16 November 2011

Cara Memasang MALMA Ikea

Untuk memasang cermin Malma daripada IKEA ini, ada banyak cara. Di sini salah satu contoh yang dapat saya tunjukkan untuk memudahkan para pengguna. Cara ini amat mudah walaupun tidak menggunakan sepenuhnya alatan yang diberikan. (macam operater IKEA la pulak)

Alatan yang diperlukan ialah:

- Pensil penanda
- Pembaris
- Staple tembak
- Benang (disediakan bersama Malma)

Buat ukuran dari sempadan cermin di atas bingkai, kami menggunakan kiraan 2cm x 2cm
Kemudian staple-kan benang yang disediakan di atas titik yang telah anda tetapkan serta pastikan ia tegang.
Hasil selepas selesai staple semua tali di atas frame. Anda boleh gamkan tali untuk kukuhkan ia.
Selesai, dan pamerkan di dinding anda. Dengan menggunakan cara ini, gantungan akan jadi lebih kemas.
Ini hanyalah cadangan hiasan, anda boleh pelbagaikan kretiviti anda dan jangan hanya terikat pada mainstream.

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...