20 Jun 2016

MATA BAYI BERTAHI MATA

Apabila uwais berumur 2 bulan lebih, uwais mengalami mata bertahi. Asalnya azyy ingatkan keadaan normal seperti yang biasa kita alami tetapi setelah 3 hari ianya masih berterusan dan mata uwais bertahi sepanjang masa. Ini membuatkan hati azyy berasa bimbang, jadi azyy membuat keputusan ke hospital untuk rujukkan doktor. 

Apabila azyy pergi ke hospital, doktor menyatakan ianya perlu dipantau dan jika bermasih berlaku dalam jangka yang lama, maka kami perlu ke hospital untuk rujukkan yang selanjutnya. Doktor menyatakan ianya bukan sakit mata kerana mata uwais tidak merah dan membengkak. Doktor nasihatkan supaya azyy sentiasa membersihkan mata uwais yang bertahi mata dengan tisu basah. Doktor juga menyatakan dia tidak boleh memberi ubat sebarangan kerana usia uwais terlalu muda. 

Setelah pulang dari hospital, azyy membuat carian di google, ternyata perkara ini sering berlaku kepada bayi. Melalui pembacaan, azyy dapati tempoh mata bayi bertahi mata ini adalah berbeza, ada yang sekejap sahaja, ada yang berbulan dan ada juga sampai bertahun. 

Banyak petua yang azyy dapat untuk mengubati perkara ini, antaranya 
  • Membersih mata bayi dengan kapas yang dibasahi air suam
  • Membersih dengan tisu basah (azyy buat)
  • Titiskan susu ibu didalam mata anak
  • Mengurut hidung bayi kerana disana terdapat salur air mata (azyy buat)

Setelah tiga hari azyy amalkan, sebelah mata uwais sudah tidak bertahi. kini tinggal sebelah lagi, Insyallah, nati azyy update lain.


******************* update***************************

mata uwais telah sembuh sepenuhnya selepas 3 hari azyy kuarkan entri ini. uwais alami sakit masa selama 2 minggu.














0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...