Semenjak kelahiran Fitrah, kami tak pernah lagi meluangkan masa
berkualiti bersama-sama, seperti bercuti, beriadah, berkelah dan lain-lain lagi,
ini kerana kami cuba mengurangkan aktiviti luar sehingga
kami rasa fitrah dah cukup bersedia untuk melakukan
sebarang aktiviti yang bersesuaian. Oleh kerana
hari ini hari cuti so aku dah suami merancang bawa fitrah ke satu tempat yang sebelum ni pun kami
sendiri tak pernah pergi.
Cantik dan memang sesuai untuk seisi keluarga untuk bersantai,
dan ia juga sesuai untuk perempuan coz kawasan ini dah hampir dekat dengan
Pusat membeli belah Padang besar..
Lajak2 la ke sana memang berbaloi-baloi, tapi nasihat aku kepada pengunjung, jika nak kesana lebih baik pergi bukan waktu cuti sekolah coz...
?
?
?
Sekarang ni, kita stop pasal padang besar,
sekarang ni, aku sediakan beberapa keping gambar untuk kawan2 semua mencuci mata
tempat yang aku pergi sana..
tempat tu
cantik
selesa
menarik
dan
banyak kemudahan...
Aku bertolak dari rumah dalam pukul 4.00 ptg dan sampai sana dalam kul 4.20 petang,
Sebelum bertolak aku dah sedia sedikit juadah untuk kami nikmati disana..
Alhamdulillah, Fitrah pun seronok disana..
dalam hati terdetik, lain kali leh datang lagi
dan pukul 6.30 petang, kami bertolak pulang, waktu tu masih ramai yang datang,
ada juga pasangan pengantin yang datang mengabdikan foto mereka dengan pemandangan
disana..
Jika kawan2 datang kat perlis, jemput2 la singgah, tidak rugi rasanya..
Lain entri aku akan cerita lagi tentang keistemewaan perlis negeri yang kecil ni..
3 comments:
damainya tempat ni.. best.best.
dekat timah tasoh resort ke nie...mmg boleh ye kalau kita nak santai kelah mcm nie
Salam. Macam mana nak pergi ke pondok ni. Ikut jalan mana ya? Terima kasih..
Catat Ulasan