30 Januari 2012

ROLL SOSEJ

Roll sosej ni memang cukup senang, kalau siapa2 datang or nak pergi berkelah, resepi ni aku nak la aku akan  buat. Tapi jangan la pulak masa roll sosej ni panas or suam-suam dah letak dalam bekas tertutup coz nati kulit roll sosej ni jadi tak ranggup.


Bahan.

  • Roti
  • Sosej
  • Telur + sedikit garam (dipukul)
  • Serbuk roti

Cara buatnya:

Sosej digoreng sebentar


Roti digelek sehingga nipis


Ambil sosej dan kemudian gulung,


diakhir gukungan tersebut kemaskan dengan menggunakan garpu


Roti yang siap digulung, dicelup dalam telur yang dipukul




Kemudian masukkan dalam serbuk roti dan biarkan serbuk roti serbuk roti serbuk menutupi permukaan roti yang digulung


Kemudian gorengkan dalam minyak yang panas dan goreng sehingga kekuningan.
Potong 2 roll sosj dan kemudian hidangkan bersama sos.














26 Januari 2012

Caremel Sagu

Aku bukan nak share resepi caremel sagu, tapi hari ini aku beli caremel sagu. tgk saja menyelerakan. Bila makan  memang sedap. Suatu hari nanti, insyaallah aku aku akan buat dan share kat blog..
Aku beli satu, pakcik tu sedekah satu.. so aku dapat 2 la.. Biasanya peniaga akan sedekah bila dah lewat petang tapi aku beli awal perniagaan (dia dah bagi).. So kira pakcik tu baik hati la.. Kalau kamu semua nak tahu gerai dia kat mana.. Gerai pakcik baik hati tu kat TITI CAI, UTAN AJI, PERLIS..BERADA DI ANTARA GERAI BUAH DAN BUS STOP. Nanti siapa2 yang duk kat perlis boleh la singgah beli coz dah tahu pakcik tu baik hati


MEMANG SEDAP

24 Januari 2012

BAIK-BAIK SAYANG (WALI BAND)


Lagu dalam YOU TUBE ( BAIK-BAIK SAYANG - WALI BAND)

Lirik Baik-Baik Sayang

Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu
Yang aku ingin
arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu
Sayang..
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintu
Disiang dang malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku Sayang
Kerana bagiku kau kehormatanku
Dengarkan...Dengrkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu..

Kerang Goreng (MASAK KICAP)

Bahan

  1. 2 ulas bawang putih
  2. 3 ulas bawang merah
  3. 1 ulas bawang besar (potong bulat2)
  4. serai hilis (ketuk bagi hancur)
  5. Sedikit halia
  6. cili kering (potong)
  7. Sos tiram
  8. Kicap
  9. Sedikit air
  10. Garam + pati bilis (pati bilis boleh diganti dengan ajinamoto)
  11. 1 kg kerang ( Kupaskan kerang dan biarkan kulit kerang bersama isi dan satu lagi kulitnya dibuang)

Cara buat:
  • Tumiskan bawang putih, merah dan halia
  • Kemudian masukkan serai, sehingga berbau wangi serai, masukkan kerang, goreng sehingga separuh masak,
  • Selepas itu masukkan lada kering, sos tiram, kicap, garam, dan pati bilis dan sedikit air
  • Apabila kerang hampir masak, masukkan bawang besar.
  • Apabila masak, boleh dihidangkan dengan nasi yang panas

Untuk kupas kerang dengan senang sila klik sini ----> (petua)

23 Januari 2012

GONG XI FA CHAI (HAPPY CHINESE NEW YEAR)

21 Januari 2012

Fitrah tak suka gosok Gigi

Masa umur setahun lebih, aku memang dah bawa fitrah jumpa doktor gigi. Kata doktor, jumpa doktor gigi memang patut dilatih dari awal usia agar nanti mereka tidak takut untuk berjumpa apabila mengalami kesakitan..

Pada umur ini, kebanyakkan kanak-kanak memang tidak mahu mengosok gigi. Tip daripada doktor untuk pengjagaan gigi
  • selepas minun susu, beri anak minum air masak
  • gosok gigi mereka dengan kain basah
  • bagi anak main dengan berus gigi ketika mandi 
  • Beri contoh mengosok gigi semasa mandi dengan mereka

***************
Waktu ini Fitrah memang susah nak gosok gigi, kalau waktu mandi aku memang "paksa rela" dia untuk gosok gigi, tapi bukan nampak macam paksaan.

