13 Disember 2012

Resepi Roti Bombay

Roti bombay ini adalah resepi yang paling mudah dan paling sedap. Dulu masa pejabat azyy dalam bandar kangar, selalu jgk la azyy menikmati juadah roti bomba ni di kedai Juliana. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi.. Jom jenguk-jenguk resepi roti bomba ni..


Bahan-bahan:
4 -6 keping roti
3 sudu sos cili
2 biji telur
2 ulas bawang merah (hiris mayang)
tambah cabai kecil jika mahu pedas
Garam secukup rasa

Cara Buat:
  1. Sardin dihancurkan dan gaulkan bersama dengan sos cili, telur, bawang merah, dan garam
  2. Semua bahan itu digaul sebati dan kemudian sapu pada roti pada dua-dua permukaan roti dan kemudian goreng roti tersebut dengan minyak yang sedikit. 
  3. Masak dua2 belah permukaan dan hidangkan bersama kuah kari or sos cili+mayaonis


Resepi berunsur roti

22 November 2012

Kepercayaan

Kepercayaan dalam perhubungan adalah amat penting.. Tanpa kepercayaan itulah boleh menyebabkan rumah tangga porak peranda..
Percaya atau tidak, biasanya kita akan menilai seseorang berdasarkan pengalaman kita sendiri. Apa yang pernah kita lakukan, apa yang kita alami.

Kenapa perasaan tidak percaya itu hadir?????
Ianya biasanya melibatkan hati dan perasaan, Pernah dilukai dan pernah melukai seseorang...
Kalau hati kita pernha dilukainya kemungkinan jua itu menjadi punca..
Kalau kita pernah melukai hati seseorang, kemungkinan besar kita mengganggap orang juga seperti kita yang mudah menyakiti perasan orang lain.

Penawar semua itu
Sebagai manusia yang lemah. kita perlu belajar untuk sentiasa memperbaiki diri.. Kesetiaan itu memang penting dan kita melihat pada keadaanya
Pandangan orang???? Kaaang2 kita jangan terlampau memikirkan apa yang orang lain fikir tentang kita tapi segala pandangan yang dilemparkan itu kita jadikan sempadan untuk kita memperbaiki kita..
Orang tidak akan memahami kita 100%, bukan mengerti apa yang pernah kita alamai dan mengerti apa niat kita..


20 November 2012

Ayat cinta

Diriku menyintaimu 
dan 
Dirimu menyintaiku 
 (itu dah memadai bagi diriku)

05 November 2012

AKAK FITRAH

Kak fitrah bersama blue ballon (kcik anum bagi)

Raya haji hari ke-2 rumah Tok Long


Tolong ummi buat biskut mazola untuk raya haji 2012


Teman abah pergi tgk bot control kat Tasik Melati 2012

Hidup ini umpama pelangi yang mempunyai warna warni yang mencorakkan hidup ini

JALAN2 KL

Lama betul rancang nak naik kapal terbang tapi tak pernah nak jadi2. Walaupun berkobar2 nak naik tapi takut jgk coz tak pernah ada pengalaman nak naik kapal terbang. Memang perjalanan ini penting bagi azyy coz azyy ank bagi fitrah merasai pengalaman naik kapal terbang.

Ya.. Fitrah la yang paling teruja, tapi sedikit mencabar
  1. Fitrah nak berdiri dalam kapal terbang
  2. Fitrah ingat macam naik bas
  3. Fitrah tak pakai tali pinggang
  4. Fitrah nak tukar tempat 
  5. Fitrah nak jerit2 macam kat temapt mainan..
Tapi alhamdulillah, semua tu adalah pengalaman manis bagi azyy





Nama : fitrah Nur 'Afaf Zahraa Bin Shahid
Umur : 3 tahun 3 bulan
Hobi : Berjalan-jalan

29 Oktober 2012

BELAJAR MEMASAK BERSAMA LITTLE CHEF FITRAH






SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT TEMAN SEMUA..


Kali ini projek raya azyy bersama kak fitrah adalah buat biskut raya, tapi bila azyy buat biskut raya maka, fitrah pun turut sama nak buat... kalau dulu2 leh la suruh dia tgk tapi sekarang kalau azyy nak gaul bahan, dia pun nak gaul sama.. tapi takkan azyy nak bagi fitrah main bahan yang azyy dah sukat so azyy bagi bekas lain dan buh sedikit2 bahan untuk dia buat sendiri..  fitrah cukup seronok... siap tambah macam2 dalam bekas dia.
Kali ini azyy buat biskut mazola dan crispy almond..
Kalau ada masa nati azyy share resepi crispy almond yang cukup mudah tapi Wow(cepat tul abis)...
Bersama ini azyy share video fitrah yang duk kalau bahan2 biskut kacang hijau yang jadi biskut kegemaran dia ...


