02 Oktober 2019

Deodorant

Bila kulit kita sensitif, kita tak boleh letakkan sebarang bahan kimia atas kulit walaupun pada hakikatnya niat kita agar memberi selesaan pada kita dan orang disekitar kita. Salah satu benda yang penting adalah deodorant kerana ia untuk mengelakkan dari badan kita berbau dan ianya akan memberi tidak selesa pada kita dan orang lain.
Azyy dah cuba pelbagai produk tetapi kulit azyy sensitif, malah jika azyy pakai, badan azyy akan gatal dan ianya boleh menyebabkan ketiak azyy luka.
Akhirnya, azyy ke farmasi untuk mendapatkan produk yang sesuai.
Akhirnya, jurujual memberi cadangan agar azyy guna ODOR-X.
Alhamdulillah selepas menggunakan odor -x, bau badan sudah tiada dan kulit azyy sudah tidak sensitif. Azyy still teruskan pakai deodorant ini.
Deodorant ini tidak mempunyai pewangi dan ianya bersifat seperti air.
Harga deoadorant ni rm 15.00.
#ketiakberbau




19 Julai 2019

PAIS TEMPOYAK


Bahan-bahan
  • Tempoyak 5 sudu
  • Cabai kecil 20 tangkai
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Garam/gula(1 1/2 sudu) /perasa 
  • Serai 3 batang (hiris nipis)
  • Daun kunyit 3 helai potong kasar
  • 2 batang bunga kantan (hiris kasar)

Cara buat
  1. Cabai dan kunyit tumbuk halus dan buh garam, gula, perasa.
  2. Kemudian tumbuk lagi dengan tempoyak dan gaul dengan serai
  3. Lapikkan daun pisang, kemudian bubuh bahan yang ditumbuk, bunga kantan dan daun kunyit dan balut
  4. Bakar ikan selama 40 minit dan siap dihidang





15 Julai 2019

Ayam perap paling simple

Bahan bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos lada hitam
  • 1 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 1/ 2 sudu serbuk kunyit
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 sudu lada putih
  • Perasa

Cara buat
  1. Gaulkan semua bahan dan perap selama setengah jam
  2. Kemudian bakar. Nyum nyum sedap 😋😋😋😋



#ayambbqsimple
#ayambbqsedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...