Nama : Fitrah Nur 'Afaf Zahraa
Umur : 2 tahun 5 bulan
Tidak suka: Gosok Gigi

Sambal tempoyak ikan bilis

Resepi ni aku ambil dari member kat yang kerja kat melaka, tgk dia update status dia kat fb so aku tanya dia. Dia cakap buat macam biasa tapi gantikan je iar asam jawa dengan tempoyak... Stok tempoyak memang selalu ada kat rumah.. Memang sedap, dan menyelerakan..
Selalunya aku buat sambal memang guna lada kering sepenuhnya, memang tak campur langsung dengan sos. Memang berbeza la cara masak ma dan mak, tapi aku tak kisah, mana2 pun aku belajar dan aku ubah sedikit mengikut selera kami.. 

Bahan
  1. 2 ulas bawang putih (mayang)
  2. 3 ulas bawang merah (mayang)
  3. sedikit halia (mayang)
  4. 2 ulas bawang besar (kisar)
  5. 15 -20 lada kering (Kisar)
  6. Garam + pati bilis
  7. 1 cawan ikan bilis
  8. tempoyak 
  9. Minyak
  10. Sedikit air
Cara buat:
  • Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah dan kemudian masukkan bawang besar dan lada kering dan masukkan sedikit air
  • Pastikan lada kering cukup masak dan kemudian masukkan ikan bilis dan biarkan sebentar
  • Kemudian masukkan tempoyak, garam dan pati bilis.
  • Masak sehingga mendidih kemudian hidangkan bersama nasi panas.





20 Januari 2012

Siput gayam masak lemak

Seafood adalah makanan kegemaran aku,, memang setiap minggu memang ada sahaja juadah berunsurkan seafood.. Hari itu bila bergi pasar malam Kangar (hari rabu) dekat stadium, ada orang jaul siput gayam. Lama dah tak makan siput gayam ni biasanya duk beli siput retak seribu, kerang, sotong, udang.
Harga : RM 4.00 (sekilo)
Harga promosi : RM 5.00 ( 1 1/2 kilo)..
So aku ambil 1 1/2 kg, aku memang tak nak buat lauk tapi nak meratah je kali ni.
Kali ni aku masak lemak, tapi yang paling ringkas

Bahan

  1. 3 ulas Bawang merah (tumbuk)
  2. 1 ulas Bawang putih  (tumbuk)
  3. Sedikit lengkuas (tumbuk)
  4. 3 biji cili padi (tumbuk)
  5. Santan cair.
  6. 2 keping asam keping
  7. Garam dan pati bilis
  8. Siput gayam yang siap dibasuh

Cara buat
  • Masukkan semua bahan dan masak dengan api yang pelahan
  • Masak sehingga mendidih dan pastikan gayam tersebut benar-benar masak.
ps: Oleh kerana nak ratah, aku gumakan santan cair. Cukup la sekadar merasa sedikit lemak santan tersebut


19 Januari 2012

nama

Qurratu insyirah
Muis Zafran

Hadiah Untuk member



Cantik tak? Macam syok sendiri la he he he..
Tak kisah la cantik or tak, tapi satu balang biskut mazola tersebut memang ikhlas dari kami untuk member kami yang akan menyambut tahun baru cina..
Lepas balik kerja, aku segera kedai bahan kek, cari bahan nak buat biskut dan balang. Niat hati nak buat biskut kacang hijau dan biskut oat tapi stok serbuk kacang hijau abis...
Lepas itu terus pergi ke kedai bunga, nak cari bunga.. pilih warna merah kerana orang kata cina suka warna merah... aku ingat nak pilih warna oren kerana tema warna kaunter warna jingga ha ha ha.. tapi bila pk balik takkan semua nak warna jingga..

Apapun happy new year buat CHAI MIN SING...
ps: balik semenanjung nati jangan lupa bawa balik terobuk masin (gurau je he he he )

Cookies oat

Resepi ni aku saja ubah daripada resepi oat yang aku buat tempoh hari. dah ada bahan kat rumah so aku buh je dalam resepi biskut oat tu..

Dari resepi tu Resepi Oat, aku tambah sedikit majerin, serbuk koko, kepingan badan dan chip coklat... dan apabila dah sebati aku bentukkan dan bakar selama 15 minit pada suhu 150 C..
Sebenarnya aku nak besarkan lagi bentuknya tapi kerana ini pertama kali aku cuba resepi maka aku buat je macam biskut mazola..
Bila b makan, result dia biskut menepati citarasa b, bila makan je dapat rasa ranggup badan, dan rasa cihip coklat.. adui memang tak boleh bayang.Nati leh buat lagi

18 Januari 2012

Fitrah Photographer...

Kalau tgk tajuk ni.... adui sapa tu nak jadi jurukamera ha ha ha....
Biasa la begini la kalau nka laayan telatah anak kesayangan... macam2 tetapi menghiburkan.. Sekarang ni kalau nak masak atau lepas masak memang dia cari la kamera... KENAPA???, coz nak ambil gambar makanan.. Disini saya nak letak beberapa gambar yang fitrah ambil.

Baru lepas buat biskut mazola... lepas tu duk kalut duk buat apam polkadot.


tempahan dari mokna, tapi aku buat seronok2 je..
biasa la fitrah apa g, sibuk la dia nak ambik gambar..

Yang ni biskut mazola yang ditambah air oleh fitrah, ha ha ha
 nasib baik sedikit je, kalau satu balang memang aku bunyi la.. 


Di rumah Long Ni



Nama : Fitrah Nur Afaf Zahraa
Umur : 2 tahun 5 bulan
Hobi : Tangkap gambar.

Masak sayur manis betik

Hari ini long ni bagi betik separuh masak, memang sudah kebiasaan selepas mengaji long ni akan beri makanan untuk fitrah. Betik separuh masak ini sesuai nak masak sayur manis, buat jeruk, makan colek "garam belacan", dll.. Bila nak masak ni teringat lak pada ma kat kampung. Miss u so much. Aku masak sayur manis betik memang cara ma.

Bahan
1.   3 Ulas bawang merah
2.   1 ulas bawang putih
3.   1 sudu lada hitam (hancur)
4.   2 ekor ikan temenu rebus (ambik isi)
5.   Betik disagat panjang2
6.   Daun Munggai
7.   Lada besar (hiris)
3.   1/2 ulas bawang besar (belah besar)
8.   Garam, pati bilis


Cara membuat

  1. Tumbukkan bawang merah, putih, dan isi ikan
  2. Bahan yang ditumbukkan dimasukkan dalam periuk bersama air dan lada hitam, dan biarkan mendidih
  3. Kemudian masukkan betik, bersama bawang besar dan lada besar
  4. Selepas itu masukkan garam dan pati bilis, 
  5. Apabila betik hampir masak, masukkan daun munggai dan biarkan sebentar.
  6. Selepas itu nasi boleh dihidangkan bersama nasi baik.

11 Januari 2012

Biskut Oat

Resepi oat ni dah lama kat desktopku, biasanya masa lapang aku google la resepi. biasanya aku akan ambil web resepi yang banyak orang komen atau ramai dah cuba buat.
Kali ini aku nak buat biskut oat.

Bahan-bahan

200 gram oat (kisar halus)
100 gram gula
100 gram tepung gandum (kisar halus)
Secebis garam
150-200 gram minyak sapi (cairkan)
Telur kuning


Cara membuat

  1. Panaskan Oven
  2. Gaulkan semua bahan kering sehingga sebati kemudian ulikan dengan minyak sapi sehingga adunan tidak melekat ditangan..
  3. Kemudian terapkan mengikut acuan yang disukai
  4. Sapukan telur kuning diatas biskut tesebut
  5. Kemudian Bakar biskut berkenan selama 10-15 minit dengan suhu 150c.
PS: Untuk hiasan boleh tambahkan oat kasar, coklat rice dan letakkan diatas biskut sebelum membakar


10 Januari 2012

Kuih Tradisional Yang Simple

Kuih ini memang tak tahu nama apa, tanya tuan punya resepi pun dia pun tak tahu nama apa, tapi dia cakap kalau takder apa2 kat rumah or orang datang kuih ini la dia akan buat kuih ini coz paling cepat dan paling ringkas.