Nama: Fitrah Nur 'Afaf Zahraa
Umur : 3 tahun 2 bulan
Hobi : Memasak


19 Oktober 2012

STAY - MILEY CYRUS



Stay

Well, it's good to hear your voice
I hope you're doing fine
And if you ever wonder
I'm lonely here tonight

I'm lost here in this moment
And time keeps slipping by
And if I could have just one wish
I'd have you by my side

Oooh
I miss you
Oooh
I need you

And I love you more
Than I did before
And it's a day I don't see your face
Nothing's changed
No one could take your place
It gets harder every day
Said you love me more
Than you did before
And I'm sorry it is this way
But I'm coming home
I'll be coming home
And if you ask me I'll stay
I will stay


While I try to live without you
Tears fall from my eyes
I'm alone and I feel empty
God I'm torn apart inside

I look up at the stars
Hoping you're doing the same
And somehow I feel closer
And I can hear you say

Oooh
I miss you
Oooh
I need you

And I love you more
Than I did before
And it's a day I don't see your face
Nothing's changed
No one could take your place
It gets harder every day
Said you love me more
Than you did before
And I'm sorry it is this way
But I'm coming home
I'll be coming home
And if you ask me I'll stay
I will stay

I will stay
Always stay
I never wanna lose you
And if I had to I would choose you
So stay
Please always stay
You're the one that I hold on to
'Cause my heart would stop without you

And I love you more
Than I did before
And it's a day I don't see your face
Nothing's changed
No one could take your place
It gets harder every day
Said you love me more
Than you did before
And I'm sorry it is this way
But I'm coming home
I'll be coming home
And if you ask me I'll stay
I will stay

16 Oktober 2012

PART OF BODY

sumber : klik 


HEAD = kepala
HAIR = rambut
EYEBROW = kening
FACE = muka
NOSE = hidung
CHEEK = pipi
CHIN = dagu
FOREHEAD = dahi
EYE = mata
TOOTH = gigi
MOUTH = mulut
TONGUE = lidah
LIP = bibir
CHEST = dada
STOMACH = perut
NECK = leher
SHOULDER = bahu
BACK = belakang
WAIST = pinggan
ELBOW = siku
ANGKLE = buku lali
FINGER = jari
KNEE = lutut
FOOT = kaki

14 Oktober 2012

LAGU SEPUCUK WARKAH - ALLEYCATS


Ada sepucuk warkah
Dalam riang aku teri,a
Dari sekeping hati yang kupuja

Diselit setangkai mawar 
Yang merah merkah oh warnanya
Tapi sayang telah layu pun ia

KAu tanya kepadaku mengapa
Aku merayu
Kau tanya kepada mengapa 
Aku mengganggu ... oh ..oh.. ohhhh

Bukankah kau yang dulu 
Mengharapkan kasihku
Setelahku serahkan 
Dikau membisu

Tapi mengapa kini 
Kau kata yang kau benci
Setlah jiwa raga ku korbankan 
Untukmu

Sampul warkahmu indah
Tapi isinya hampa
Haruskah ku terima
Kesan yang tergambar ini

11 Oktober 2012

BURUNG TIONG MAS

Burung Tiong Mas merupakan salah satu burung yang digemari oleh pembela burung. Kelincahan burung dan kebolehan burung ni bercakap adalah penyebab utama kenapa ia diminati.

Burung ini merupakan hidupan liar yang dilindungi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Burung ini berada dalam jadual satu dan memerlukan lesen bagi menempatkan burung ini dikediaman.

Burung tiong mas atau nama saintifiknya Gracula religiosa  merupakan burung yang mementingkan kebersihan. Jom intai burung tiong ini mandi bagi memastikan bulu dan badan ini bersih..



Tgk kiri kanan dulu sebelum mandi
Bestnya dapat mandi...




10 Oktober 2012

NOVEL RINDU TERCIPTA

Photo: SAAT Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.

Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.

Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.

Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.

Tajuk: Rindu Tercipta
Penulis: Liyana Zahim
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-539-2
Halaman: ~512

Novel RINDU TERCIPTA telah berada di pasaran sejak April 2010. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2594 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =) 

Tajuk: Rindu Tercipta
Penulis: Liyana Zahim
Harga: RM 19.90
Halaman: ~512

SAAT Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.

Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.

Hykal
disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.

Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.

SUMBER : ALAF 21

05 Oktober 2012

Lirik dan lagu RELA - Eja

Tidak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan

Kegersangan sekeping hari
Mengharapka setitis embun
Agar basah rindu ini

Aku yang terbiar
Sejak mula lagi 
Puas ku merintih
Puas ku berduka

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini

Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela

Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namum kau pasti tahu
Semua kerna
Aku masih lagi setia padamu
Biar ku menangis seumpama pengemis

Ku hanya mampu berserah 
Beserta doa harapan
Ubahlah haluan hidupku ini



04 Oktober 2012

PASAR MALAM (Akak fitrah)

Suatu hari akak fitrah pergi pasar malam dengan abah dia. Biasanya azyy akan ikut sekali, tapi oleh kerana keletihan azyy biarkan dua beranak pergi...
Bila balik dari pasar malam, Akak fitrah bercerita apa yang dia nampak dan yang dibuat kat pasar malam...


