09 Disember 2011

Tips Didapur

Apabila sudah berkerjaya dan sudah berumahtangga serta menjadi pelajar,cabaran yang sangat penting adalah mengatur masa. Kerana tanpa mengurusan yang baik adalah cukup susah hidup mesti menajdi kucar-kacir.
Dalam hidup ini, setiap orang mahu bagi yang terbaik untuk kehidupannya, terutamanya untuk suami dan anak. Apabila dah berkerja ini biasa masa yang banyak untuk kita berada dirumah adalah cuti hujung minggu.(Ahad dan sabtu). Masa hari sabu dan ahad la sebenarnya persiapan boleh dibuat agar masa kerja nanti semua urusan boleh dilakukan dengan masa yang singkat. disini aku mahu kongsi beberapa tips untuk agar kita kehidupan kita lebih terurus terutama dibahagian dapur.
·         Kupas bawang merah , bawang besar, dan bawang putih (Ambil sebahagian bawang dan blenderkan siap2  dan simpan dalam peti ais),
·         Rendamkan lada kering dan blender siap2 kemudian masukkan dalam Tupperware (masukkan dalam setiap Tupperware itu untuk sekali masak).
·         Pastikan lauk mentah telah disiang dan diletakkan dalam bekas, dan pastikan semua bekas hanya diletakkan untuk sekali masak,
·         Ikan untuk digoreng, buhkan siap2 kunyit dan garang dan masukkan dalam freezer
·         Masakkan sambal merah dan kemudian freezerkan (apabila mahu makan, panaskan kemudian masukkan lauk yang hendak dimakan contohnya  telur, daging, ayam)
·         Masakkan gulai  dan kemudian freezerkan (apabila mahu makan, panaskan kemudian masukkan lauk yang hendak dimakan contohnya ikan, ayam, daging dll).
·         Buat karipap kemudian masak separuh masak kemudian freezer. Goreng apabila mahu makan.
·         Buat kuah kacang kemudian freezer. Panaskan apabila mahu makan(kuah ini boleh dimakan dengan nasi impit, tauhu sumbat, lodeh, cucur udang dll).
·         Perapkan ayam  dengan perencahnya kemudian freezer kemudian bakar apabila mahu makan.
Tips ini adalah untuk orang yang suka memasak tapi tidak ada masa yang banyak, mungkin ada sesetengah orang lebih suka beli sahaja dikedai tapi sesetengah orang pula merasa kepuasan apabila memasak sendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...