22 Februari 2012

Bihun Goreng Bersambal

Lama sungguh tak masak bihun goreng, tiba2 teringin nak makan bihun goreng bersambal. Teringat hidangan masa pergi Kursus Kat Putrajaya hari tu.. Bihun Goreng Bersambal. Cukup Sedap.
Bihun yang Azyy masak cukup simple dan sesuai untuk anak-anak kecil dan untuk dewasa pula boleh ditambah dengan sambal bilis.

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawaqng putih (mayang)
  • tomato (potong kecil)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Sos tiram
  • Fishball (potong 3)
  • Garam secukup rasa
  • Lada besar (potong halus)
  • Sedikit pati bilis

Hiasan :
Telur goreng (gulung dan potong)
Cara membuat:
  1. Tumiskan bawang putih dan merah 
  2. Masukkan lada hitam dan tomato
  3. Masukkan fishball, sos tiram, garam ,pati bilis dan sedikit air
  4. Masukkan bihun dan kacau sebati dan kemudian masukkan lada besar
  5. kemudian hias dengan telur goreng dan dihidangkan bersama sambal bilis




21 Februari 2012

Masa untuk buat kek

Masa berharga untuk Azyy dan fitrah adalah masa memasak. Masa itu la fitrah akan sibuk untuk menolong Azyy.. Memasak dengan anak kecil ini perlukan kesabaran macam semalam, tangan Fitrah tersempit di antara mangkuk mixer dengan stand mixer.(masa tu azyy baru je nak ambik susu dalam peti ais). Masak dengan anak ni memang kena selalu perhatikan mereka tapi Azyy tak kisah yang penting masa memasak juga merupakan proses pembelajaran bagi Fitrah. Setiap kali memasak Azyy memang dah sediakan sedikit bahan untuk Fitrah buat sendiri atau untuk bantu Azyy..  Apabila masak b dan Fitrah mesti berebut nak makan...

Kakak fitrah tgh sibuk tolong ummi tabur chip cok



Kek yang Kak Fitrah buat khas untuk ummi dan abah

Nama : Fitrah Nur 'Afaf Zahraa
Umur : 2 tahun 6 bulan
Hobi : Tolong ummi memasak.

20 Februari 2012

MUFFIN PISANG

BAHAN A:

  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula kastor (azyy kurangkan 1 1/2 sudu gula)
  • 1/2  sudu kecil garam


BAHAN-BAHAN LAIN
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 4 biji pisang (dilenyek)
  • 4 sudu makan susu pekat manis
Hiasan 
Choc chip
Badam keping


Cara membuat:
  1. Panaskan Oven
  2. Satukan bahan A dan pukul sampai sebati
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul dengan kelajuan maksima
  4. Kemudian masukkan pisang dan pukul sebati
  5. Masukkan tepung dan kacau sebati
  6. Masukkan susu pekat dan pukul sehingga sebati
  7. Kemudian masukkan dalam papercup dan tabur dengan chip coklat dan badam keping
  8. Bakar dengan suhu 160'c selama 15-20 minit atau sehingga masak

Terung Goreng

Bahan-bahan

  • Satu batang terung (potong serong)
  • Tepung gandum
  • Garam
  • 1 bijin telur (pukul)
  • Tepung kenturky
Cara buat:
  1. terung digaulkan garam dan tepung gandum
  2. Celup dalam telur kemudian dalam tepung kenturky
  3. Goreng sehingga kekuningan
  4. Boleh dihidang dengan sos dan mayonis
P/s : boleh dihidangkan sebagai cucur untuk minum petang
(ambil resepi ini dalam satu web memang berbeza dari hidangan yang biasa buat kat rumah)

17 Februari 2012

KELAS CHICKEN CHOP

Dari 29 Januari 2012 hingga 12 Februari 2012, azi langsung tak masuk dapur. Dalam tempoh itu memang rindu sangat nak memasak. Tapi Keadaan memaksa azyy untuk merehatkan jari jemari ini. Bila dah kembali ke rumah,  azyy terus sibukkan diri untuk ke dapur. Bagi azyy, dapur merupakan tempat yang azyy paling suka. tapi apa yang penting adalah makanan itu habis dimakan setiap kali azyy masak.

