10 Januari 2012

Kuih Tradisional Yang Simple

Kuih ini memang tak tahu nama apa, tanya tuan punya resepi pun dia pun tak tahu nama apa, tapi dia cakap kalau takder apa2 kat rumah or orang datang kuih ini la dia akan buat kuih ini coz paling cepat dan paling ringkas.


Bahan-Bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan kelapa muda
sedikit garam
Air
Minyak untuk mengoreng
Gula halus

Cara membuatnya:
  1. Gaulkan tepung dan kelapa muda sehinga sebati

   2. Kemudian masukan air dan gaul sehingga adunan tersebut tidak melekat pada tangan


   3. Kemudian bentukkan mengikut bentuk kegemaran anda,selepas itu goreng dalam minyak yang panas




   4.  Selepas itu, gaul dengan gula halus, kemudian boleh dihidangkan...




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...