AYAM PANSUH!!!!!!!, bulan puasa 2013 ini pertama kali azyy makan ayam pansuh ni kat perlis.. sebelum ni azyy memang tak tahu pun ada orang jual ayam pansuh ni kat perlis.. Azyy tgk kat page Republic Of Anak Perlis (ROAPER). Memang banyak info yang azyy dapat dari page ROAPER.. masa beli tu tak sempat nk nak snap gambar so azyy ambil dari internet je macam mana rupa ayam pansuh ni..
GOOGLE IMEJ (blog onerrecepies ) |
GOOGLE IMEJ (Blog ROYSTANCES) |
Kalau azyy buka internet bahan resepi ayam pansuh ni pelbagai, boleh sediakan mengikut selera kita.. tetapi azyy sediakan ayam pansuh ni seakan dengan ayam pansuh yang pertama kali azyy makan.. 3 hari berturut2 azyy sediakan resepi ni kerana permintaan anak kesayangan azyy.. Selamat memcuba.
Bahan-bahan :
- Ayam
- Halia *
- Lengkuas*
- Serai*
- Cabai kecil * (
- Daun kadok
- Pucuk Ubi kayu
- Garam + Gula
Semua bahan yang bertanda * diblender
Cara membuat:
- Masukkan ayam + air + bahan blender + garam + gula dan masak sehingga separuh masak dan kemudian masukkan daun kadok dan pucuk ubi kayu.. dan masak sehingga ayam empuk
- hidangkan bersama nasi panas.
0 comments:
Catat Ulasan