Kalau anda mahu mengejar masa, tidak perlulah terburu-buru lagi mengangkat telefon memesan makanan segera. Kalau anda seorang suri rumah tangga yang bijak, anda boleh memasak dengan lebih cepat lagi, Mudah sahaja, apa yang perlu anda sediakan bahan-bahan seperti berikuy dan sediakan bahan-bahan tertentu untuk menjimatkan kos perbelanjaan.
MAKANAN DALAM TIN Makanan dalam tin sememangnya sangat membantu kita untuk mengejar masa. Sediakan yang mudah diubah suai seperti tuna atau sardin. Baik juga jika ada cendawan dalam dan jagung manis. Anda tentu boleh mencipta sesuatu yang mudah dari salah satunya. |
DAGING CINCANG Jika membeli daging cincang. Segera diperisakan dengan garam. Bentukkan bebola atau bentuk bulat leper. Kedua-duanya boleh digunakan terus untuk dihidangakan sebagai begedil atau gorengan biasa. Malah, jika hanya akan ditumiskan pun, anda hanya perlu tekan-tekankan sahaja dengan sudip |
AYAM Ayam sudah dikerat-kerat segera dikelar-kelar dan rendam dengan garam , sedikit air perahaan limau atau kicap masin. Rendaman ini amat biasa dan boleh digunakan dalam pelbagai masakkan. Apabila anda tidak mempunyai masa, anda hanya perlu menggorengnya sahaja. Mudah bukan ?! |
SAYUR CAMPUR Seeloknya di dalam peti beku anda sentiada menyimpan sayur campur beku seperti dalam gambar. Ini amat berguna apabila anda perlu segera menghidangkan makanan terutamanya pada waktu pagi. Sayur campur ini boleh ditambahkan sebagai rencah di dalam masakan nasi goreng anda. |
Untuk mendapatkan lagi tip didapur sila klik (----> KLIK SINI)
0 comments:
Catat Ulasan