24 Jun 2012

MUNGKINKAH TERJADI

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi



22 Jun 2012

TINGGAL KENANGAN - SALEM

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kua Pergi Meninggalkan Diriku
Di sini aku Merindukan Dirimu oohh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu 
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada RAsa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin Ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Disini aku Merindukan Dirimu oohh
Kini Ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi KAn Seperti Dirimu 
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan.



21 Jun 2012

Ayat Cinta

Dalam mimpi, engkau telah memberikan banyak kenangan yang indah buatku. Itu sudah memadai.

 


20 Jun 2012

HAPPY FATHER'S DAY

Happy Father's Day untuk semua bapa-bapa yang berada diluar sana.. Mungkin agak terlewat untuk azyy ucapkan tapi terima la ucapan dari azyy seikhlas hati untuk semua lelaki yang berstatus AYAH... Ini mengingatikan azyy pada arwah ayah.. Azyy rindu sangat pada dia...
Hari bapa kali ini, azyy sambut biasa2 sahaja, kerana b kerja... so masa yang banyak terluang, azyy habiskan bersama fitrah dirumah,dan walaupun fitrah masih kecil untk mengerti apa itu hari bapa tapi dia cukup teruja untuk meraikannya... beberapa minggu dah azyy duk fikir nak buat apa kerana apa yang penting  untuk masak dengan air tangan azyy sendiri... last2 azyy buat pulut kuning + rendang daging... Fitrah panggil KEK PULUIT.. ha ha ha , lawak kan dengan loghat Perlis.... 

Alhamdulillah, menjadi jgk pulut kuning ni

Rendang Daging

Pulut kuning bersama telur puyuh

19 Jun 2012

FITRAH PHOTOGRAPHER II

Entri ini dalah sambungan daripada entri yang terdahulu (FITRAH PHOTOGRAHPER), Akak fitrah ambil guna kamera Olympus..


Akak ambil sendiri gambar ini


Pasu bunga ummi

Mainan Akak fitrah (pakcik D yang bagi)

Anak patung kakak fitrah, abah beli kat cameran highland

Botol susu kakak fitrah

Nama : Fitrah Nur 'Afaf Zahraa
Umur : 2 tahun 10 bulan
Hobi : Ambil gambar

16 Jun 2012

FITRAH DAN MAINAN

Setiap kanak-kanak mesti ada naluri untuk bermain, dan mainan adalah teman sejati bagi mereka. Walaupun diberi sekeping kertas pun, ianya boleh dijadikan pelbagai mainan... Mcm2 kan boleh buat dengan sekeping kertas kan...(BUAT KAPAL, BUAT MULUT BURUNG, BUAT PISTOL, dll), Hari ini azyy nk kongsi pengalaman fitrah bersama alat mainan PUZZLE pertama bagi fitrah....

tin ton tin ton....
Sedang tgk ummi n abah siapkan puzzle fitrah



Ummi, ada satu lagi tertinggal la...



da da da, dah siap puzzle fitrah yang pertama



Nanti mesti fitrah rindukan puzzle fitrah ni.....


Nama : Fitrah Nur 'Afaf Zahraa
Umur : 2 tahun 10 bulan
Hobi : Main puzzle 

04 Jun 2012

Nasi Berempah

Azyy kalau masak gulai kari, kurma dan sewaktu dengannya, memang azyy angkat BENDA PUTIH tanda mengaku kalah. Memang azyy gagal terus la. KEJAP OK, KEJAP KO.. Tapi itu bukan mematahkan semangat azyy untuk memcuba masakan berempah ini.

Tapi kali ini bukan nak kongsi resepi gulai ker or apa tapi nak share resepi NASI BEREMPAH. Kenapa azyy berani nak kongsi nak resepi ini kerana b cakap nasi rempah yang azyy masak ini memang sedap dan boleh jamu kepada sesiapa yang datang rumah.. Ok, tak yah azyy membebel banyak2 jom kita ikut langkah2nya

Bahan-bahan
  • Minyak
  • Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih
  •  1 inci halia (mayang)
  • 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 setgh sudu rempah kari dan rempah kurma
  • 2 sudu sos tomato
  • air
  • garam, gula, pati bilis
  • 1 setgh cwn susu sejat
  • Ayam (mengikut selera)
  • 2 cawan beras dan 2 helai daun pandan

Cara buat
  1. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
  2. Kemudian masukkan halia, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga kekuningan
  3. Kemudian masakkan rempah kari dan rempah kurma dan masukkan air. Selepas itu masukkan garam, gula dan pati bilis dan biarkan ia mendidih sehingga pecah minyak
  4. Selepas itu masukkan ayam dan susu sejat dan sos tomato Dan biarkan ia mendidih dan biarkan ayam itu separuh masak dan biarkan ketepi.
  5. Basuhkan beras dan kemudian masukkan dalam rice cooker dan masukkan sekali daun pandan, Masakkan bahan yang masak tadi dan tambahkan air. Dan masak seperti nasi putih biasa.
  6. Hidangkan dengan air asam atau masak kicap.

Ps: gambar azyy dah ambil, kalau ada masa nati upload..
Selamat mencuba

01 Jun 2012

Sawi bersambal

biasanya azyy masak sayur ikut selera azyy coz b memang tak berapa makan sayur.. Menu sayur merupakan menu azyy la... Azyy lak takder sayur macam tak lengkap je hidangan tu... Mungkin dah terajar dengan ma azyy. Kalau masak kena ada 4 or 5 jenis  ( cth, ikan goreng, kuah, sayur, sambal or budu, ulam  dll) tapi bila azyy dah kerja sendiri, kadang2 2 jenis je azyy masak.. Itu sahaja masa yang azyy ada.. so bila makan mesti ingat kat ma (kerajinan ma masak untuk arwah ayah). Hari ini azyy nak share satu resepi mudah tapi berlainan dari resepi yang biasa azyy buat.. memang cukup mudah...


Bahan2
  • Sawi pendek belah batang kemudian celur
  • Bawang putih (lebihkan) - blender
  • bawang merah - blender
  • Lada besar - blender
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Pati bilis (leh gantikan dengan ajinamoto)
Cara
  1. Sawi yang dicelur disusun dalam pinggan dan kemudian simpan ketepi
  2. Tumiskan bahan yang diblender dan biarkan mendidih dan masukkan belacan, air asam jawa, garam, gula dan kacau..
  3. Bila dah masak, tuangkan atas sayur yang dicelur.. 
  4. Kemudian boleh dihidangkan dengan nasi panas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...