12 November 2009

/petua di dapur/


Petua Untuk Mengelakkan Percikan Minyak Ketika Menggoreng Sotong
Apabila menggoreng apa-apa jenis makanan laut yang semestinya sentiasa dalam keadaan basah, seperti sotong, kadangkala minyak tersebut akan tepercik naik ketika menggoreng, silap haribulan mahu berparut juga, kalau kena tangan boleh la tahan, kalau kena muka, nasib badan! Jadi untuk menggelakkan perkara tersebut berlaku, sebelum sotong-sotong itu digoren pastikan anda buangkan mata sotong tersebut. Insyallah, minyak tak akan terpercik ketika menggoreng, kalau terpercik pun, tak sampai la kena sapu ubat gigi kat muka.
Menjaga Kualiti Minyak Gorengan
Bagi peniaga, keuntungan adalah menjadi sasaran, jadi para peniaga akan cuba untuk minimunkan kos dan maksimunkan keuntungan, harap ia berlaku dengan jujur dan adil, jadi di sini ingin saya berkongsi tentang cara memelihara kualiti minyak yang sudah digunakan untuk menggoreng .Biasanya apabila minyak goreng yang digunakan berilang kali untuk gorengan lain, minyak tersebut akan menjadi hitam dan kualitinya semakin berkurang. Jadi untuk mengelakkan ataupun mengurangkan minyak itu menjadi hitam dan berbau, semasa memanaskan minyak tersebut masukkan sedikit baking soda (soda pembakar) atau asam keping. Insyallah, kualiti minyak gorengan itu akan terpelihara. Tapi ambil perhatian, minyak gorengan yang digunakan berulang kali juga mempunyai kandungan kolestrol yang semakin meninggi!
Nota Tambahan: Biasanya apabila mengoreng ayam, sesetengah tukang masak kampung akan memasukkan bawang putih untuk memastikan ayam tersebut tidak berbau hanyir.
Petua: Mengurangkan Bau Hanyir Ayam atau Daging Lembu 
Selalunya situasi ini sering berlaku ketika majlis-majlis kenduri mahupun keraian, kerana, daging-daging ayam dan lembu agak lambat untuk diuruskan. Petua ini bukan hanya boleh digunakan waktu kendiri, malah anda boleh praktikkannya di rumah. Antara cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah:
· basuhkan daging ayam ataupun lembu dengan menggunakan cuka dan kemudian bilas dengan air
· gaulkan daging ayam ataupun lembu dengan tepung gandum dan bilas dengan air
· gaulkan daging ayam ataupun lembu dengan garam dan bilas dengan air
Sekian untuk kali ini!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...