17 Februari 2012

KURMA AYAM

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 5 sudu makan rempah kurma
  • 3 biji kentang (dipotong 4)
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 1 biji tomato
  • 2 biji cili hijau (Dipotong-potong)
  • 2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)
  • 1 biji limau nipis ( diambil air)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan B (menumis)
  • 5 biji bawang merah  (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putus (tumbuk)
  • 2 inci halia (tumbuk)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi
  2. Masakkan rempah kurma dan kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan santan dan kacau rata dan biarkan mendidih
  4. Masukkan ayam dan kentang, dan biarkan sehingga mendidih dan pekat
  5. Kemudian masukkan garam dan air perahan limau nipis dan pelahankan api
  6. Selepas itu masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato dan biarkan masak.
  7. Kemudian kurma ni dihidangkan bersama dengan nasi dan roti
PS: Kalau takder ayam boleh juga diganti dengan telur

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...