03 Februari 2010

PANDUAN LANGSING TANPA DIET

    1. Ukur waktu makan atau tempoh anda makan
Pertama sekali, cuba anda kira tempoh yang anda ambil untuk makan. Cuba sediakan waktu 20 minit untuk sekali anda makan. Latih diri untuk makan secara pelahan. Cara ini sebenarnya memberi kesan yang efektif untuk menurunkan berat badan tanpa perlu mengamalkan diet yang berat. Nikmat setiap kunyahan anda. Cara ini membantu anda untuk lebih kenyang walaupun dengan kuantiti yang sedikit.

    2. Tambah jam tidur
Menurut para pengkaji dari university of Michigan, menambah waktu tidur sebanyak satu jam sehari merupakan cara yang efektif untuk menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram setahun. Jam tidur yang lebih ini dapat menggantikan waktu bermalas-malas yang sering anda habiskan dengan mengambil kudap-kudapan tanpa kawalan. Selain itu, ada bukti yang menunjukkan bahawa kurang tidur boleh menimbulkan selera makan yang tinggi dan sering membuatkan anda terasa lapar.

    3. Banyak makan sayur dan buah
Cuba mengmbil tiga jenis sayur jenis sayur sekali gus dalam makan. Cara ini boleh membantu menambah pengambilan sayur anda. Makan banya sayur dan buah merupakan cara efektif untuk menurunkan berat badan. Ini kerana, kandungan serat dan air di dalam mkanan sebegini akan membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama sehingga boleh mengurangi pengambilan kalori.

   4. Sup sebagai pembuka selera
Cuba tambahkan sup di dalam menu anda, ini membantu mengurangkan pengambilan kolari harian anda. mulakan dengan pemgambilan sup sayuran yang ditambah dengan pelbagai tambahan makanan yang sihat. Berhati-hati dengan sup berkrim yang tinggi lemak dan tinggi kalori.



     5. Pilihan bijirin penuh
Bijirin penuh seperti beras merah, oat dan gandum merupakan sahabat baik anda yang boleh membantu menurunkan berat badan. Makanan ini bersifat mengenyangkan dengan kandungan kalori yang sedikit. Selain itu, makanan ini juga berfungsi untuk memperbaiki kadar kolesterol.


     6. Pilihan piza sayur
Berbanding piza dengan "topping" daging, lebih baik anda bertukar selera kepada piza dengan "topping" sayur-sayuran. Cara ini membantu anda mengurangkan 100 kalori. Selain itu, pilihlah piza dengan sapuan keju yang kurang atau piza dengan keju rendah lemak.

   7. Kurangkan gula
Gantikan minuman bergula anda seperti air soda, dengan air yang ternyata banyak memberi manfaat terhadap kesihatan, iaitu air putih. Cara ini, anda telah mengurangkan 10 sudu teh gula untuk sekali minum. Namun, sekadar penambah rasa, cubalah tambahkan sedikit lemon, mint atau strawberi beku ke dalam air putih. gula cair di dalam air soda mengganggu signal normal tubuh sehingga akan membuat anda makan dengan lebih banyak lagi.

    8.Gunakan gelas tinggi
Ada baiknya anda menggunkan gelas jenis ini berbanding dengan gelas yang lebar dan pendek. Cara ini membantu mengurangkan kalori cair dan berat badan tanpa perlu berdiet. Anda akan minum jus, soda atau minuman lain sebanyak 25-30 peratus lebih sedikit dengan menggunakan gelas ini. Ini kerana, melalui kajian yang dilakukkan oleh Brian Wansink di Cornell University, isyarat visual boleh mengelabui mata anda untuk makan lebih banyak atau sedikit. Kajian tersebut merumuskan bahawa minum air di dalam gelas yang lebar dan pendek akan membuatkan orang menuang air dengan lebih banyak berbanding di dalam  gelas yang lansing dan kurus.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...