16 Julai 2012

Cucur Roti

Azyy gemar makan roti, malah roti adalah makanan yang cepat disediakan apabila azyy kesuntukkan masa. Walau bagaimanapun, kadang kala azyy ada juga rasa jemu nak makan sahaja roti, tapi kalau masih ada sisa roti takkan kita nak buang so azyy suka gorengnya macam goreng pisang tetapi azyy ubah suaikan mengikut selera azyy. Resepi ini azyy ambik daripada makcik azyy yang memang suka masak.. Jom ikut langkah penyediaan cucur roti tersebut

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket tepung ranggup
  • sedikt jintan putih dan jintan manis *
  • Sedikit lada kering *
  • Ikan bilis*
  • Garam dan gula
  • air
  • 4 keping roti (potong 6)

Cara penyediaan
  1. Semua bahan yang bertanda * diblender dan digaul dengan tepung ranggup 
  2. Kemudian bancuhkan bahan yang digaul tersebut dengan air ( seperti bancuhan goreng pisang) dan masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Kemudian celupkan roti dalam bancuhan tersebut dan digoreng
  4. Hidangkan cucur roti bersama dengan sos..




Selamat mencuba

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...