25 Oktober 2011

Bawang Goreng

Biasanya kalau nak buat bihun goreng or sup mesti nak ada bawang goreng, biasanya aku beli yang dah siap dah coz senang tapi bila ingatkan balik ma masak, dia memang pantang guna bawang goreng yang kat kedainya, katanya tak sedap...
bila duk saja2 dengan member pejabat aku tanya kenapa ya, kalau kita goreng bawang merah ni selalu lembik, dia kata masa nak goreng tu tabur garam dan tepung jagung, nati bawang goreng tu akan rangup.. Kalau nak bagi masakkan kita, beraroma pastikan bawang goreng tu kita buat sendiri.
(gambar ni adalah hiasan, yang aku ambik dari internet je)

24 Oktober 2011

Biskut Mazola

Hari ahad merupakan masa khusus untuk anak aku selepas aku habis kelas piano pukul 12.30 tgahari.. Dah kerja kerajaan ni, memang masa untuk anak memang kurang la, balik petang aku ada keals mengaji lak, nasib baik la ada semangat lagi nak pergi mengaji..

Minggu ni, aku dan fitrah belajar buat biskut mazola, alhamdulillah boleh makan (nak kata sedap nati puji diri sendiri la he he he), resepi tu aku search dalam internet je, tapi aku ubah suai sendiri la ikut selera aku sendiri
ini resepi yang aku buat tu,


  • 1 cawan rata gula icing(130g) / jika guna gula halus kurangkan 2 sudu makan(110g)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum(250g)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • *semua bahan di atas diayak bersama.
  • 1 cawan mumbung kacang tanah kisar.(disangrai, dibuang kulit, dikisar baru disukat)(200 g) 
  • minyak mazola @ minyak jagung secukupnya (1 1/4 cawan)
  • lebihan kacang tanah sangrai td & kuning telur utk sapu.

Cara-cara

  1. campur rata kacang tanah kisar bersama bahan2 yg diayak td.
  2. uli bahan2 tadi bersama minyak mazola hingga menjadi 1 doh yg lembut dan bleh diterap.
  3. gelek doh dan buat bulat2 dan letakkan kacang separuh atas biskut tersebut.
  4. sapu kuning telur atas biskut termasuklah sang kacang tu.. bakar dlm oven yg tlah dipanaskan terlebih dahulu. suhu 150c, +- 30 atau hingga masak mengikut kebiasaan oven
  5. Aku masak selama 10 minit je,semua bergantung kepada oven.
Aku ambik resepi ni kat SINI, nati leh wak rujukan,




20 Oktober 2011

Kek Coklat Lembap

Resepi ni aku ambik dari adik aku, tapi dia cakap dia ambik dari internet... aku tak tahu la dari laman web mana..
Aku share jgk la coz nati senang aku rujuk.

Bahan A
1 cup coco
1 cup susu cair
1/2 cup susu pekat
1 cup gula
1 cup minyak/ majerin

Semua bahan A d campur dalam periuk, panaskan sehingaa gula hancur. Jangan lama sangat nati pahit lak


Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda
1 sudu teh baking powder

Bahan B diayak

Bahan C
Telur 3 biji

Cara2
1. Pukul telur hingga kembang
2.Campur bahan A hingga rata
3. Masukkan bahan B gaul sebati
4. Masuk dalam loyang n kukus 1 jam

11 Oktober 2011

Bajet 2011 untuk Kakitangan Kerajaan

Bajet 2012 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober lepas.Antara faedah untuk kakitangan kerajaan dalam bajet 2012 adalah :
- Penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320, disamping mewujudkan lebih banyak mata gaji.
- Bonus setengan bulan gaji atau minimum RM 500,manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500.
Mengikut kenaikan gaji tahunan SBPA,ini adalah jumlah kenaikan tahunan mengikut gred.

GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

Sumber : SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...