29 Julai 2012

Resepi Kuah Laksa

Kuah laksa


Bahan-bahan:
  • 1/2 kg ikan kembung(Temenu)*
  • 6 biji cabai kering*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 3-4 asam keping *
  • garam*
  • daun kantan
  • daun kesum
  • perasa + garam
  • 1.5 labu bawang merah
Cara-cara
  1. Semua bahan bertanda star(*), direbus dan biarkan sejuk
  2. Ambil ikan kemudian "perisi" dan blender dan masukkan dalam periuk
  3. Tulang ikan tersebut juga diblender dan ditapis dan airnya dimasukkan dalam periuk
  4. Sekali lagi bawang merah, cili kering(direbus) belacan diblender dan dimasukkan dalam periuk
  5. Kemudian masukan Lengkus(direbus td), asam keping (direbus td), bunga kantan, bunga kesum, garam, perasa dan semua bahan tersebut dimasak
  6. Kemudian hidangkan bersama laksa
Kalau kat perlis biasa, kuah laksa dihidangkan dengan laksa segera. Dan untuk 1 kg ikan biasanya untuk 2 pakej laksa segera..

EGG BENEFICT

Kadang2 kita akan mencari kelainan dalam menyediakan menu harian, Oleh itu azyy selalu menjenguk blog2 kat luar sana. Resepi egg benefict ini memang cukup senang dan sedap, nyummy.. nyummy..nyummy.

Bahan2

  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih (dibuang tepinya dan disapu butter)
  • lada hitam (halus)
  • Sedikit butter or majerin
  • Garam
Cara-cara

  1. Bekas muffin disapu butter dan roti diletakkan dalam bekas muffin 
  2. Garam dan lada hitam ditabur diatas roti dan kemudian telur dipecahkan dan diletakkan roti
  3. Sekali lagi lada hitam dan garam ditaburkan diatas telur
  4. Roti dibakar selama 15-20 minit dengan suhu 170 darjah celcius
Sebelum dibakar

yummy



ps: untuk bahan tersebut jika suka boleh tambah keju dan dihidangkan dengan sup.. Selamat mencuba

SUMBER: myresepi

23 Julai 2012

Kuih lapis

First azyy nak ucapkan terima kasih pada satu penulis blog kerana sudi kongsi satu resepi mudah, alhamdulillah resepi kuih lapis azyy buat ini menjadi...  Jom azyy share bahan dan cara membuatnya...

Bahan2:


  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawab tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir ( azyy kurangkan)
  • 8 cawan santan (tidak pekat)
  • sedikit garam
  • Pewarna ikut kesukaan
Cara buat:
  1. Blender semua bahan sehingga semua bahan sebati dan halus
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna yang disukaai (azyy buh warna ungu dan kuning)
  3. Loyang disapu minnyak atau dilapit plastik untuk memudahkan  dan dan kukuskan loyang
  4. kemudian 1 cawan aduanan diletak dalam loyang dan kukus mengikut warna
  5. Setiap lapisan warna dikukus selama 2 minit
  6. Lapisan terakhir dikukus selama 15-20 minit
  7. Angkat dan sejuk kemudian baru dipotong.




21 Julai 2012

Juadah berbuka Puasa 2012

Alhamdulillah, ni dah kali ke-4 azyy berbuka puasa bersama Kakak Fitrah, Seperti tahun lepas azyy menyenaraikan semua hidangan berbuka puasa dan bersahur. Kali ini azyy dah ada tema berbuka dan bersahur. Dan ianya penuh kesederhanaan.. Azyy harap azyy dapat menghayati dan manfaatkan bulan Ramadhan ini.. Jom tgk senarai juadah azyy tahun ni dan TAHUN LEPAS,

SATU RAMADHAN

Bersahur:
Nasi goreng berlada

Berbuka :
Koew teow kuah berlada
Kek karemal
Nasi Goreng telur
Martabak (mak fitrah bagi)

Ayam masak kicap (mak fitrah bagi) + Nasi putih (*malam)