Fitrah : Ummi Akak pergi pasar malam dengan abah..
Ummi : Akak naik apa pergi sana?
Fitrah : Akak naik kereta. pasar malam ni gelap la ummi
Ummi : (Azyy jarang pergi pasar malam waktu malam, biasanya azyy akan pergi pasar malam belah petang )
           Oooooo, gelap ker? Akak beli apa kat sana?
Fitrah : Akak beli air limau je ( Air kegemaran fitrah), lepas tu akak nampak baby merangkak. Baby tu pakai pampers saja, seluar tak pakai.
ummi : Baju pun tak pakai ker?
Fitrah : Baju pakai... Baby itu pakai pampers saja dengan baju (Merangkak, takkan la mak baby tu bagi baby tu merangkak kat pasar malam dengan seluar tak pakai, mesti luka lutut baby tu, fikir azyy)
          : lepas tu akak nampak bas kat pasar malam ( dalam hati azyy, ramainya orang datang pasar malam siap ada bas g)
          : lepas itu akak nampak ular 2 ekor (eh, bila lak pertunjukkan ular ada kat kat pasar malam tu)
Ummi : Akak takut tak dengan ular?
Fitrah : Takut!!!!! , ular tu besar
          : Ummi, baby tu merangkak nak ambil kucing, kucing tu duk meow meow
Ummi : Dapat tak?
Fitrah : Tak dpt la ummi, tersekat dengan kayu ($@#@$#, dalam hati azyy tersekat dengan kayu?)
Ummi : Akak, Baby tu merangkak atas apa?
Fitrah : Merangkak atas kayu... Banyak! baby tu dalam KOTAK...
Ummi : (Azyy ketawa dalam hati, ha ha ha ha) tapi azyy dah oleh agak dah apa yang diceritak oleh fitrah tu
          : Akak bas tu ada banyak ker?
Fitrah : banyak... duk dalam kotak jgk... ular je ada 2 ekor..

Ha ha ha ha, dalam banyak2 benda(ikan, sayur, makan, ayam, baju) yang ada kat pasar malam itu yang tu sahaja yang akak fitrah lebih fokus. Semua benda yang akak fitrah cakap itu adalah MAINAN

Nama : Fitrah Nur 'afaf Zahraa
Umur : 3 tahun 2 bulan
Hobi : Bercerita



KEKANGAN MASA

Lama betul azyy tak update blog. Masa  azyy memang cukup terhad sekarang...  adui... walaupun begitu azyy tetap tersenyum... kadang2 kesibukkan ini la membuat kita lupa sejenak segala yang bermain dihati...

                                                 

02 September 2012

RAIN RAIN GO AWAY (




FAMILY
RAIN
FISH
DOG
FATHER
MOTHER
SISTER

DOG
FISH

HOUSE
TREE
RIVER
RIVER
LOUD

TENNIS
GOLF
WATER
PEOPLE
LEAF


28 Ogos 2012

HAPPY BIRTHDAY ...

Hari ini ulang tahun kelahiran yang ke-27 suami azyy, Azyy harap dia sentiasa dirahmati ALLAH swt dan semoga hidup kami diberkati Allah SWT..

HADIAH??? tahun ini azyy memang tak rancang g nak beli apa2... tapi itu RAHSIA...tunggu masa yang sesuai dan bagi azyy untuk bagi hadiah jadi ini tak semesrinya terus bagi pada tarikh tersebut.. Sememangnya azyy sukakan kelainan...

HADIAH UNTUK LELAKI???... memang cukup rumit malah kadang2 buntu jgk la kepala nk fikirkan hadiah apa yang nak kita beli... contoh senarai yang hadiah.....


  1. KAsut
  2. Dompet
  3. Tie
  4. Topi
  5. Minyak wangi
  6. Baju 
  7. Jam
  8. Kad Ucapan
  9. Handset
  10. Kemeja
  11. Kejutan Hari jadi
  12. Dll g
Bagi Azyy hadiah untuk perempuan lebih senang dan mudah dicari,... tapi dalam banyak2 hadiah apa yang paling penting adalah hadiah KASIH SAYANG... itu sebenarnya hadiah yang paling besar dalam dunia ini...

Dan 
Untuk tahun ini, azyy dah nekad nak buat kek buttercream sendiri.. Jadi or tak itu azyy tolak ketepi yang penting hasil kerja tangan azyy sendiri... 

SELAMAT HARI LAHIR BUAT TEMAN HIDUPKU...
Terima la hasil kerja tangan azyy untuk mu...

Kek Buttercream Yang Pertama Kali  Azyy Buat


23 Ogos 2012

MASAK ASAM IKAN TALANG

Resepi ini cukup mudah dan ia memang pembuka selera... sesuai juga untuk orang yang tgh berpantang.. TAPI AWAS, jangan makan banyak ketika pantang... he he he.

Bahan-bahan.

  • Ikan talang potong kecil
  • 1 ulas Bawang putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 biji cili kecil
  • Air asam jawa
  • sedikit belacan.
  • Sedikit minyak

Cara buat:
  1. Gorengkan ikan Talang digoreng dan biarkan ketepi
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dan kemudian masukkan ikan
  3. Kemudian masukkan belacan, air asam dan biarkan mendidih
  4. Kemudian masukkan cili kecil dan bawang besar
  5. Dan biarkan bawang besar layu dan hidangkan bersama nasi panas.

SELAMAT MENCUBA

Ayam Panggang

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang merah, putih dan halia (tumbuk)
  • Garam + kunyit
  • kicap 
  • Madu
  • Lada hitam dan lada sulah
Cara buat:
  1. Ayam dibasuh dan digaulkan kesmua bahan dan diperapkan selama 1-2 jam
  2. Kemudian Ayam dibakar selama 40 minit pada suhu 150darjah celcius
  3. Setelah masak dihidangkan bersama nasi panas dan sambal kicap

Sambal kicap:
Kicap + Hirisan bawang merah + Hirisan cili dan air asam limau

Kerabu Kacang Panjang

Bahan-bahan

  • Kacang Panjang (hiris halus)
  • Bunga kantan (Hiris halus)
  • Udang kering (Tumbuk)
  • Bawang Merah (Tumbuk)
  • Cili Burung ( Tumbuk)
  • Garam dan gula

Cara membuat:
Semua bahan digaulkan bersama dan dihidangkan bersama nasi panas

20 Ogos 2012

Selamat Hari Jadi Sayang (fitrah)


Hari ini (20/8)  Genap umur Akak Fitrah umur 3 tahun, Memang banyak kenangan manis yang tercipta, suka duka memang ada dalam hidup ini. Azyy selalu doakan agar Akak fitrah mnejadi manusia yang sebaik-baik kejadian. Dan setiap ibu yang berada dimuka bumi ini pun juga mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka..Mungkin kita sebagai ibu dan juga sebagai sebagai manusia mesti ada kekurangan tapi kekurangan yang ada pada kita la, azyy harap akan mematang  Akak fitrah dan juga Azyy sendiri... Apa pun SELAMAT HARI JADI UNTUK ANAK UMMI YANG TERSAYANG.. bersama ni azyy sertakan kenangan yang indah bersamamu sayang....

Atas kereta On The Way balik Perlis dari Kelantan.

Main usik-usik dengan abah
Selamat Malam



Makan pulut durian di Padang Besar, Perlis

Ini gambar Kakak Fitrah tahun 2012, gambar ini kesinanbungan entri Selamat Hari Jadi Sayang

Tengah tunggu keretapi sampai

Kakak fitrah berada di muzium kayang, Perlis

Beerpayung didalam rumah

Add caption

Kakak Fitrah Berapa dirumah Tok Wan

12 Ogos 2012

LAGU RAYA

Tinggal beberapa hari lagi kita nak berpuasa, minggu ni adalah minggu persiapan untuk pulang ke kampung... Rindu kampung halaman makin bertambah.. Segara perancangan telah diatur.. Azyy dah listkan apa yang nk dibuat..

Senarai yang telah azyy buat adalah
  • Senarai barang yang hendak dibawa balik
  • Senarai kuih raya yang nak buat
  • Senarai bajet yang ada
  • Senarai tempat yang akan azyy pergi
  • Senarai makanan yang azyy nak makan bila balik kampung
  • Senarai barang yang azyy nak beli bila ada dikampung
  • Senarai rumah yang azyy nak melawat...terutamanya rumah nenek azyy.
Memang tunggu masa je nak balik, dah sambil berkemas2 barang azyy pasang lagu raya... jom kita dengar sama2..


Ulam Bunga Betik

Kawan2 pernah tak makan ulam bunga betik...
Bunga betik ini memang cukup pahit tapi dipercayai memang cukup berkhasiat untuk badan.
Kali azyy nak share satu petua nak hilang sedikit pahit bunga betik ini:
MASA REBUS BUNGA BETIK TAMBAHKAN GULA DAN GARAM, insyaallah rasa pahit akan berkurangan..
SELAMAT MENCUBA....

google imej

Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan:


Bahan A
  • 220 gm planta
  • 100 gm gula
  • 8 sudu madu
Bahan B
  • 200 gm cornflakes
  • Ceri merah dan ceri hijau (potong kecil)
  • Kismis
  • Badam hiris (panggang 10 minit)
Cara membuat:
  1. Bahan A dimasak sehingga cair dengan menggunakan api kecil
  2. Kemudian masukkan ke dalam bahan B dan gaulkan sebati
  3. Masukkan kedalam Kertas cawan dan bakar selama 12-15 minit pada suhu 150 darjah celcius.

Resepi Tart Nanas Gulung

Puasa 2012, first time azyy buat biskut tart, kira jadi la.. cuma bentuk dia la tak berapa cantik.... first time katakan he he he he, tapi rasa dia memang leh puji la... Thanks mak kerana ajar azyy buat biskut tart nanas ni... belum azyy terlupa azyy nk buh dalam blog ini sebagai rujukkan azyy...


Bahan2..
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan planta (marjerin)
  • 1 biji telur
  • 4 cawan tepung gandum (kalau adunan lembik leh tambah g tepung gandum)
  • 1 cawan tepung jagung
  • sedikit esen vanila
  • Jem nanas
Hiasan
  • telur kuning
  • Sedikit susu pekat
  • Pewarna kuning
Campurkan bahan hiasan dan kacau sebati

Cara membuat:
  1. Pukulkan gula dengan planta sehingga sebati
  2. Kemudian masukkan telurkan kemudian pukul lagi dan tambahkan juga esen vanila dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung (sedikit demi sedikit sehingga dan uli adunan sehingga sebati
  4. Sediakan papan pencanai dan terapkan adunan dengan acuan tart gulung
  5. Pastikan bahagian bunganya berada dibawah 
  6. Tekanan adunan tersebut dengan memanjang dan potong mengikut kesukaan
  7. Kemudian letakkan jem nenas dan kemudian gulung
  8. Tetapkan diatas dulang dan kemudian sapukan bahan hiasan dan bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 15-20 minit

Selamat mencuba dan selamat hari raya pada semua muslim 

29 Julai 2012

Resepi Kuah Laksa

Kuah laksa


Bahan-bahan:
  • 1/2 kg ikan kembung(Temenu)*
  • 6 biji cabai kering*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 3-4 asam keping *
  • garam*
  • daun kantan
  • daun kesum
  • perasa + garam
  • 1.5 labu bawang merah
Cara-cara
  1. Semua bahan bertanda star(*), direbus dan biarkan sejuk
  2. Ambil ikan kemudian "perisi" dan blender dan masukkan dalam periuk
  3. Tulang ikan tersebut juga diblender dan ditapis dan airnya dimasukkan dalam periuk
  4. Sekali lagi bawang merah, cili kering(direbus) belacan diblender dan dimasukkan dalam periuk
  5. Kemudian masukan Lengkus(direbus td), asam keping (direbus td), bunga kantan, bunga kesum, garam, perasa dan semua bahan tersebut dimasak
  6. Kemudian hidangkan bersama laksa
Kalau kat perlis biasa, kuah laksa dihidangkan dengan laksa segera. Dan untuk 1 kg ikan biasanya untuk 2 pakej laksa segera..

EGG BENEFICT

Kadang2 kita akan mencari kelainan dalam menyediakan menu harian, Oleh itu azyy selalu menjenguk blog2 kat luar sana. Resepi egg benefict ini memang cukup senang dan sedap, nyummy.. nyummy..nyummy.

Bahan2

  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih (dibuang tepinya dan disapu butter)
  • lada hitam (halus)
  • Sedikit butter or majerin
  • Garam
Cara-cara

  1. Bekas muffin disapu butter dan roti diletakkan dalam bekas muffin 
  2. Garam dan lada hitam ditabur diatas roti dan kemudian telur dipecahkan dan diletakkan roti
  3. Sekali lagi lada hitam dan garam ditaburkan diatas telur
  4. Roti dibakar selama 15-20 minit dengan suhu 170 darjah celcius
Sebelum dibakar

yummy



ps: untuk bahan tersebut jika suka boleh tambah keju dan dihidangkan dengan sup.. Selamat mencuba

SUMBER: myresepi

23 Julai 2012

Kuih lapis

First azyy nak ucapkan terima kasih pada satu penulis blog kerana sudi kongsi satu resepi mudah, alhamdulillah resepi kuih lapis azyy buat ini menjadi...  Jom azyy share bahan dan cara membuatnya...

Bahan2:


  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawab tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir ( azyy kurangkan)
  • 8 cawan santan (tidak pekat)
  • sedikit garam
  • Pewarna ikut kesukaan
Cara buat:
  1. Blender semua bahan sehingga semua bahan sebati dan halus
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna yang disukaai (azyy buh warna ungu dan kuning)
  3. Loyang disapu minnyak atau dilapit plastik untuk memudahkan  dan dan kukuskan loyang
  4. kemudian 1 cawan aduanan diletak dalam loyang dan kukus mengikut warna
  5. Setiap lapisan warna dikukus selama 2 minit
  6. Lapisan terakhir dikukus selama 15-20 minit
  7. Angkat dan sejuk kemudian baru dipotong.




21 Julai 2012

Juadah berbuka Puasa 2012

Alhamdulillah, ni dah kali ke-4 azyy berbuka puasa bersama Kakak Fitrah, Seperti tahun lepas azyy menyenaraikan semua hidangan berbuka puasa dan bersahur. Kali ini azyy dah ada tema berbuka dan bersahur. Dan ianya penuh kesederhanaan.. Azyy harap azyy dapat menghayati dan manfaatkan bulan Ramadhan ini.. Jom tgk senarai juadah azyy tahun ni dan TAHUN LEPAS,

SATU RAMADHAN

Bersahur:
Nasi goreng berlada

Berbuka :
Koew teow kuah berlada
Kek karemal
Nasi Goreng telur
Martabak (mak fitrah bagi)

Ayam masak kicap (mak fitrah bagi) + Nasi putih (*malam)

DUA RAMADHAN

Bersahur:
Tak sedar

Berbuka :
Balik rumah mak mentua
Nasi
Ayam goreng
Ikan goreng sumbat
Gulai daging
Sambal belacan + ulam
Cucur udang + karipap


3 RAMADHAN

Bersahur:
Tk sedar

Berbuka
Keow Teow Bandung
Kuih lapis
Ketupat, samosa, popia, martabak mini, martabak (mak fitrah bagi)
air oren + air masak


4 RAMADHAN

Bersahur :
Nasi putih
Ikan kerisi goreng
Sayur Goreng
Air Teh O Ais

Berbuka :
Keow teow Tomyam
Air Soya


5 RAMADHAN

Bersahur:
Nasi putih
Tomyam
Ayam masak kunyit berlada
Air Teh O Suam

Berbuka: (Makan luar)
Nasi kandar
Sushi
Roti
Air Kosong + Teh Ais


6 RAMADHAN

Bersahur:
Roti bakar
Egg Benefict
Sup Cendawan
Air Teh + Air Kosong

Berbuka:
Berbuka rumah mak saudara (mokna)
Roti John
Nasi
Gulai rebung tulang daging
Telur masin
Sambal belacan
Sayur campur goreng
Kentang weges
Air tebu + air soya


7 RAMADHAN
Bersahur
Tak sedar ( he he he keletihan)

Berbuka
Berbuka dirumah mentua
Nasi lemak + Ikan BIlis + Telur
Nasi putih
Ayam goreng
Ayam pecik
Ikan sumbat
Sayur manis betik
Ulam daun kadok
Sambal belacan
Tomyam (azyy buat)
Air teh, air masak, Air oren + Air cream soda


8 RAMADHAN

Bersahur:
Dirumah mentua
Nasi Goreng
Cucur cempedak
Air susu, Air Masak, Air Kopi

Berbuka
Dirumah mentua
Nasi kandar
Nasi putih
Gulai sotong
Ikan goreng
Sayur manis petola
Ulam petai
Sambal belacan
Air tebu, Air cream soda, Air teh O, Air Masak


9 RAMADHAN

Bersahur:
Egg Benefict
Air teh O panas, Air masak

Berbuka :
Laksa 
Air Oren


10 RAMADHAN

Bersahur
Ayam goreng
Ayam masak berlada
Nasi putih
Laksa
Air strawberry + air masak

Berbuka:
Nasi putih
Sambal petai udang (mak fitrah bagi)
Ayam Goreng
Taufu telur berkuah
Kurma
Air Oren + air masak


11 RAMADHAN

Bersahur :
Roti bakar + susu (permintaan b kerana ingat makanan mentua)
Kurma
Air teh + Air masak.

 Berbuka:
Set piza hut ( Piza Seri Kasturi)
Buah rambutan
Air Masak, Air coke, Air blakcurrent


12 RAMADHAN

Bersahur:
Piza + roti bakar
Air masak

Berbuka:
Keow Teow Goreng
Kurma
Air Milo Ais + Air Masak


13 RAMADHAN

Bersahur :
Roti Bakar
Air masak

Berbuka:
Spagghetti
Keow teow
Ayam Goreng
Kurma
Pisang
Tau fu fa
Air masak + air oren

14 RAMADHAN

Bersahur:
Tidak sedar

Berbuka:
balik berbuka di rumah mentua
Nasi putih
Asam Pedas
Sayur manis petola
Kepah rebus
Gulai ketam
Ikan goreng
Ulam petai, pucuk kari, bunga betik
Air Masak, Air blackcurrent, air Teh


15 RAMADHAN

Bersahur:
Masih dirumah mentua
Nasi putih,
Sambal bilis
Telur masin
Air kopi

Berbuka
Masih dirumah mentua
Nasi putih
Ikan bakar
Gulai lemak daun mengkudu
Sayur manis petola
Masak daging berlada
Ulam petai dan bunga betik
Cucur udang, roti canai
Air blackcurrent, soya, dan air masak

16 RAMADHAN

Bersahur:
Snack coklat,
sosej goreng
Batang buruk
air milo n air masak

Berbuka
Bihun sup
Kek pisang
Kurma + pisang
Air Oren  + air masak

17 RAMADHAN

Bersahur :
Nasi goreng berlada
Air teh

Berbuka:
Nasi kandar
Daging masak kicap
Sambal sotong
Sirap Cincau


18 RAMADHAN

Bersahur:
Nasi putih
Ikan bilis masak kicap
Telur dadar
Ikan kering goreng


Berbuka:
Mee goreng
Kurma
Air soya cincau + air masak

19 RAMADHAN

Bersahur :
Roti bakar + susu
Air milo

Berbuka :
Mee kari
Air soya

20 RAMADHAN

Bersahur:
Roti bakar + susu
Air milo

Berbuka
Nasi putih
Kurma kambing
Sayur goreng
Telur masin


21 RAMADHAN

Bersahur:
Roti bakar + susu

Berbuka





16 Julai 2012

Cucur Roti

Azyy gemar makan roti, malah roti adalah makanan yang cepat disediakan apabila azyy kesuntukkan masa. Walau bagaimanapun, kadang kala azyy ada juga rasa jemu nak makan sahaja roti, tapi kalau masih ada sisa roti takkan kita nak buang so azyy suka gorengnya macam goreng pisang tetapi azyy ubah suaikan mengikut selera azyy. Resepi ini azyy ambik daripada makcik azyy yang memang suka masak.. Jom ikut langkah penyediaan cucur roti tersebut

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket tepung ranggup
  • sedikt jintan putih dan jintan manis *
  • Sedikit lada kering *
  • Ikan bilis*
  • Garam dan gula
  • air
  • 4 keping roti (potong 6)

Cara penyediaan
  1. Semua bahan yang bertanda * diblender dan digaul dengan tepung ranggup 
  2. Kemudian bancuhkan bahan yang digaul tersebut dengan air ( seperti bancuhan goreng pisang) dan masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Kemudian celupkan roti dalam bancuhan tersebut dan digoreng
  4. Hidangkan cucur roti bersama dengan sos..




Selamat mencuba

09 Julai 2012

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI CINDAI KLASIK PERLIS

Objektif azyy bila jalan2 cari makan adalah mencuba sesuatu yang baru, kecuali bila suatu kedai itu menyediakan makan sudah biasa azyy makan maka azyy akan pilih makanan kegemaran azyy..

Kali ini azyy nak kongsi yang menarik dan suasana yang selesa iaitu CINDAI KLASIK. Kedai ini berada di Seriab Perlis. Azyy suka order makanan barat kat sana... memang4 sedap...selain itu kedai ini juga menyediakan masakan panas dan berlauk(tengahari). Harga juga berpatutan.

Kali ini azyy nak kongsi satu makan yang memang jarang ada tempat lain.. tetapi ada di CINDAI KLASIK, iaitu COMMANDO FRIES... Aaaaaaaaapa itu COMMANDO FRIES da da da da da, jom tgk dulu gambar cOMMANDO FRIES ini dulu.....

Hidangan yang berbeza dari biasa

Sedap

Tu dia kan... dah licin, Kedai memang selesa dan mempunyai tema yang tersendiri.. Cukup klasik tetapi cukup cantik. Kedai ini hanya 5-7 minit dari pekan kangar dan mudah dicari

Tempat makan yang selesa

Tempat makan yang cantik dan elegan

Apa yang berbeza hidangan jejari kentang ini adalah hidangan ini disediakan dalam bentuk masakan melayu jom azyy kongsi macam mana cara hidangan melalui pemerhatian azyy..

Bahan-bahan:

  • Jejari kentang (goreng dahulu dan kemudian biarkan )
  • 1 labu bwang besar (hiris)
  • 5 biji lada kecil (tumbuk pecah sedikit)
  • ikan bilis
  • sedikit serbuk kunyit
  • dan hirisan asam limau
  • 2 sudu minyak masak
Cara masak:
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak
  2. Gorengkan ikan bilis dan kemudian masukkan bawang
  3. dan kemudian masukkan lada dan jejari kentang yang telah digoreng
  4. Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam, kacau sebati
  5. Selepas itu hidangkan bersama dengan hirisan limau..
Selamat mencuba...


07 Julai 2012

JALAN-JALAN DI PADANG BESAR, PERLIS

Kalau sebut PADANG BESAR, sudah tergambar satu tempat shopping untuk golongan wanita, Best???
U all jangan tanya azyy coz azyy suka jawap BEST OR NOT terletak itu pada hati. Apa yang ada kat sana???
Kalau pergi kat sana u all boleh dapatkan

  • bag
  • baju
  • makanan thai
  • makanan melayu
  • bunga
  • periuk 
  • kasut
  • jersey
  • dll g
Kalau nak hitung memang tak terbilang. Bermacam-macam g yang u all leh dapat, cuma SEDIAKAN DUIT BANYAK2.
Azyy suka pergi sana untuk melihat gelagat orang,dengan pelbagai banyak ragam, kalau dah pergi sana mesti azyy mesti menjamu selera... Kalau dulu, tiap2 minggu azyy pergi sana, Biasanya azyy akan pergi PADANG BESA belah siam, ianya mengambil masa 5 minit sahaja nak sampai dari PADANG BESAR MALAYSIA..
tapi kalau dah pergi belah sana, kena tahu ya benda yang boleh dan tidak boleh bawa masuk ke MALAYSIA...  Kalau ada kesempatan or ada masa nati azyy akan buat entri sal PADANG BESA siam..
Jom cuci mata gambar fitrah dan makanan yang azyy ambil kat Padang Besar Malaysia...

Fresh oren kegemaran kakak fitrah

Pulut durian kegemaran kakak fitrah

Kedai yang kami makan dan sebahagian menu yang ada kat sana

tomyam penuh cabai tapi sangat sedap

Bukan kereta azyy, tapi azyy cukup minat dengan kereta ni


Kalau u all pergi sana, jangan sesekali tidak mencuba makanan sana, jika dah cuba mesti mahu datang lagi . Jika u all nak dapatkan harga barang kat sana dengan harga berpatutan, cuba elakkan datang pada musim cuti sekolah or buatlah tawar menawar dengan penjual kat sana. Insyaallah akan berbaloi sampai disana...

01 Julai 2012

RESTORAN MEE UDANG DAN MEE KETAM BERASAP

Kali ini Azyy nak share satu kedai makan kat Perlis... Memang dah jadi kebiasaan bagi Azyy dan keluarga untuk memcuba sesuatu makanan yang baru terutama yang berada di Perlis. Kali ini pilihan kedai pilihan kami ialah RESTORAN MEE UDANG DAN MEE KETAM BERASAP.. Dengar nama sahaja dah tahu menu kita tahu mee utama dia... Yang penting layanan dan perkhidmatan kedai ini memang memuaskan... JOM KITA LAYAN GAMBAR YANG SEMPAT AZYY SNAP....


Siap ada no telepon utnuk tempahan


Berhampiran dengan Kedai 1 Malaysia Perlis
Salah satu menu utama MEE UDANG KETAM




BUGER SEDAP!!!!

BUGER SIHAT grill n stim sahaja
Kali ini Azyy tak sempat nak lukis peta ringkas. dan untuk mencari arah restoran ini dengan mudah  adalah dengan mencari Taman Perumahan MASMUDA kerana lokasi restoran ini berhadapan dengan taman tersebut

LAGU BENGANG - MANTERA


Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Telah aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
Denganku seharian, akan meneggelamkan
Keakuan… aaa… aaa
Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
Untuk ku memiliki
Cinta dulu asalnya, aku yang punya
Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan 2X

24 Jun 2012

MUNGKINKAH TERJADI

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi



22 Jun 2012

TINGGAL KENANGAN - SALEM

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kua Pergi Meninggalkan Diriku
Di sini aku Merindukan Dirimu oohh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu 
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada RAsa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin Ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Disini aku Merindukan Dirimu oohh
Kini Ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi KAn Seperti Dirimu 
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan.



21 Jun 2012

Ayat Cinta

Dalam mimpi, engkau telah memberikan banyak kenangan yang indah buatku. Itu sudah memadai.

 


20 Jun 2012

HAPPY FATHER'S DAY

Happy Father's Day untuk semua bapa-bapa yang berada diluar sana.. Mungkin agak terlewat untuk azyy ucapkan tapi terima la ucapan dari azyy seikhlas hati untuk semua lelaki yang berstatus AYAH... Ini mengingatikan azyy pada arwah ayah.. Azyy rindu sangat pada dia...
Hari bapa kali ini, azyy sambut biasa2 sahaja, kerana b kerja... so masa yang banyak terluang, azyy habiskan bersama fitrah dirumah,dan walaupun fitrah masih kecil untk mengerti apa itu hari bapa tapi dia cukup teruja untuk meraikannya... beberapa minggu dah azyy duk fikir nak buat apa kerana apa yang penting  untuk masak dengan air tangan azyy sendiri... last2 azyy buat pulut kuning + rendang daging... Fitrah panggil KEK PULUIT.. ha ha ha , lawak kan dengan loghat Perlis.... 

Alhamdulillah, menjadi jgk pulut kuning ni

Rendang Daging

Pulut kuning bersama telur puyuh

19 Jun 2012

FITRAH PHOTOGRAPHER II

Entri ini dalah sambungan daripada entri yang terdahulu (FITRAH PHOTOGRAHPER), Akak fitrah ambil guna kamera Olympus..


Akak ambil sendiri gambar ini


Pasu bunga ummi

Mainan Akak fitrah (pakcik D yang bagi)

Anak patung kakak fitrah, abah beli kat cameran highland

Botol susu kakak fitrah

Nama : Fitrah Nur 'Afaf Zahraa
Umur : 2 tahun 10 bulan
Hobi : Ambil gambar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...