Bahan-Bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan kelapa muda
sedikit garam
Air
Minyak untuk mengoreng
Gula halus

Cara membuatnya:
  1. Gaulkan tepung dan kelapa muda sehinga sebati

   2. Kemudian masukan air dan gaul sehingga adunan tersebut tidak melekat pada tangan


   3. Kemudian bentukkan mengikut bentuk kegemaran anda,selepas itu goreng dalam minyak yang panas




   4.  Selepas itu, gaul dengan gula halus, kemudian boleh dihidangkan...




09 Januari 2012

Tanggal isi kerang daripada kulit

Biasanya kalau kita nak masak sambal, kita biasanya akan guna isi kerang, kalau nak rebus mesti rasanya akan lain, jadi untuk tanggal isi kerang dengan lebih senang caranya adalah dengan ruangkan air panas atas kerang itu   biarkan seketika dan kemudian kupas. Insyallah akan senang terbuka kerang tersebut.


google imej

06 Januari 2012

Nasi + Kicap

Kalau tgk tajuk tu, macam nak bagi resepi...
Eh, nak bagi nasi masak dengan kicap ker????
Bukan nak bagi resepi, ku just nak letak tajuk tu sebab anak aku suka makan nasi gaul kicap sahaja.... Kalau makan nasi memang itu sahaja yang dia mahu. Ikan, ayam dan sotong dia tak nak makan dengan nasi. Kalau ada lauk dia ratah je lauk tu.. (hari ini adalah kenyataan, esok adalah kenangan)


Nama : Fitrah Nur 'Afaf Zahra..
Umur : 2 tahun 4 bulan
Kegemaran: Udang dan buah tembikai
Mula berjalan : umur 11 bulan

05 Januari 2012

Puding roti

Semalam bila buka almari, aku tgk ada 1 paket agar2. Tapi tak tahu lak berapa berat coz packing plastik tu macam buat sendiri je, berat agar2 dan  jenama agar2 tu memang takder la, so aku main agak2 je

Daripada resepi yang biasa aku buat (PUDING ROTI), aku tambah 3 cawan g air dan tambah satu keping lagi air. dan sedikit  garam.. Bahan lebih sedikit daripada resepi biasa. Tapi gula memang aku tak tambah coz aku memang nak makan dengan aiskrim. Masa hidang tu taburkan coklat rice.. Petang2 layan makan macam ni memang sedap....

Agar-agar roti marble

Bahan-bahan


  • 1 peket agar2 (25gram) (direndam)
  • 6 cawan air 
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti
  • 1 biji telur
  •  1 sudu teh esen vanila
  • 3 jenis pewarna
Cara membuat
  1. Agar-agar dimasak bersama gula sehingga hancur kemudian tapiskan.
  2. Semasa memasak agar2 (blender susu cair, roti, telur dan esen vanila sehingga hancur)
  3. Kemudian masukkanbahan yang diblender ke dalam bahan tapisan tadi dan masak dengan api yang pelahan, dan kacau
  4. Kemudian agar-agar tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan warna yang berlainan setiap bahagian.
  5. Tuangkan satu senduk kedalam bekas, dengan warna disukai diikuti satu senduk warna lain, dan langkah ini dilakukan sehingga agar2 tersebut habis.
  6. Dan sejukkan agar2 tersebut sebelum dipotong..
Google imej

03 Januari 2012

BINGKA UBI KAYU



Dah lama tak kemas barang kat dapur, alas peti dah penuh dengan resepi, ada yang dah buat dan ada yang belum buat lagi.Yang dah buat tu aku dan jadi aku kongsi dalam internet ni..( nak kurangkan barang kat atas peti ais he he he). Hari ini aku nak kongsi satu resepi yang aku suka makan. Kalau orang lain dengar orang cakap rajinnya buat ha ha ha, bukan rajin tapi resepinya cukup mudah…

Bahan-bahan
4 cawan ubi kayu (yang dah parut)
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
½ sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Cara buat
Gaul sebati semua bahan dalam loyang kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius. Guna api bawah dan atas. Bakar selama 1 – 1 ½ jam @ sehingga keperangan. Selepas masak, sejukkan dan pastikan dipotong setelah sejuk agar mudah dipotong dan tidak melekat pada pisau..

P/s: aku ambil resepi dari internet ini tapi dah banyak kali buat..


Google imej

01 Januari 2012

HAPPY BIRTHDAY



Kemarin hari cuti, aku buat apam polkadot khas buat

ALONG (24/12)
K.NGAH (31/12)

hari ini lak birthday pok, 
Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari jadi semoga panjang umur dan murah rezeki

Apam polkadot I "love" u



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...