Assalamualaikum,
Seiring madah pantun bersambut
dalam senyum penghidang tamu
mesra berdakap kasih terpaut
persilakan tamu sambut di pintu.
Selamat datang ke ruangan blog pertama saya, Azyy. Ini merupakan kali pertama saya menceburkan diri di dalam dunia blogging ini. Dengan dorongan dari suami tercinta saya yang menggalakkan saya untuk melibatkan diri dalam dunia ini dan dalam masa yang sama kehendak diri sendiri untuk mencari sahabat baru dan sedikit ilmu sebagai bekalan jiwa dan zahiriah.
Harapan saya ialah, dengan terbinanya blog saya ini, saya dapat berkongsi idea-idea baru berkenaan rumahtangga, resepi, petua, fakta mahupun trivia dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan.
Untuk entri pertama saya pada hari ini, saya ingin bercerita serba sedikit tentang diri saya. Saya berasal dari Jerteh, Terengganu dan telah di besarkan di Pasir Puteh, Kelantan. Merupakan anak pertama dari tiga orang adik beradik, dua perempuan dan seorang lelaki.
Saya sudah berkahwin dan merupakan isteri kepada Shahid bin Tajuddin yang juga merupakan sahabat baik saya ketika bekerja, dan kami merupakan rakan sekerja. Sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Fitrah Nur 'Afaf Zahraa yang dilahirkan tanggal 20 Ogos 2009 iaitu dua hari sebelum ketibaan Ramadhan al- Mubarak.
Saya kini bekerja di Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis, dan sudah bertugas selama lebih kurang 2 tahun di Jabatan ini dan ditempatkan di Unit Perlesenan.
Dalam masa yang sama, saya kini sedangn melanjutkan pelajaran melalui Rancangan Pengajian Jarak Jauh dengan Universiti Sains Malaysia dalam kursus Sarjana Muda Sains Biologi dan berada dalam tahun 2 sekarang.
Rasanya, sampai setakat ini sahaja buat kali ini. Saya juga sudah mula mengikuti beberapa blog, dan berharap, blogger-blogger yang lebih senior dapat memberi tunjuk ajar.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Catat Ulasan