29 Mac 2012

TERUNG PANGGANG

U all suka tak makan sayur??? Azyy memang suka sangat2 makan sayur. Tak kira la sayur jenis apa pun azyy akan try makan. Kalau tak buat sayur manis, sayur goreng, azyy suka buat cucur sayur (biasanya azyy guna brokoli, terung, bayam dan sebagainya).Kalau azyy buat cucur azyy makan dengan sos cili + mayonis.
Kali azyy nak kongsi resepi TERUNG PANGGANG. Ala masak hari kerja ni buat simple2 je yang penting sedap.

Bahan:

  • Terung (potong serong)
  • Garam
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • Garam
  • Pati bilis
Cara buat:
  1. Semua bahan digaul sebati dan perap sekejap
  2. Panaskan kuali (tanpa minyak), kemudian letakkan hirisan terus tersebut dalam kuali 
  3. Apabila sudah masak boleh dihidangkan bersama nasi panas..
Ps: kalau u all ada kertas aluminium, boleh balut kemudian panaskan dalam ketuhar.
Azyy lebih suka masak dalam kuali kerana ia akan buat terung itu sedikit hangit dan membuatkan kita lagi berselera untuk menjamu selera.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...