13 Januari 2010

MASALAH SENGGUGUT

Masalah senggugut boleg dikelaskan kepada dua jenis iaitu

  • senggugut primer (jenis biasa)
  • senggugut sekunder (disebabkan oleh penyakit)
senggugut ringan biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu. Senggugut ni biasanya dialami oleh golongan yang belum berkahwin nemun sesetengah kes ia berkekal dan menjadi makin serius.

Senggugut primer disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh tubuh seseorang. Kesakitan disebabkan oleh pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya.

Senggugut sekunder pula berkait rapat dengan penyakit yang berpunca dari uterus, tiub fallopio atau ovari. Senggugut ini biasanya berlaku apabila sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut

Pengeluaran sejenis bahan iaitu prostogladin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika sengugut. Otot rahim akan mengecut dengan lebih cepat.

Dalam pada itu sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan sengugut antaranya seperti jangkitan kuman, ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid. Pengeluaran hormaon yang tidak seimbang juga boleh menyebebkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...