Dalam tempoh 2 minggu tersebut juga, azyy giat mencari kelas masak untuk menambahkan ilmu dan kemahiran. Cari punya cari azyy terjumpa website KURSPEN, jadi azyy segera menghubungi pihak berkenaan. Kelas yang azyy daftar adalah CHICKEN CHOP WITH SIDE DISHES



Ikuti langkah-langkah untuk menyediakan hidangan Chicken Chop yang lengkap

Chicken Chop
Bahan-bahan

  • 1 ketul paha ayam
  • 1 biji telur Ayam
  • 100g Tepung Gandum
  • 100g Serbuk Roti
  • Secukup rasa Garam, lada sulah. paprika 
Cara
  1. Asingkan tulang daripada isi paha ayam
  2. taburkan sedikit gara, lada sulah dan paprika
  3. Celupkan ayam ke dalam tepung gandum, dan telur dan kemudiannya serbuk roti (standard Breading Procedure)
  4. Goreng sehingga berwarna kuning keemasan diatas api sederhana


Mushroom Black Pepper Sauce
Bahan-bahan :
  • 50 gran Cendawan Butang (diris nipis)
  • 200 ml Demi-glade (20 gram + 200 ml air panas)
  • 20 gram Krim Putar (leh ganti dengan susu krim)
  • 10 gram mentega
  • secukup rasa lada hitam, lada sulah black pepper
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
Cara-cara:
  1. Panaskan mentega dan tumiskan bawang puth sehingga naik bau
  2. Kemudian masukkan cendawan dan masak selama 2-5 minit
  3. Kemudan masukkan demi-glaxe yang telah dicampur dengan air. Biarkan mendidh 
  4. Masukkan krimputar dan biarkan sebentar
  5. Masukkan lada sulah, garam dan black pepper. dan kacau sehingga sebati dan  masak sehingga pekat.

COLESLOW
Bahan-bahan:
  • 100 gran kubis
  • 100 gran Lobak Merah
  • secukup rasa mayonis

Cara-cara :

  1. Potong kubis dan lobak merah dengan potongan berbentuk "julienne"
  2. Masuuka smayonis secukup rasa. Jangan terlalu banyak. Simpan didalam peti ais sebelum dihidangkan


Baked Jacketted Potato
Bahan-bahan:
  • 1 biji kentang
  • 20gran mentega
  • secukup rasa garam dan lada sulah
Cara-cara:
  1. Bersihkan kentang, dan cucuk-cucuk merata tempat menggunakan garpu
  2. Sapukan mentega , garam dan lada sulah
  3. Balutkan dengan aluminium foil dan bakar di dalam oveb deengan suhu 180 darjah celcius selama 1 jam.

Apabila sudah siap, boleh dihidang mengikut kreativiti masing-masing.


KURMA AYAM

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 5 sudu makan rempah kurma
  • 3 biji kentang (dipotong 4)
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 1 biji tomato
  • 2 biji cili hijau (Dipotong-potong)
  • 2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)
  • 1 biji limau nipis ( diambil air)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan B (menumis)
  • 5 biji bawang merah  (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putus (tumbuk)
  • 2 inci halia (tumbuk)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi
  2. Masakkan rempah kurma dan kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan santan dan kacau rata dan biarkan mendidih
  4. Masukkan ayam dan kentang, dan biarkan sehingga mendidih dan pekat
  5. Kemudian masukkan garam dan air perahan limau nipis dan pelahankan api
  6. Selepas itu masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato dan biarkan masak.
  7. Kemudian kurma ni dihidangkan bersama dengan nasi dan roti
PS: Kalau takder ayam boleh juga diganti dengan telur

07 Februari 2012

MYSPACE

Sejak ada facebook ini, memang azyy dah tak layan myspace dan friendster...
Sekarang facebook azyy memang dah ditukar password oleh en. Shahid (atas permintaan sendiri), dan memang azyy tak tahu langsung password tu ha ha ha... boring hidup tanpa fb... kadang2 bukak fb pun bukan buat apa pun tapi syok sendiri tgk gambar sendiri dan kawan2.. dah boring try ni azyy bukak friendster dan myspace, last post 3 tahun lalu... lama tu.. tapi tak aper la... best jgk la leh tgk vidoe. Sekarang ni azyy still terokai myspace... Mesti ada perubahan.. Yang penting Azyy copy balik gambar yang dulu2 tu... So sweet memory...

03 Februari 2012

KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI PERLIS BULAN FEBRUARI 20112 (KOMPUTER)

KOMPUTER

8,9&10 Feb: Asas Microsoft Excel 2007  
                     [8.00pg-5.00ptg || RM50.00 || Jejawi]

11&12 Feb: Perniagaan Internet
                    [8.00pg-5.00ptg || RM40.00 || Jejawi]
11&12 Feb: Asas Fotografi Digital Kamera DSLR 
                    [8.00pg-5.00ptg || RM60.00 || Tambun Tulang]
                    [Peserta perlu membawa kamera DSLR sendiri]

** Yuran adalah termasuk MAKAN TENGAHARI.

BERMINAT?? Hubungi pihak berkenaan, 04-9779412 


SUMBER : KURSPEN

MUZIUM KAYANG, PERLIS

Azyy menetap di perlis ini dari tahun 2001 lagi, tapi tak pernah sesekali terlintas nak pergi ke Muzium Kayang, sedangkan muzium tu hanya 7 minit sahaja dari rumah Azyy, Cuti Tahun Baru Cina lepas, azyy terdetik nak kesana..


