01 Oktober 2016

RESEPI BUBUR NASI BAYI UMUR 6 BULAN





Encik bam bam azyy ni dah masuk 6 bulan. Semasa hampir 6 bulan doktor pakar kanak2 telah berpesan pada kami, bagi uwais makan apabila dah masuk umur 181 hari. Sebelum tu azyy dah banyak kali tanya nurse tentang waktu yang sesuai untuk diberikan makan kepada bayi, mereka juga bertegas supaya azyy beri makan masa uwais berumur 6 bulan. Alhamdulillah, satu langkah telah selesai. Azyy selalu juga berbincang dengan kawan pejabat tentang menu yang sesuai dengan bayi dan semasa berbincang tu la yang banyak tip yang azyy dapat. Menu pertama azyy pada uwais ialah bubur nasi tambah lobak merah tetapi uwais tidak suka. Jadi hari kedua azyy telah ubah suai dengan menambahkan ikan bilis dan baru la uwais berselera makan. Dan satu resepi bubur ni azyy akan ubah setiap 4-7 hari sekali.  Dan resepi kedua adalah seperti berikut:-

Bubur nasi bayi
  • Satu genggam beras (kisar)
  • 1 biji ubi kentang (potong dadu)
  • 2 sudu kecil ikan bilis (telah digoreng dan telah dikisar halus)
  • Brokoli
  • 500 ml air

Cara membuat
  1. Rebus beras beras, ubi kentang, brokoli 
  2. Apabila hampir masak, masukkan ikan bilis dan gaul sebati
  3. Kemudian tapiskan bubur yang telah masak (boleh jugak dikisar)

Azyy guna penapis santan

Proses bubur dan lenyek



Yang ni azyy sejuk bekukan bubur nasi uwais, yang kat atas tu yang kasar dan kat bawah tu siap ditapis

Bubur nasi azyy suka buat setiap hari dan azyy simpan yang sejuk beku untuk makan malam dan azyy akan guna apabila keadaan yang terdesak dimana jika azyy terlewat bangun dari kebiasaan azyy masih ada bekal uwais untuk dibawa tempat jagaan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...