Aku mula bagi makan anak aku, bila dia berumur 5 bulan, ingatkan tak nak bagi lagi, tapi bila malam dia asyik mintak susu dan kadang2 3 botol yang saiz 4 0z tu memang tak cukup untuk satu malam. Mula-mula ingat nak bagi makan bila dia dah berusia 6 bulan. Tapi bila dah sembang-sembang kat opis, member yang ada anak sebaya pun dah bagi, so bila buat pemeriksaan kanak-kanak ketika anak aku berusia 4 bulan lebih, aku minta nasihat nurse. Mula-mula aku cuma bagi dia makan nestum, alhamdulillah, pengasuh anak lebih banyak pengalaman, anak aku dia bagi ikut time. Kami bagi makan 2 kali sekali. Jam 11 pagi dan 4.30 petang sekali. Kuantiti tu berdasarkan pengalaman hari2 bersama anak kita.
Bila dah masuk 6 bulan, sekali lagi perhi ke klinik untuk buat pemeriksaan kanak-kanak, alhmadullilah sana, nurse bagi nasihat kat aku agar bagi makan moi/bubur nasi, dia kata nestum sebenar tidak berapa elok untuk diberikan kepada bayi kerana bahan tersebut mengandungi bahan pengawet
so start dari situ aku bagi masak bubur nasi untuk anak
kesayangan aku
Bubur nasi berkentang
Bahan
1 genggam beras
1 biji ubi kentang (potong dadu)
1 pohon sayur bayam (hiris halus)
kaedahnya
- Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga nasi dah jadi pecah
- Blender kan semua bahan ( cukup sekadar 3-4 kali je)
Bubur Nasi bercarot
bahan
1 genggam beras
1 biji ubi kentang(potong dadu)
1 inci carot(hiris halus)
1 pohon sayur bayam (hirid halus)
Cara membuat
Masukkan semua bahan tersebut kedalam periuk dan rebuskan sehingga nasi jadi pecah
Blender bahan yang dimasak (tekan sebanyak 3-kali je)
Bubur nasi berkismis
Bahan
1 genggam beras
1 biji ubi kentang (potong dadu)
1 pohon daun sup (hiris halus)
5 biji kismis
Cara membuat
Masakan semua bahan dan dan empuk
blenderkan bahan yang dah masak tersebut
Bubur nasi keledek
1 genggam beras
1 biji keledek yang kecil (potong dadu)
1 batang daun sup (hiris halus)
Cara membuat
- Rebuskan semua bahan sehingga empuk
- blenderkan bahan tersebut agar semua bahan cukup-cukup hancur
Bila usia umur anak aku dah masuk 7 bula aku cuba variasikan masakan aku ni, aku mula masukkan sumber protein dalam semua bubur anak aku, atas nasihat nurse juga bagi buah kat nak aku terutamanya betik, kalu ikutkan pengalaman member kat pejabat dia selalu kukus buah epal atau pisang, lepas tu dia lenyek.dia selalu buat stok untuk seminggu, bila anak dah nak masuk usia 6 bulan ni memang selera makan bayi akan bertambah.
0 comments:
Catat Ulasan