14 September 2011

AKU DATANG - PUTRAJAYA

Hari ini dah masuk empat hari aku berada di Putrajaya, Aku teruja sangat nak nak datang kat sini. Maklumlaaa sepanjang aku berkerja aku tak pernah datang ke Putrajaya.(teringat lak zaman sekolah dulu, dah 8 tahun) tapi aku rasa masa itu, aku tak tahu apa2, yang tahu hanya nak berseronok. Bila datang dengan kereta sendiri ni, memang penuh dengan cabaran kerana

  1. aku tak tahu jalan sini
  2. kdg2 keliru dgn sign board
  3. takder GPS ( nekad nak simpan duit nak beli hanset yang ada GPS)....
Aku datang ke Putraja ni kerana menghadiri Kursus e-SPKB bertempat di MAKMAL LATIHAN 2, ARAS 6, JABATAN AKAUNTAN NEGARA PUTRAJAYA.

Hari Pertama aku datang, sampai dalam pukul 8.00, kemudian aku menginap di Paya Indah Wetland, hari mula, aku menginap di asrama, hari ke-2 aku menginap di chalet.. memang cantik, macam duk hotel la.. bersyukurkan kepada Allah atas segalanya.


Chalet di Paya Indah Wetland



Oleh kerana esok dah nak meghadiri kursus dan pendaftaran jam 8.00 pagi, maka malam ni jgk la aku mencari Bangunan Jabatan Akauntun Negara Putrajaya, kami pergi mencari tanpa sebarang peta dan GPS... nasib baik la, ada peta yang disediakan di Tepi jalan, berdasarkan itu lah aku mencarinya...
Jabatan Akauntan Negara Malaysia ni terletak di Presint 2....  Sepatutnya dari Paya Indah Wetland ke Presint 2, Putrajaya ni hanya lebih kurang 20 km, tapi jarak yang aku ambik lebih kurang 68 km lebih..

Pada hari ke-2, Kursus bermula alhamdulillah, pengetahuan tentang e-SPKB bertambah, ya la aku bermula dari 0, dan kursus 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30. Pada Malam kedua ni, masa untuk berjalan,
ALAMANDA MEMANG BERSEDIA MENUNGGU KEDATANGAN KU... memang dah lumrah perempuan, tempat shopping kompleksadalah tempat kegemaran ku...  tapi apa yang penting aku nak kenal ALAMANDA...


Pada hari ke-3, seperti biasa kursus abis jam 4.30 ptg, lepas jam 4.30ptg aku mencari THE MINES, tapi asyik2 still dalam Putrajaya. dah 4-5 kali cari aku give-up, balik ke tempat menginap. Masa tu jgk la, aku call member2, untuk cari jalan tersebut, nasib baik la ada member yang bagi arahan yang senang. Akhirnya sampai jgk. Aku teruja sangat coz kat sana ada kedai Hanset HTC...

The Mines




Hari ini dah hari ke-4, tiada perancangan lagi, nati petang baru tahu, NILAI or KL (KLCC, JLN TAR, OR CHOW KIT) Insyaallah kalau berkesempatan aku sampai..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...