29 Julai 2012

Resepi Kuah Laksa

Kuah laksa


Bahan-bahan:
  • 1/2 kg ikan kembung(Temenu)*
  • 6 biji cabai kering*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 3-4 asam keping *
  • garam*
  • daun kantan
  • daun kesum
  • perasa + garam
  • 1.5 labu bawang merah
Cara-cara
  1. Semua bahan bertanda star(*), direbus dan biarkan sejuk
  2. Ambil ikan kemudian "perisi" dan blender dan masukkan dalam periuk
  3. Tulang ikan tersebut juga diblender dan ditapis dan airnya dimasukkan dalam periuk
  4. Sekali lagi bawang merah, cili kering(direbus) belacan diblender dan dimasukkan dalam periuk
  5. Kemudian masukan Lengkus(direbus td), asam keping (direbus td), bunga kantan, bunga kesum, garam, perasa dan semua bahan tersebut dimasak
  6. Kemudian hidangkan bersama laksa
Kalau kat perlis biasa, kuah laksa dihidangkan dengan laksa segera. Dan untuk 1 kg ikan biasanya untuk 2 pakej laksa segera..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...