30 Ogos 2016

Penamam Pokok Pudina

Alhamdulillah, kat rumah azyy dah tanam pokok pudina. Terima kasih kepada ahli group facebook kebun bandar  yang banyak bagi tip dan petua. Banyak petua dan tip tersebut membuatkan azyy bersemangat untuk berkebun. disini azyy nak share petua kalau nak tanam pokok pudina.. Jom scroll kat bawah 



sebelum tanam, gulungkan hujung batang menjadi seperti diatas

Pokok pudina yang sharekan oleh ahli kumpulan
Macam mana nak dapatkan benih pokok pudina????
Azyy hanya beli pokok di pasar malam dalam azyy semai dalam pasu. 

Pokok pudina ini sebaiknya tanam di kawasan yang teduh.

18 Ogos 2016

Penanam Bendi

Penaman bendi dengan cara yang mudah dan berkesan. Sila ikut langkah bergambar dibawah 



1) Rendam Biji benih selama 1 malam




2) Bijih benih dibungkus 24 jam dengan kain tuala lembap



3) Kemudian Pokok disemai dalam pasu




4) Pokok dalam usia 17 hari




5) Pokok Bendi 


6) Pokok Bendi dan buah 


7) Pokok Bendi dalam usia 57 hari




8) Buah bendi telah dipetik dalam usia 72 hari




9) Taaaadaaaa, masakan yang boleh dihasilkan untuk buah bendi



#semua gambar dan cara penanam ini diprolehi dari facebook Mazlan Ahmad
petua penaman pokok bendi dan pokok sayuran


05 Ogos 2016

ANAK KE PERGI SEKOLAH

Sekarang dah masuk musim orang ke sekolah. Semua orang sibuk buat persiapan nak ke sekolah. Dari pelajar dari umur 4 tahun hingg 17 tahun, semua ibu apa akan cuba bagi yang terbaik keperluan anaknya. Salah seorang daripada ibubapa tersebut termasuk la azyy sendiri. Hari ini dah masuk hari ke-3 kakak fitrah ke Sekolah dan pengalaman ini adalah sangat bermakna untuk diri Azyy. Pengalaman ini mungkin sama dengan orang lain tapi cuma mungkin cara penerimaan kita sahaja yang berbeza.


Dari Awal lagi, azyy memang dah secara fizikal dah bersiap sedia untuk hadapi segala ragam kakak fitrah dan segala ragam kakak fitrah adalah azyy anggap suatu proses pembelajaran bagi azyy, suami dan yang paling besar adalah bagi kakak fitrah sendiri. Pembelajaran ini adalah untuk mematangkan diri kami juga. 

Hari Pertama (Khamis,2 Januari):
Kakak fitrah pergi ke Sekolah dengan perasaan yang teruja. Teruja kerana dapat kawan baru, teruja dapat pakai kasut baru, baju sekolah baru dan semuanya dalam keadaan yang sangat teruja. Hari juga kakak fitrah pergi sekolah perlu orang suruh masuk ke sekolah. Masa pergi ambil tu kakak fitrah tu siap lambai lagi kat kami. Semuanya dalam keadaan seronok.

Hari Kedua (Jumaat)
Kali ini azyy taknk lepas lagi situasi fitrah keluar dari kelas dia. Kami dah ready dengn handset nak ambil gambar masa dia kuar dari kelas tersebut. Masa kami duk tunggu, kami terdengar ada budak nangis, Suami azyy cakap itu fitrah. Tapi azyy still positifkan suami yang menyatakkan itu bukan fitrah. Lepas itu cikgu pun panggil azyy. Dan memang betul Kakak fitrah menangis.

Cikgu cakap " Kakak fitrah menangis coz teringatkan ummi, dan ruh cikgu p hantar ke pejabat ummi"

Hari ini memang debaran yang azyy dan suami rasa, kerana untuk terus belajar untuk menjadi seorang ibubapa yang terbaik untuk kakak fitrah. 


HAMIL LAGI

Setelah kakak fitrah berusia 6 tahun lebih, azyy telah disahkan hamil. Alhamdulillah, sesuatu yang tidak disangka kerana sudah 6 tahun kami tidak memprolehi rezeki untuk tambahkan harta dunia dan akhirat kami iaitu anak. Tetapi Azyy percaya percaturan tu adalah terbaik untuk kami. Pernantian itu amat bermakna kerana anak-anak sebenarnya cermin untuk melihat sikap dan perangai kita. Kadang-kadang dengan anak ini membuatkan azyy makin matang dan memperbaiki diri sendiri. 


Dalam tempoh 6 tahun ni, azyy ada masalah datang haid yang tidak teratur. Azyy pernah jumpa doktor berkenaan dengan masalah ini tetapi doktor menyatakan bahawa period azyy adalah dalam lingkungan normal. Dalam masa yang sama, azyy masih lagi memegang status sebagai pelajar, so azyy biarkan sahaja. 

Pada awal tahun 2015, semasa itu azyy menghadiri kursus intensif di USM Penang, Azyy telah terbeli Jamu. Kenapa azyy kata "terbeli", ini kerana azyy bukan jenis yang minat dan sukan ubat. Jamu yang azyy beli ini pun beli ini pun azyy makan tak abis. Azyy prolehi jamu ni daripada kawan sebilik azyy kerana dia pengedar jamu tersebut. Setelah sebulan azyy dapati hadi kembali teratur dan dengan rezeki pada hujun tahun, azyy telah disahkan hamil. 

Azyy bersyukur kerana diberi peluang berjumpa dengan kawan bilik azyy tu. Jamu yang azyy makan itu ialah Jamu Sri Bonda. 

Azyy ambil gambar ni dalam internet memndangkan jamu yang lama
 telah azyy simpankan azyy telah azyy clearkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...