DUA RAMADHAN

Bersahur:
Tak sedar

Berbuka :
Balik rumah mak mentua
Nasi
Ayam goreng
Ikan goreng sumbat
Gulai daging
Sambal belacan + ulam
Cucur udang + karipap


3 RAMADHAN

Bersahur:
Tk sedar

Berbuka
Keow Teow Bandung
Kuih lapis
Ketupat, samosa, popia, martabak mini, martabak (mak fitrah bagi)
air oren + air masak


4 RAMADHAN

Bersahur :
Nasi putih
Ikan kerisi goreng
Sayur Goreng
Air Teh O Ais

Berbuka :
Keow teow Tomyam
Air Soya


5 RAMADHAN

Bersahur:
Nasi putih
Tomyam
Ayam masak kunyit berlada
Air Teh O Suam

Berbuka: (Makan luar)
Nasi kandar
Sushi
Roti
Air Kosong + Teh Ais


6 RAMADHAN

Bersahur:
Roti bakar
Egg Benefict
Sup Cendawan
Air Teh + Air Kosong

Berbuka:
Berbuka rumah mak saudara (mokna)
Roti John
Nasi
Gulai rebung tulang daging
Telur masin
Sambal belacan
Sayur campur goreng
Kentang weges
Air tebu + air soya


7 RAMADHAN
Bersahur
Tak sedar ( he he he keletihan)

Berbuka
Berbuka dirumah mentua
Nasi lemak + Ikan BIlis + Telur
Nasi putih
Ayam goreng
Ayam pecik
Ikan sumbat
Sayur manis betik
Ulam daun kadok
Sambal belacan
Tomyam (azyy buat)
Air teh, air masak, Air oren + Air cream soda


8 RAMADHAN

Bersahur:
Dirumah mentua
Nasi Goreng
Cucur cempedak
Air susu, Air Masak, Air Kopi

Berbuka
Dirumah mentua
Nasi kandar
Nasi putih
Gulai sotong
Ikan goreng
Sayur manis petola
Ulam petai
Sambal belacan
Air tebu, Air cream soda, Air teh O, Air Masak


9 RAMADHAN

Bersahur:
Egg Benefict
Air teh O panas, Air masak

Berbuka :
Laksa 
Air Oren


10 RAMADHAN

Bersahur
Ayam goreng
Ayam masak berlada
Nasi putih
Laksa
Air strawberry + air masak

Berbuka:
Nasi putih
Sambal petai udang (mak fitrah bagi)
Ayam Goreng
Taufu telur berkuah
Kurma
Air Oren + air masak


11 RAMADHAN

Bersahur :
Roti bakar + susu (permintaan b kerana ingat makanan mentua)
Kurma
Air teh + Air masak.

 Berbuka:
Set piza hut ( Piza Seri Kasturi)
Buah rambutan
Air Masak, Air coke, Air blakcurrent


12 RAMADHAN

Bersahur:
Piza + roti bakar
Air masak

Berbuka:
Keow Teow Goreng
Kurma
Air Milo Ais + Air Masak


13 RAMADHAN

Bersahur :
Roti Bakar
Air masak

Berbuka:
Spagghetti
Keow teow
Ayam Goreng
Kurma
Pisang
Tau fu fa
Air masak + air oren

14 RAMADHAN

Bersahur:
Tidak sedar

Berbuka:
balik berbuka di rumah mentua
Nasi putih
Asam Pedas
Sayur manis petola
Kepah rebus
Gulai ketam
Ikan goreng
Ulam petai, pucuk kari, bunga betik
Air Masak, Air blackcurrent, air Teh


15 RAMADHAN

Bersahur:
Masih dirumah mentua
Nasi putih,
Sambal bilis
Telur masin
Air kopi

Berbuka
Masih dirumah mentua
Nasi putih
Ikan bakar
Gulai lemak daun mengkudu
Sayur manis petola
Masak daging berlada
Ulam petai dan bunga betik
Cucur udang, roti canai
Air blackcurrent, soya, dan air masak

16 RAMADHAN

Bersahur:
Snack coklat,
sosej goreng
Batang buruk
air milo n air masak

Berbuka
Bihun sup
Kek pisang
Kurma + pisang
Air Oren  + air masak

17 RAMADHAN

Bersahur :
Nasi goreng berlada
Air teh

Berbuka:
Nasi kandar
Daging masak kicap
Sambal sotong
Sirap Cincau


18 RAMADHAN

Bersahur:
Nasi putih
Ikan bilis masak kicap
Telur dadar
Ikan kering goreng


Berbuka:
Mee goreng
Kurma
Air soya cincau + air masak

19 RAMADHAN

Bersahur :
Roti bakar + susu
Air milo

Berbuka :
Mee kari
Air soya

20 RAMADHAN

Bersahur:
Roti bakar + susu
Air milo

Berbuka
Nasi putih
Kurma kambing
Sayur goreng
Telur masin


21 RAMADHAN

Bersahur:
Roti bakar + susu

Berbuka





16 Julai 2012

Cucur Roti

Azyy gemar makan roti, malah roti adalah makanan yang cepat disediakan apabila azyy kesuntukkan masa. Walau bagaimanapun, kadang kala azyy ada juga rasa jemu nak makan sahaja roti, tapi kalau masih ada sisa roti takkan kita nak buang so azyy suka gorengnya macam goreng pisang tetapi azyy ubah suaikan mengikut selera azyy. Resepi ini azyy ambik daripada makcik azyy yang memang suka masak.. Jom ikut langkah penyediaan cucur roti tersebut

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket tepung ranggup
  • sedikt jintan putih dan jintan manis *
  • Sedikit lada kering *
  • Ikan bilis*
  • Garam dan gula
  • air
  • 4 keping roti (potong 6)

Cara penyediaan
  1. Semua bahan yang bertanda * diblender dan digaul dengan tepung ranggup 
  2. Kemudian bancuhkan bahan yang digaul tersebut dengan air ( seperti bancuhan goreng pisang) dan masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Kemudian celupkan roti dalam bancuhan tersebut dan digoreng
  4. Hidangkan cucur roti bersama dengan sos..




Selamat mencuba

09 Julai 2012

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI CINDAI KLASIK PERLIS

Objektif azyy bila jalan2 cari makan adalah mencuba sesuatu yang baru, kecuali bila suatu kedai itu menyediakan makan sudah biasa azyy makan maka azyy akan pilih makanan kegemaran azyy..

Kali ini azyy nak kongsi yang menarik dan suasana yang selesa iaitu CINDAI KLASIK. Kedai ini berada di Seriab Perlis. Azyy suka order makanan barat kat sana... memang4 sedap...selain itu kedai ini juga menyediakan masakan panas dan berlauk(tengahari). Harga juga berpatutan.

Kali ini azyy nak kongsi satu makan yang memang jarang ada tempat lain.. tetapi ada di CINDAI KLASIK, iaitu COMMANDO FRIES... Aaaaaaaaapa itu COMMANDO FRIES da da da da da, jom tgk dulu gambar cOMMANDO FRIES ini dulu.....

Hidangan yang berbeza dari biasa

Sedap

Tu dia kan... dah licin, Kedai memang selesa dan mempunyai tema yang tersendiri.. Cukup klasik tetapi cukup cantik. Kedai ini hanya 5-7 minit dari pekan kangar dan mudah dicari

Tempat makan yang selesa

Tempat makan yang cantik dan elegan

Apa yang berbeza hidangan jejari kentang ini adalah hidangan ini disediakan dalam bentuk masakan melayu jom azyy kongsi macam mana cara hidangan melalui pemerhatian azyy..

