19 Mei 2017

Uwais masuk hospital 16 may 2017 siri 2

Kemasukka  uwais dalam hospital ini memberi banyak pengajaran kepada azyy. Pertama kita perlu ambil berat tentang kesihatan anak dan rekod kesihatan (tarikh, jenis ubat dan apa masalah ya g dihadapi). Kalau dulu, jika anak sakit, kita pergi hospital dan bila anak sihat, kita tk ambil tahu dah masalah tersebut kerana anak sudah sembuh. Kali ini, apabila uwais dilahirkan tak cukup bulan (baby pramatang), setiap kali uwais dimasukkan dalam hospital maka rekod yang lama doktor akan tanya. Ini sedikit sebanyak mematangkan azyy.

Hari ini, 19 may 2017, uwais kembali sihat dan uwais masih kena tahan lagi kerana dia on antibiotik dan vitamin. Kali ini dia hadapi 2 masalah iaitu hb rendah 6.3 dan jangkitan kuman pada paru2. Walaupun pada asalnya azyy datang ke hospital ini kerana batuk yang teruk dan cirit birit.

Oleh kerana hb, doktor bagi vitamin kepada uwais. Doktor cakap hb ini sangat penting kerana ia memainkan peranan untuk bawa oksigen ke otak dan ia sgt penting untuk perkembangan otak bayi. Tadi doktor pemakanan datang ke wad dan memberi penerangan dan panduan kat azyy tentang menaikkan balik hb uwais. Pakar pemakanan ini juga memberi jadual yang sepatutnya bayi setahun makan iaitu 6 kali sehari.

Dalam kes azyy ni, pegawai farmasi juga terlibat, pengambilan ubat dari 29 hari usia uwais sehingga hari ini dia tanya dam semua itu sangat detail.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...