tapi apa yang penting aku nak kenal ALAMANDA...


    Pada hari ke-3, seperti biasa kursus abis jam 4.30 ptg, lepas jam 4.30ptg aku mencari THE MINES, tapi asyik2 still dalam Putrajaya. dah 4-5 kali cari aku give-up, balik ke tempat menginap. Masa tu jgk la, aku call member2, untuk cari jalan tersebut, nasib baik la ada member yang bagi arahan yang senang. Akhirnya sampai jgk. Aku teruja sangat coz kat sana ada kedai Hanset HTC...

    The Mines



    
    Hari ini dah hari ke-4, tiada perancangan lagi, nati petang baru tahu, NILAI or KL (KLCC, JLN TAR, OR CHOW KIT) Insyaallah kalau berkesempatan aku sampai..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...