01 Jun 2012

Sawi bersambal

biasanya azyy masak sayur ikut selera azyy coz b memang tak berapa makan sayur.. Menu sayur merupakan menu azyy la... Azyy lak takder sayur macam tak lengkap je hidangan tu... Mungkin dah terajar dengan ma azyy. Kalau masak kena ada 4 or 5 jenis  ( cth, ikan goreng, kuah, sayur, sambal or budu, ulam  dll) tapi bila azyy dah kerja sendiri, kadang2 2 jenis je azyy masak.. Itu sahaja masa yang azyy ada.. so bila makan mesti ingat kat ma (kerajinan ma masak untuk arwah ayah). Hari ini azyy nak share satu resepi mudah tapi berlainan dari resepi yang biasa azyy buat.. memang cukup mudah...


Bahan2
  • Sawi pendek belah batang kemudian celur
  • Bawang putih (lebihkan) - blender
  • bawang merah - blender
  • Lada besar - blender
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Pati bilis (leh gantikan dengan ajinamoto)
Cara
  1. Sawi yang dicelur disusun dalam pinggan dan kemudian simpan ketepi
  2. Tumiskan bahan yang diblender dan biarkan mendidih dan masukkan belacan, air asam jawa, garam, gula dan kacau..
  3. Bila dah masak, tuangkan atas sayur yang dicelur.. 
  4. Kemudian boleh dihidangkan dengan nasi panas


1 comments:

Hans berkata...

ringkas tapi yang pasti sedap dan berkhasiat :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...