- Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum dan selepas mengendalikan dan menyediakan makanan. Gunakan air panas dan bersabun untuk membersihkan perkakas memasak, papan memotong dan lain-lain permukaan yang digunakan.
- Apabila membeli-belah, menyediakan atau menyimpan makanan, asingkan daging mentah, ternakan, ikan dan makanan bercangkerang daripada makanan lain bagi mengelakkan pencemaran silang
- Masak makanan pada suhu yang selamat. Cara terbaik bagi memastikannya adalah dengan mengfunakan termometer makanan. Anda boleh membunuh organisma yang boleh menjejaskan yang terdapat dalam kebanyakan makanan dengan memasak pada suhu antara 630 C hingga 740 C.
- Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh dua jam pembelian atau penyediaannya. Jika suhu bilik lebih 320 C, sejukkan makanan yang tidak tahan lama itu dalam masa sejam. Letakkan makanan di dalam pembeku jika tidak mahu memakannya dalam masa dua hari
- Mencairbekukan makanan dengan selamat. Jangan lembutkan makanan pada suhu bilik. Cara terbaik untuk melembutkan makanaan adalah dengan mencairbekukan makanan di dalam peti sejuk atau mikrogelombang. Melalukan air sejuk ke atas makanan untuk melembutkannya juga selamat
- Buangkan sahaja makanan itu kalau anda ragu-ragu dengan car penyediaan, penyimpanan atau hidangannya. Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik dengan terlalu lama mungkin mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh dimusnahkan lagi walaupunn dengan memasaknya. Jangan kecap makanan itu jika anda tidak pasti mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya walaupun ia mungkin kelihatan (atau berbau) masih baik, ia mungkin tidak selamat lagi untuk dimakan.
- Berwaspadalah semasa menghidangkan makanan. Bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat semasa menyediakan makanan tanpa pemanasan atau penyejukan sempurna terutamanya semasa majlis luar atau bufet. Buang saki-baki makanan yang berada pada suhu bilik lebih dua jam atau dalam cuaca panas, lebih empat jam
- Tahu bila masanya untuk mengelakkan sama sekali makanan tertentu terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. Langkah lebih berhati-hati perlulah diambil oleh mereka dengan mengelakkan makanan seperti daging mentah, ikan atau makanan bercengkerang yang tidak cukup masak
raptor doublemax slot
10 bulan yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan