Dari Awal lagi, azyy memang dah secara fizikal dah bersiap sedia untuk hadapi segala ragam kakak fitrah dan segala ragam kakak fitrah adalah azyy anggap suatu proses pembelajaran bagi azyy, suami dan yang paling besar adalah bagi kakak fitrah sendiri. Pembelajaran ini adalah untuk mematangkan diri kami juga.
Hari Pertama (Khamis,2 Januari):
Kakak fitrah pergi ke Sekolah dengan perasaan yang teruja. Teruja kerana dapat kawan baru, teruja dapat pakai kasut baru, baju sekolah baru dan semuanya dalam keadaan yang sangat teruja. Hari juga kakak fitrah pergi sekolah perlu orang suruh masuk ke sekolah. Masa pergi ambil tu kakak fitrah tu siap lambai lagi kat kami. Semuanya dalam keadaan seronok.
Hari Kedua (Jumaat)
Kali ini azyy taknk lepas lagi situasi fitrah keluar dari kelas dia. Kami dah ready dengn handset nak ambil gambar masa dia kuar dari kelas tersebut. Masa kami duk tunggu, kami terdengar ada budak nangis, Suami azyy cakap itu fitrah. Tapi azyy still positifkan suami yang menyatakkan itu bukan fitrah. Lepas itu cikgu pun panggil azyy. Dan memang betul Kakak fitrah menangis.
Cikgu cakap " Kakak fitrah menangis coz teringatkan ummi, dan ruh cikgu p hantar ke pejabat ummi"
Hari ini memang debaran yang azyy dan suami rasa, kerana untuk terus belajar untuk menjadi seorang ibubapa yang terbaik untuk kakak fitrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI