Suatu hari akak fitrah pergi pasar malam dengan abah dia. Biasanya azyy akan ikut sekali, tapi oleh kerana keletihan azyy biarkan dua beranak pergi...
Bila balik dari pasar malam, Akak fitrah bercerita apa yang dia nampak dan yang dibuat kat pasar malam...
Fitrah : Ummi Akak pergi pasar malam dengan abah..
Ummi : Akak naik apa pergi sana?
Fitrah : Akak naik kereta. pasar malam ni gelap la ummi
Ummi : (Azyy jarang pergi pasar malam waktu malam, biasanya azyy akan pergi pasar malam belah petang )
Oooooo, gelap ker? Akak beli apa kat sana?
Fitrah : Akak beli air limau je ( Air kegemaran fitrah), lepas tu akak nampak baby merangkak. Baby tu pakai pampers saja, seluar tak pakai.
ummi : Baju pun tak pakai ker?
Fitrah : Baju pakai... Baby itu pakai pampers saja dengan baju (Merangkak, takkan la mak baby tu bagi baby tu merangkak kat pasar malam dengan seluar tak pakai, mesti luka lutut baby tu, fikir azyy)
: lepas tu akak nampak bas kat pasar malam ( dalam hati azyy, ramainya orang datang pasar malam siap ada bas g)
: lepas itu akak nampak ular 2 ekor (eh, bila lak pertunjukkan ular ada kat kat pasar malam tu)
Ummi : Akak takut tak dengan ular?
Fitrah : Takut!!!!! , ular tu besar
: Ummi, baby tu merangkak nak ambil kucing, kucing tu duk meow meow
Ummi : Dapat tak?
Fitrah : Tak dpt la ummi, tersekat dengan kayu ($@#@$#, dalam hati azyy tersekat dengan kayu?)
Ummi : Akak, Baby tu merangkak atas apa?
Fitrah : Merangkak atas kayu... Banyak! baby tu dalam KOTAK...
Ummi : (Azyy ketawa dalam hati, ha ha ha ha) tapi azyy dah oleh agak dah apa yang diceritak oleh fitrah tu
: Akak bas tu ada banyak ker?
Fitrah : banyak... duk dalam kotak jgk... ular je ada 2 ekor..
Ha ha ha ha, dalam banyak2 benda(ikan, sayur, makan, ayam, baju) yang ada kat pasar malam itu yang tu sahaja yang akak fitrah lebih fokus. Semua benda yang akak fitrah cakap itu adalah MAINAN
Nama : Fitrah Nur 'afaf Zahraa
Umur : 3 tahun 2 bulan
Hobi : Bercerita
raptor doublemax slot
10 bulan yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan