27 Disember 2017

Cendol pulut durian di Perlis

Semasa panas terik, misi mencari sesuatu yang boleh menyejukkan tekak. Petang2 kalau pekena air nyiur, cendol, rojak, laksa, air nira adalah satu nikmat dunia. Kalau kat perlis ni banyak kedai cendol yang sedap, antaranya cendol di taman sena, cendol fatinaz dan lain2 g. Hari ini azyy nk share satu kedai yang bagi azyy cukup sedap. Alhamdulillah menepati citarasa azyy. 
Misi : Cendol pulut durian
Lokasi : depan stesen minyak 3 beradik kangar, jalan padang besar. 
Harga : rm 7.00
Kondisi kedai : bersih




Nyum nyum 


23 Mei 2017

Uwais masuk hospital 16 may 2017

Hari ini uwais telah dibenarkan  balik, doktor cakap uwais kena datang balik untuk periksa lanjutan 2 minggu lagi. Berdasarkan laporan darah semalam, hb uwais hanya 6.4 (naik 0.1sahaja dari mula2 kena tahan wad) dan jangkitan kuman di paru-paru dia masih ada.

Doktor cakap, untuk pulihkan hb dia perlu ambil masa 5-6 bulan. Dia ckp zat besi sgt berkurangan. Dan selama ini dia makan stok zat beli yang ada dihati. Makna uwais perlu gantikan balik zat beli tersebut. Lepas ni azyy perlu jaga betul2 pemakanan uwais dan jgn buat sambil lewa.  πŸ˜’😒😒😒



19 Mei 2017

Uwais masuk hospital 16 may 2017 siri 2

Kemasukka  uwais dalam hospital ini memberi banyak pengajaran kepada azyy. Pertama kita perlu ambil berat tentang kesihatan anak dan rekod kesihatan (tarikh, jenis ubat dan apa masalah ya g dihadapi). Kalau dulu, jika anak sakit, kita pergi hospital dan bila anak sihat, kita tk ambil tahu dah masalah tersebut kerana anak sudah sembuh. Kali ini, apabila uwais dilahirkan tak cukup bulan (baby pramatang), setiap kali uwais dimasukkan dalam hospital maka rekod yang lama doktor akan tanya. Ini sedikit sebanyak mematangkan azyy.

Hari ini, 19 may 2017, uwais kembali sihat dan uwais masih kena tahan lagi kerana dia on antibiotik dan vitamin. Kali ini dia hadapi 2 masalah iaitu hb rendah 6.3 dan jangkitan kuman pada paru2. Walaupun pada asalnya azyy datang ke hospital ini kerana batuk yang teruk dan cirit birit.

Oleh kerana hb, doktor bagi vitamin kepada uwais. Doktor cakap hb ini sangat penting kerana ia memainkan peranan untuk bawa oksigen ke otak dan ia sgt penting untuk perkembangan otak bayi. Tadi doktor pemakanan datang ke wad dan memberi penerangan dan panduan kat azyy tentang menaikkan balik hb uwais. Pakar pemakanan ini juga memberi jadual yang sepatutnya bayi setahun makan iaitu 6 kali sehari.

Dalam kes azyy ni, pegawai farmasi juga terlibat, pengambilan ubat dari 29 hari usia uwais sehingga hari ini dia tanya dam semua itu sangat detail.


17 Mei 2017

Hadiah hari guru

16 may adalah sambutan hari guru, tahun ni akak fitrah darjah 2. Fitrah akan minta untuk bagi hadiah pada guru2 dia. Dan paling azyy tidak lupa adalah cikgu shafinaz (cikgu pra) dan kak yanti kerana mereka adalah cikgu pertama fitrah. Bila menjelang tarikh ni, kebanyakkam ibu bapa akan sibuk mencari hadiah yang terbaik untuk ank2 mereka. Konsep azyy senang je, cari sesuatu yang berguna dan tidak membazir. Jom layan hadiah apa yang azyy beli untuk kakak fitrah 












#hadiahhariguru
#nayjp5414
#buatdengankasihsayang 
πŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’š


Uwais masuk wad 16 may 2017 siri 1

Hari ini uwais batuk tak berhenti, dari pagi hingga tengahari.  Dengan topup takder, line telefon pun kena blok. Hanya bergantung pada panggilan dengan suami. Tengahari suami telefon sepupuku agar jemput ambil aku dan uwais dan bawa ke hospital. Sampai dihospital, uwais ditahan diwad. Aku catit untuk rujukkan aku nati.
 ➡2.30 pm pam gas di kecemasan
➡ 2.40 pm exrayy
➡3.10 pm pam gas sekali g di kecemasan
➡ 4.55 pm masuk wad , berat uwais turun dari 7.65 ke 7.24 kg. kena buh air. Jarum letak dikaki
➡ 11 mlm nurse buh antibiotik dan ubat, semua buh melalui jarum dikaki
Ps : doktor pesan kena jaga makanan coz hb uwais rendah 😭😭😭


30 Mac 2017

Jenaka Suami Isteri

isteri : hai hensem
suami : maaf saya dah kahwin
isteri : saya belum kahwin g
suami : saya boleh kahwin banyak
isteri : ????????????????

12 Februari 2017

BUDAK BERUBAN

Uwais furqan dah berusia 10 bulan lebih baru kami cukurkan rambut dia, bila dah cukir rambut dia baru perasan yang rambut dia ada 1 yang beruban. Ingatkan azyy seorang je perasan tetapi suami azyy juga perasan.

06 Februari 2017

Uwais furqan

Sekarang ni uwais furqan dah berusia 10 bulan lebih. Uwais sangat manja. Sekarang ni dah pandai kenal orang. Bila jumpa kakak fitrah gelak n senyum sampai ke telinga hihinihiπŸ˜†πŸ˜†.
Semasa berusia 9 bulan uwais dah  boleh duduk dengan bantuan kami. Dan pada usia 10 bulan uwais dah tumbuh gigi. Sekarang dah ada 4 batang gg yang tumbuh.  Alhamdulillah semoga kakak dan adik menjadi anak yang solehah dan solehah serta berjaya didunia dan akhirat.



Gambar di banjaran titiwangsa semasa balik kelantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...