22 Disember 2020

Jangan putus asa

Hari ini hati azi tersentuh kerana hari ini azi berjumpa orang yang berusaha walaupun dalam keadaan kekurangan. Bukan itu sahaja, dia juga banyak bersedekah..


Alkisahnya, hari ni azi terlihat orang jual pokok pegaga kat fb. Jadi azi pun telefon nak pergi tengok dan beli pokol tersebut. Bila azi pergi tu, azi tgk pokoknya tak banyak. Pokok yang ada hanya dalam sangkar kucing (mungkin dia buh dalam tu untuk halang dari haiwan perosak) 
Azi ambil lah 2,3 jenis pokok, dia tambah lagi 2, 3 jenis pokok untuk azi. Kiranya dia sedekah lah untuk azi. 😭😭😭..Dalam keadaan serba kekurangan itu, dia masih mampu bersedekah. 
Mungkin bukan dari segi wang ringgit tapi segi barang, dia masih ada niat nak sedekah. 



13 Mei 2020

RESEPI BAJET DAN SEDAP SEMASA TRAVEL (MELANCONG)

Apabila melancong, salah satu yang amat penting kita ambil berat adalah soal makanan kerana kita harus titik beratkan tentang halal, murah dan sedap.

Hari ini azyy nak kongsi satu rempah yang boleh dibawa semasa travel kerana dia mudah digunakan dan tidak memerlukan banyak barang. Rempah tersebut adalah REMPAH SEGERA KARI AYAM MAKNYONYA.

Rempah ni telah sudah lengkap dan hanya perlukan masukkan :-

  • lauk,  (boleh pilih seafood,telur or ayam)
  • santan 
  • air sahaja. 
  • Ubi kentang (pilihan)

Garam, gula, bawang, minyak tidak perlu dimasukkam semasa menggunakanya.

Untuk menyediakan masakan ini cukup mudah dan cepat.

Kari ayam travel

Cara masak boleh tengok disini (KLIK SINI )
#resepitravel
#resepibajet
#resepisedap
#resepimudah
#resepisenang
#resepicepat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...