20 Januari 2012

Siput gayam masak lemak

Seafood adalah makanan kegemaran aku,, memang setiap minggu memang ada sahaja juadah berunsurkan seafood.. Hari itu bila bergi pasar malam Kangar (hari rabu) dekat stadium, ada orang jaul siput gayam. Lama dah tak makan siput gayam ni biasanya duk beli siput retak seribu, kerang, sotong, udang.
Harga : RM 4.00 (sekilo)
Harga promosi : RM 5.00 ( 1 1/2 kilo)..
So aku ambil 1 1/2 kg, aku memang tak nak buat lauk tapi nak meratah je kali ni.
Kali ni aku masak lemak, tapi yang paling ringkas

Bahan

  1. 3 ulas Bawang merah (tumbuk)
  2. 1 ulas Bawang putih  (tumbuk)
  3. Sedikit lengkuas (tumbuk)
  4. 3 biji cili padi (tumbuk)
  5. Santan cair.
  6. 2 keping asam keping
  7. Garam dan pati bilis
  8. Siput gayam yang siap dibasuh

Cara buat
  • Masukkan semua bahan dan masak dengan api yang pelahan
  • Masak sehingga mendidih dan pastikan gayam tersebut benar-benar masak.
ps: Oleh kerana nak ratah, aku gumakan santan cair. Cukup la sekadar merasa sedikit lemak santan tersebut


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...