Dah lama tak kemas barang kat dapur, alas peti dah penuh dengan resepi, ada yang dah buat dan ada yang belum buat lagi.Yang dah buat tu aku dan jadi aku kongsi dalam internet ni..( nak kurangkan barang kat atas peti ais he he he). Hari ini aku nak kongsi satu resepi yang aku suka makan. Kalau orang lain dengar orang cakap rajinnya buat ha ha ha, bukan rajin tapi resepinya cukup mudah…
Bahan-bahan
4 cawan ubi kayu (yang dah parut)
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
½ sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
Cara buat
Gaul sebati semua bahan dalam loyang kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius. Guna api bawah dan atas. Bakar selama 1 – 1 ½ jam @ sehingga keperangan. Selepas masak, sejukkan dan pastikan dipotong setelah sejuk agar mudah dipotong dan tidak melekat pada pisau..
P/s: aku ambil resepi dari internet ini tapi dah banyak kali buat..
Google imej |
0 comments:
Catat Ulasan