01 Februari 2010

10 SUMBER MAKANAN BANTU REDAKAN STRESS

Apa tidaknya, asal tertekan sahaja, makanan manis yang terkenal dengan kandungan kalori yang tinggi seperti aiskrim, coklat dan sebagainya bakal menjadi pilihan. Tanpa sedar, berat badan meningkat, tubuh badan semakin gempal, tahap kesihtan menurun dan sebagainya.
     Pengawal tekanan yang tidak bijak boleh mengakibatkan keadaan-keaadaan seperti di atas. jadi, untuk mengelakkan daripada berlaku masalah lain yang boleh memudaratkan, bantu otak anda bergerak dengan lebih tenang dan sabar.
     Cara begini sebenarnya dapat membantu mengatasi masalah tekanan dengan lebih efektif. Ikuti beberapa jenis makanan yang boleh membatu otak anda bergerak dengan lebih tenang dan sabar.

  1. Ayam bakar dan daging,
Ayam bakar memberikan protein yang baik terhadap tubuh badan. sejumlah 200 gram akan membantu otak menghasilkan doparnin dan norepinefrin, iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak yang akan mengekalkan kewarasan anda, demikian menurut Judith Wurtman, penulis buku The Serotonin Power Diet. daging mengandungi lemak yang juga mengandungi vitamin B, zat besi dan zat yang sangat kaya sehingga baik untuk mereka yang mengalami stress



    2.  Kacang badam
Kacang lazat ini mempunyai khasiat antistress yang luar biasa. Ia dilengkapi vitamin  B2, vitamin E dan magnesium di dalamnya membantu menenangkan dan mengendalikan emosi dengan baik, manakala vitamin E yang terkandung di dalamnya kaya dengan antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas yang menjadi penyebab stress, sekali gus melawan penyakit jangtung. Makan segenggam badam setiap hari sudah mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal stres anda


    3. Bertih  jagung
Gelisah sehingga menyebabkan tidur terganggu? Pilihlah makanan seperti bertih jagung kerana karbohidrat akan membuat badan kita melepaskan serotonin, iaitu sebatian kimia didalam otak yang menyebabkan kita berasa lebih tenang dan relak. Tetapi pilihlah bertih jagung yang rendah atau bebas lemak kerana ia boleh melambatkan proses pelepasan serotonin, sehingga membuatkan ia berada lebih lama di dalam tubuh anda seterusnya membuat anda berasa lebih relax.


    4. Sushi
Penggemar-penggemar makanan Jepun ini tentunya bakal mendapat manfaat sushi dengan lebih baik. Ini kerana rumpai laut yang sering menjadi bahan mamempunyai kankhasiat mirip ikan yang terdapat di dalam campuran sushi. Asid pantothenic yang terdapat di dalamnya penting bagi kelenjar adrenalin yang memainkan peranan fungsi penting bagi pengurusan stres tubuh. Kekurangan asid nin boleh menyebabkan angkitan kelelahan dan rasa gelisah yang berlebihan.


    5. Coklat
Coklat akan membatu anda meneangkan emosi. Coklat dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin yang membantu kerja saraf dan akan membuat perasaan anda lebih tenang dan merasa lebih gembira. Namun, awas! Pastikan anda tidak makannya berlebihan. Sebaliknya makanlah secara bervariasi makanan-makanan yang disenaraikan ini.
   


    6. Nanas dan buah beri
Binggung untuk membuat pilihan sehingga akhirnya anda yang tertekan? Antioksidan yang terdapat di dalam buah atau sayuran yang berwarna cerah lebih kuat membantu anda melawan radikal bebas tang membuat memori anda tetap segar dan kuat. Ini kerana "otak anda menyerap lebih banyak oksigen, maka antioksidan akan membantu mengurangkan kerosakan otak disebabkan oksidan yang ada.



    7. Ikan
Hampir kesemua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap, terutama B6, dan B12 yang diketahui amat penting bagi meredakan stres. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan depresi. Cuba nikmati salad ikan tuna untuk makan tengah hari dan malam. Selain itu, makanan yang kaya dengan omega 3 seperti ikan salmon, boleh melindungi diri daripada penyakit jantung.

    8. Sayuran hijau
sayuran hijau seperti brokoli, kangkung dan sayuran lain yang berwarna hijau tua merupakan sayuran yang amat bermanfaat untuk menurunkan stres. Ini kerana, kandungan vitaminnya yang begitu banyak dapat berulang-ulang dijadikan sebagai sumber tenaga tubuh yang semakin berkurangan ketika fikiran dalam keadaan tertekan.  

    9. Roti gandum
Roti, nasi putih atau kuih-muih boleh mengenyangkan, tetapi setelah menikmatinya anda akan berasa mengantuk dan tak kurang boleh menyebabkan anda lebih berisi dan gemuk. Namun, gandum memberi kesan yang lain, Iaitu boleh mengenyangkan sekali gus dapat mengendalikan stres dalam jangka waktu yang lama.

    10. Susu
Sebelum mengambil susu, carilah jenis susu yang paling sesuai dengan keperluan anda. Apa yang penting, minuman ini mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca stres. Minumlah susu pada waktu pagi atau malam ( sebelum anda tidur).

 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...