28 Disember 2011

BUTTER BREAD PUDDING

24 Disember 2011 lepas aku, b, fitrah dan family mentua ke SUNGAI PETANI, menghadiri kenduri anak saudara mak mentuaku. Belum itu, kami singgah rumah makcik (makcik belah suamiku, lebih kurang setahun dah kami tak kesana, Masa disana makcik menjamu kami makanan(bihun, tapai, biskut, butter bread pudding dll), Dah nak pergi makan kenduri tu jadi kami makan tak banyak la, bila balik dari sana aku teringat je butter bread pudding,.... Aku dah jatuh cinta dengan BUTTER BREAD PUDDING, maka aku minta dengan anak makcik "kak cik yang buat butter bread pudding ini". Disini aku paparkan untuk rujukan sendiri dan orang lain, dan yang penting resepi ini mudah untuk dibuat...

Bahan-bahan
telur 3biji
gula 6cb
susu segar(agak2 dalam 2 cawan)/suamkan sikit susu..
esen vanila
badam,choc chip(boleh ganti ngn buah jgk..
roti gardenia
butter(untuk sapu atas roti)..


cara2..

panas oven 170C

bahan A
sapu butter pada roti lepas tu susun dalam loyang..seeloknya loyang petak(sapu butter supaya tak melekat)..kalau nak tebal susun 3 layer..biasa buat 2 layer ja..

bahan B
pukul telur dengan gula sampai kembang kemudian campur susu suam dan esen vanila..tambah garam skit..tuang dalam loyang yg telah disusun dengan roti td..tabur badam/choc chip..

bakar dalam 35-40 minit


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...