Tapi kali ini bukan nak kongsi resepi gulai ker or apa tapi nak share resepi NASI BEREMPAH. Kenapa azyy berani nak kongsi nak resepi ini kerana b cakap nasi rempah yang azyy masak ini memang sedap dan boleh jamu kepada sesiapa yang datang rumah.. Ok, tak yah azyy membebel banyak2 jom kita ikut langkah2nya
Bahan-bahan
- Minyak
- Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih
- 1 inci halia (mayang)
- 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih (mayang)
- 1 setgh sudu rempah kari dan rempah kurma
- 2 sudu sos tomato
- air
- garam, gula, pati bilis
- 1 setgh cwn susu sejat
- Ayam (mengikut selera)
- 2 cawan beras dan 2 helai daun pandan
Cara buat
- Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
- Kemudian masukkan halia, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga kekuningan
- Kemudian masakkan rempah kari dan rempah kurma dan masukkan air. Selepas itu masukkan garam, gula dan pati bilis dan biarkan ia mendidih sehingga pecah minyak
- Selepas itu masukkan ayam dan susu sejat dan sos tomato Dan biarkan ia mendidih dan biarkan ayam itu separuh masak dan biarkan ketepi.
- Basuhkan beras dan kemudian masukkan dalam rice cooker dan masukkan sekali daun pandan, Masakkan bahan yang masak tadi dan tambahkan air. Dan masak seperti nasi putih biasa.
- Hidangkan dengan air asam atau masak kicap.
Ps: gambar azyy dah ambil, kalau ada masa nati upload..
Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI