15 Ogos 2013

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KERISI (SIMPLE)

Gulai tempoyak ni salah satu makanan kegemaran azyy...sedapnya. Balik raya hari tu azyy pergi rumah tok azyy kat besut... beraya dengan masak tempoyak???? Jangan la terkejut.. makcik azyy sediakan gulai tempoyak untuk makanan tengahari seisi keluarga pada hari raya...
Masa sampai rumah nenek azyy tu, masak tempoyak memang tinggal sikit sahaja, so azyy ngn b berebut la seorang sedikit he he he...  adui teringatnya masakan tempoyak makcik azyy tu... kerana teknologi canggih sut sat sut sat... haaaaaaa dah dapat resepi yang sangat simple.. resepi  tu sama dengan nenek azyy.. dulu masa cuti sekolah nenek azyy dah ajar masak gulai tempoyak yang simple ni tapi masa tu tak la ambil kisah sangat.... bila dah berkeluarga, ada je resepi yang sedap dimulut azyy mula nak mencuba dan minta resepi...

Bahan-bahan:
Kunyit hidup sedar cukup
5-8 cabai kecil
Tempoyak
ikan kerisi (buang sisik)
Garam + perasa

Cara membuat:

  1. Kunyit dan cabai ditumbuk 
  2. masukkan air dalam periuk kemudian masukkan bahan yang ditumbuk itu dan tambahkan tempoyak dan gaul sepati
  3. Panaskan bahan tadi dan masukkan ikan + garam + perasa
  4. Tutup api apabila ikan masak dan hidangkan dengan nasi yang panas

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...