22 Mac 2011

LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN KULIT BAGI REMAJA

Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah

  1. Membersihkan kulit dengan.
  • Mandi 1 ke 2 sehari, lebih lagi sekiranya amda berpeluh dengan banyak
  • Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.
  • Pengunaaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
  • Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
  • Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit

    2.  Gunakan pelembap selepas mandi
  • Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
  • Minyak bayi(baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
  • Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap

    3.  Gunakan toner
  • Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya

    4.  Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata
  • Ia boleh mengurangkan keradang pada kulit mata yang nipis dan sensitif

   5. Lindungi kulit daripada cahaya matahari
  • Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
  • Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hungga 3 jam selepas berenang.

   6. Bersenam
  • Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit Ia juga mengekalkan kesihatan kulit

    8.  Amalkan memakan makanan
  • Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
  • Sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin

    9.  Tidak Merokok
  • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
  • Boleh menyebabkan kanser

17 Mac 2011

CENDAWAN...

Bila sebt pasal cendawan ni teringat masa zaman kecil dulu.... ya la mak aku sellu masak cendawan sebagi hidangan...  mengikut salah satu laman web yang aku baca, dimuka bumi ini terdapat lebih dariapda 2000 spesies cendawan walaupun begitu hanya 25 jenis cendawan sahaja yang boleh dimakan manakala di Malaysia pula hanya 7 jenis spesies sahaja.Manusia menjadikan cendawan ni sebagai sumber makanan dan secara amnya cendawan ni mempunyai sumber protein yang tinggi berbanding dengan tumbuhan hijau yang lain.
Cendawan juga diiktiraf sebagai tumbuhan herba yang berguna pada manusia. Ini kerana, menurut kajian cendawan dapat mengurangkan kandungan gula dan menambahkan insulin dalam badan, ia juga dapat membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen pertahanan badan daripada serangan barah

so oleh itu mari kita jamu mata kita dengan gambar2 cendawan ni..























RESEPI CENDAWAN GORENG
Sambil2 rehat sebelah petang sedap jgkkan dapat makan cendawan goreng (resepi dan foto aku ambik la lama web ni) SILA KLIK
Bahan-bahannya:

200 gm cendawan tiram basuh dan bersihkan-carik dua jika saiznya besar agar senang menggoreng
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
1 sudu besar tepung beras
sedikit garam
1 Mahkamah Bijan teknikal
sedikit air

1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaul rata. adunan agak 
pekat agar tepung melekat elok pada cendawan.

2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan cendawan ke dalam tepung dan goreng hingga perang. Buat hingga habis. Toskan cendawan goreng di atas tisu dapur sebelum dihidang bersama sos pencicah.

Pencicah sendiri:

4 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu besar air masak

*** Kacau sebati dan sedia dinikmati




02 Mac 2011

NOVEL AKULAH CINDERELLA

‎(DIALOG MENARIK) AKULAH CINDERELLA - Nozi Danisya

"Kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa dah ni?"

"Yang kau tu berenang malam-malam ni kenapa? Tak elok tahu tak? Nanti kena asma ke, paru-paru berair ke, baru tahu."

"Sayang juga kau kat aku ya, Syah?"
Dia sudah tersenyum lebar. Orang serius dia main-main pulak.

"Tak ada maknanya sayang. Aku nasihat aja, kalau kau tak nak ikut sudah. Peduli apa aku! Yang sakit nanti kau jugak."
Dia tergelak.

"Amboi, lain macam aja bunyinya tu, marah ke?"

"Tak, geram!"
Shafiq tergelak lagi.

"Kau geram kat aku? Hmm, geram macam mana tu?"

Lelaki itu tersenyum nakal.

"Kau ni!"
Aku menjelingnya.

"Okeylah, apa yang tak kena ni? Sampai cari aku kat sini?"

"Mana ada aku cari kau, aku saja nak tengok kau berenang."

"Tipu! Sebelum ni kalau aku swimming malam-malam, kau tak datang pun tengok aku."

"Aku tengoklah."

"Bila? Tak nampak pun?"

"Dari atas."
Shafiq tergelak besar. Alamak! Kantoi pulak.

"Maknanya, selama ini kau mengintai akulah?"
Mukaku membahang.

"Mana ada!"

"Ya ke tak ada?"
Lelaki itu tersenyum nakal lagi sambil mengangkat kening.

"Taklah. Kadang-kadang aja tertengok."

"Yalah tu."
Shafiq masih bersama sisa tawanya. Membuat aku sebal sekali. Cukup-cukuplah ketawakan aku.

"Kalau kau nak gelak, gelaklah sorang-sorang. Aku naik dulu."
Pantas saja tangannya menyambar tanganku. Membuat aku tersentak dan berpaling ke arahnya.

"Sorry, duduklah."
Aku membuang pandang. Tangan ku cuba tarik tetapi tidak berjaya.

"Please sayang..,"
Aku menghela nafas panjang. Apalah hatiku ini. Mudah sangat cair bila mendengar ungkapan sayang itu. Aku akur dan duduk semula. Shafiq tersenyum manis.

------------------------------------------------------------



SINOPSIS :

Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia ...telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

"Apa ni? Nak cari gaduh ke?"

"Apa dia? Aku buat apa?"

"Kau luku kepala aku tu kenapa?"

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.

Judul : Akulah Cinderella
Penulis : Nozi Danisya
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM 18
Sabah/Sarawak : RM 21



PETIKAN DARI WEB (KLIK SINI)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...