Bahan-bahan:

  • Jejari kentang (goreng dahulu dan kemudian biarkan )
  • 1 labu bwang besar (hiris)
  • 5 biji lada kecil (tumbuk pecah sedikit)
  • ikan bilis
  • sedikit serbuk kunyit
  • dan hirisan asam limau
  • 2 sudu minyak masak
Cara masak:
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak
  2. Gorengkan ikan bilis dan kemudian masukkan bawang
  3. dan kemudian masukkan lada dan jejari kentang yang telah digoreng
  4. Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam, kacau sebati
  5. Selepas itu hidangkan bersama dengan hirisan limau..
Selamat mencuba...


07 Julai 2012

JALAN-JALAN DI PADANG BESAR, PERLIS

Kalau sebut PADANG BESAR, sudah tergambar satu tempat shopping untuk golongan wanita, Best???
U all jangan tanya azyy coz azyy suka jawap BEST OR NOT terletak itu pada hati. Apa yang ada kat sana???
Kalau pergi kat sana u all boleh dapatkan

  • bag
  • baju
  • makanan thai
  • makanan melayu
  • bunga
  • periuk 
  • kasut
  • jersey
  • dll g
Kalau nak hitung memang tak terbilang. Bermacam-macam g yang u all leh dapat, cuma SEDIAKAN DUIT BANYAK2.
Azyy suka pergi sana untuk melihat gelagat orang,dengan pelbagai banyak ragam, kalau dah pergi sana mesti azyy mesti menjamu selera... Kalau dulu, tiap2 minggu azyy pergi sana, Biasanya azyy akan pergi PADANG BESA belah siam, ianya mengambil masa 5 minit sahaja nak sampai dari PADANG BESAR MALAYSIA..
tapi kalau dah pergi belah sana, kena tahu ya benda yang boleh dan tidak boleh bawa masuk ke MALAYSIA...  Kalau ada kesempatan or ada masa nati azyy akan buat entri sal PADANG BESA siam..
Jom cuci mata gambar fitrah dan makanan yang azyy ambil kat Padang Besar Malaysia...

Fresh oren kegemaran kakak fitrah

Pulut durian kegemaran kakak fitrah

Kedai yang kami makan dan sebahagian menu yang ada kat sana

tomyam penuh cabai tapi sangat sedap

Bukan kereta azyy, tapi azyy cukup minat dengan kereta ni


Kalau u all pergi sana, jangan sesekali tidak mencuba makanan sana, jika dah cuba mesti mahu datang lagi . Jika u all nak dapatkan harga barang kat sana dengan harga berpatutan, cuba elakkan datang pada musim cuti sekolah or buatlah tawar menawar dengan penjual kat sana. Insyaallah akan berbaloi sampai disana...

01 Julai 2012

RESTORAN MEE UDANG DAN MEE KETAM BERASAP

Kali ini Azyy nak share satu kedai makan kat Perlis... Memang dah jadi kebiasaan bagi Azyy dan keluarga untuk memcuba sesuatu makanan yang baru terutama yang berada di Perlis. Kali ini pilihan kedai pilihan kami ialah RESTORAN MEE UDANG DAN MEE KETAM BERASAP.. Dengar nama sahaja dah tahu menu kita tahu mee utama dia... Yang penting layanan dan perkhidmatan kedai ini memang memuaskan... JOM KITA LAYAN GAMBAR YANG SEMPAT AZYY SNAP....


Siap ada no telepon utnuk tempahan


Berhampiran dengan Kedai 1 Malaysia Perlis
Salah satu menu utama MEE UDANG KETAM




BUGER SEDAP!!!!

BUGER SIHAT grill n stim sahaja
Kali ini Azyy tak sempat nak lukis peta ringkas. dan untuk mencari arah restoran ini dengan mudah  adalah dengan mencari Taman Perumahan MASMUDA kerana lokasi restoran ini berhadapan dengan taman tersebut

LAGU BENGANG - MANTERA


Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Telah aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
Denganku seharian, akan meneggelamkan
Keakuan… aaa… aaa
Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
Untuk ku memiliki
Cinta dulu asalnya, aku yang punya
Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan 2X

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...