29 Januari 2010

Bubur Kacang-jagung

Bahan-bahan :

  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 batang jagung (parutkan)
  • 3 sudu sagu
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula merah
  • 4 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu minyak
  • 3 helai daun pandan

Cara-cara:
  1. Basuhkan kacang hijau dan rebuskan kacang sehingga kacang hijau pecah. (masukkan minyak semasa masak kacang hijau supaya cepat empuk)
  2. kacang hijau tersebut ditapis dan air rebusan tadi dibuang
  3. Masukkan santan dan kacang hijau yang ditapis, gula merah, garam, dan daun pandan masak dengan api yang kecil
  4. Masak sehingga jagung empuk dan masukkan sagu.
  5. Hidangkan


langkah pertama, masak lebih kurang 20 minit


ni bila dah kacang tu dah empuk


Bila dah masak, aku bawa kat pejabat. Aku buat ni time rehat.
Kawan-kawan la jadi tukang komen....
nati leh perbaiki lagi masak kita..
tapi member aku cakap, sedap.....



Kalu mak aku, dia suka goreng dulu kacang hijau tu tanpa minyak, baru dia rebus kacang tu... dia kata bubur kacang tu lagi wangi dan bila bubur tu tengah mendidih dia masukkan telur yang dah dipukul...
memang sedikit berbeza la, terutamanya mak aku suka masak bubur guna 'gula gerek, nise (bahasa kelate)', tapi kat utara ni susah kit nk dapatkan gula 'gula gerek, nise (bahasa kelate)' coz bukan semua kedai ada jual kecuali bulan puasa.. so bila nak buat baru nak cari baru, terpaksa la guna gula merah..
tapi orang utara kalu buar bubur memang guna gula merah



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...