18 Januari 2012

Masak sayur manis betik

Hari ini long ni bagi betik separuh masak, memang sudah kebiasaan selepas mengaji long ni akan beri makanan untuk fitrah. Betik separuh masak ini sesuai nak masak sayur manis, buat jeruk, makan colek "garam belacan", dll.. Bila nak masak ni teringat lak pada ma kat kampung. Miss u so much. Aku masak sayur manis betik memang cara ma.

Bahan
1.   3 Ulas bawang merah
2.   1 ulas bawang putih
3.   1 sudu lada hitam (hancur)
4.   2 ekor ikan temenu rebus (ambik isi)
5.   Betik disagat panjang2
6.   Daun Munggai
7.   Lada besar (hiris)
3.   1/2 ulas bawang besar (belah besar)
8.   Garam, pati bilis


Cara membuat

  1. Tumbukkan bawang merah, putih, dan isi ikan
  2. Bahan yang ditumbukkan dimasukkan dalam periuk bersama air dan lada hitam, dan biarkan mendidih
  3. Kemudian masukkan betik, bersama bawang besar dan lada besar
  4. Selepas itu masukkan garam dan pati bilis, 
  5. Apabila betik hampir masak, masukkan daun munggai dan biarkan sebentar.
  6. Selepas itu nasi boleh dihidangkan bersama nasi baik.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...