Masa sampai disana, suasana sunyi dan tenang je, memang sesuai untuk mencari ketenangan..
Banyak benda dan ilmu yang kita boleh perolehi kat sana..
Dibawah adalah beberapa gambar yang azyy ambil masa disana.















Ada satu pemandangan yang aku tak sangka, adalah dibelakang muziam tersebut mempunyai kawasan lapang yang cantik, tempat memang sesuai kepada pengantin baru sekitar perlis yang mahu mengambil gambar. Tempat yang berlatarkan bukit dan gua memang cantik sekali.


Siapa2 yang datang ke perlis jemput la singgah, lagipun untuk masuk tempat ini bayaran tidak dikenakan. Apa yang penting, didik la anak-anak untuk meminat tempat bersejarah.


Maklumat lanjut boleh hubungi pihak berkenaan :

Muzium Kota Kayang
Tel No : 04-977 0027
Fax number : 04-978 2678
intan@jmm.gov.my
http://www.jmm.gov.my/ms/museum/muzium-kota-kayang
Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis

02 Februari 2012

KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI PERLIS BULAN FEBRUARI 2012 (SENIBINA)

SENIBINA

11&12 Feb: Asas Autocad 3D 
                    [8.00pg-5.00ptg || RM40.00 || Tambun Tulang] 

18&19 Feb: Asas Sketch-Up 
                    [8.00pg-5.00ptg || RM40.00 || Jejawi] 

** MAKAN TENGAHARI disediakan.


BERMINAT?? Hubungi pihak berkenaan, 04-9779412 

SUMBER : KURSPEN

KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI PERLIS BULAN FEBRUARI 2012 (MASAKAN)

MASAKAN

7 Feb   : Aneka Muffin [2.00ptg-7.00ptg || RM30.00 || Jejawi]

8 Feb   : Carrot Cake & Cheese Topping 
              [2.00ptg-7.00ptg || RM30.00 || Jejawi]

9 Feb   : Fish & Chip [2.00ptg-7.00ptg || RM30.00 || Jejawi]

14 Feb : Aneka Puding [2.00ptg-7.00ptg || RM30.00 || Jejawi]

15 Feb : Pizza & Topping [2.00ptg-7.00ptg || RM30.00 || Jejawi]

16 Feb : Chicken Chop & Side Dishes 
              [2.00ptg-7.00ptg || RM30.00 || Jejawi]

** Makan tidak disediakan bagi semua kursus sajian & makanan.

BERMINAT?? Hubungi pihak berkenaan, 04-9779412

SUMBER : KURSPEN

KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI PERLIS BULAN FEBRUARI 2012

ELEKTRIK

8&9 Feb: Pendawaian Elektrik 1Fasa - Asas1  
        [8.00pg-5.00ptg || RM60.00 || Tambun Tulang]

15&16 Feb: Kawalan Motor 1Fasa - Asas 1 
        [8.00pg-5.00ptg || RM60.00 || Jejawi]

22&23 Feb: Projek Elektronik 
        [8.00pg-5.00ptg || RM60.00 || Tambun Tulang]


** MAKAN TENGAHARI disediakan.



BERMINAT?? Hubungi pihak berkenaan, 04-9779412 




SUMBER : KURSPEN

KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI BULAN FEBRUARI 2012 (JAHITAN)

JAHITAN
4 Feb         : Sulaman Riben 
                    [8.00pg-5.00ptg || RM30.00 || Jejawi] 

11&12 Feb: Jahitan Langsir [Asas] 
                [8.00pg-5.00ptg || RM40.00 || Jejawi] 
             [Peserta perlu membawa 3 meter kain cotton dan benang]

18&19 Feb: Jahitan Baju Kurung Moden 
                [8.00pg-5.00ptg || RM40.00 || Jejawi]
             [Peserta perlu membawa 4 meter kain cotton dan benang]

25&26 Feb: Jahitan Baju Kemeja Lengan Pendek 
                [8.00pg-5.00ptg || RM40.00 || Jejawi] 
             [Peserta perlu membawa 2 meter kain cotton dan benang]

** MAKAN TENGAHARI disediakan.

BERMINAT?? Hubung pihak terbabit, 04-9779412 
SUMBER : KURSPEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...